Hamba aR-Razzaq
Be not frightened when death draweth night, It is but the departure for this blessed home Think of the mercy and love of your Lord, Give thanks for His Grace and come without fear. What I am now, even so shall you be. For I know that you are even as I am. The souls of all men come forth from God. The bodies of all are compounded alike. Good and evil, alike it was ours. I give you now a message of good cheer. May God's peace and joy for evermore be yours."

IBRAHIM | MUSA | DAUD | ISA ‘ALAIHUMUSSALAM & MUHAMMAD S.A.W

Category: By Hamba Razzaq

IBRAHIM | MUSA | DAUD | ISA ‘ALAIHUMUSSALAM & MUHAMMAD S.A.W

AGAMA SAMAWI

Definisi bagi agama samawi yang lebih mudah untuk difahami adalah merupakan agama langit atau lebih tepat dengan maksud agama wahyu. Sepertimana ulama’-ulama’ di dalam bidang perbandingan agama telah menetapkan bahawa agama samawi adalah merangkumi Yahudi, Kristian dan Islam. Namun Imam Shahrastani menambah definisi agama separa wahyu iaitu Zoroastrianism atau Majusi. Ini kerana, di dalam agama Majusi terdapat kitab dan Nabi yang menjadi tunggak rujukan dan perlaksanaan hukum-hukum. Walaubagaimanapun, agama-agama samawi adalah 3 agama yang utama iaitu Yahudi, Kristian dan Islam.

MILLAH IBRAHIM A.S

Jika kita membincangkan persoalan akar dari setiap agama samawi, adalah lebih baik kita menumpukan pada keimanan dan perlaksanaan Millah Ibrahim A.S (jejak langkah Nabi Ibrahim A.S) yang menjadi tunggak utama dalam setiap agama samawi tetapi terdapat perbezaan dalam perlaksanaannya mengikut kepercayaan masing-masing. Baik Yahudi, Kristian dan Islam jelas mengakui Nabi Ibrahim merupakan tunggak utama dalam susur galur kenabian sehingga digelar ‘bapa agama’, ini kerana berdasarkan kisah Nabi Allah Ibrahim A.S sangat berjasa besar terhadap perjuangan pencarian ketauhidan yang nyata dan hakiki. Ini jelas disebut di dalam surah Al-An’am ayat 161.

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan Yang betul lurus, (kepada) agama Yang tetap teguh, Iaitu agama Nabi Ibrahim Yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik".

KENAPA NABI IBRAHIM?

27. dan Kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya) dan Yaakub (cucunya); dan Kami jadikan Dalam kalangan keturunannya orang-orang Yang berpangkat Nabi dan menerima Kitab-kitab ugama; dan Kami berikan balasannya Yang baik di dunia; dan Sesungguhnya adalah ia, pada hari akhirat, dari orang-orang Yang soleh.

Melihat pada ayat 27 surah Al-‘Ankabut di atas jelaslah bahawa Nabi Ibrahim A.S merupakan Bapa Kenabian bagi nabi-nab,i baik dari keturunan Bani Israel dan juga dari keturunan Ismail A.S iaitu Muhammad S.A.W. , ini kerana jika melihat dari perspektif sejarah Nabi Ibrahim mempunyai 2 susur galur keturunannya apabila mengahwini Sarah dari keturunan Bani Israel dan dikurniakan Nabi Ishak A.S, manakala Hajar pula adalah dari keturunan Qibti (penduduk asli Mesir) dikurniakan Nabi Ismail A.S. dimana keturunan ini berkesinambungan sehingga Muhammad S.A.W. kedudukan Nabi Ibrahim sebagai bapa kepada Nabi-Nabi pembawa wahyu Allah samada Musa A.S, Isa A.S & Muhammad A.S. adalah sangat tepat dan strategic hingga sukar disanggah pakar sejarah. Ini kerana jika merujuk di dalam semua kitab-kitab suci ada menceritakan mengenai peranan Baginda walaupun terdapat banyak perbezaan dan bentuk penceritaan. Merujuk pada Sirah Nabawiyyah yang bertajuk Ar-Raheeq Al-Makhtum, ada dijelaskan mengenai sebelum datangnya Nabi Muhammad S.A.W, majoriti Bangsa Arab mengikuti ajaran dakwah Nabi Isma’il A.S yang banyak membawa ajaran yang telah disampaikan oleh Nabi Ibrahim A.S, dimana antara intipati ajarannya adalah, Menyembah Allah S.W.T, MengEsakanNya dan Menganuti Agama Allah. Namun setelah sekian lama bangsa ini hidup ditelan masa, kebanyakan mereka telah berubah menjadi penyembah berhala atau paganism. Hanya tinggal segelintir sahaja yang masih mempertahankan keimanan dan ajaran Nabi Ibrahim A.S dan mereka ini disebut sebagai golongan ‘Haneef’. Haneef dari sudut bahasanya bererti ‘ke arah penolakan’, manakala jika merujuk kepada kata perbuatan ‘tahannafa’ bermaksud ‘untuk berpaling dari berhala’. Ini adalah bukti jelas bahawa ajaran Nabi Ibrahim A.S merupakan tunggak utama bagi semua nabi-nabi sehinggalah Nabi terakhir iaitu Muhammad S.A.W. Untuk memahami maksud Haneef dengan lebih jelas, hayatilah Surah Ali-‘Imran ayat 65-68:

65. Wahai ahli Kitab! mengapa kamu berani memperdebatkan tentang (agama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim; Patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal?

66. Ingatlah! kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara Yang kamu ada pengetahuan mengenainya (yang diterangkan perihalnya Dalam Kitab Taurat), maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara Yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat Yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya.

67. bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi ia seorang Yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.

68. Sesungguhnya orang-orang Yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi agamanya) ialah orang-orang Yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang Yang beriman (umatnya - umat Islam). dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang Yang beriman.

KISAH ZAID IBNU AMR IBNU NUFAIL

Pada zaman Jahiliyyah terdapat seorang pemuda bernama Zaid ibn Amr ibn Nufail yang hidup di tengah-tengah kesesatan Kaum Quraish yang cukup terkenal dengan penyembahan berhala sehinggakan sebanyak 360 berhala digantung di sekitar Ka’bah. Ketika masyarakat Kafir Quraish melakukan majlis keraian dengan menghidangkan makanan-makanan hasil korban di hadapan berhala-berhala, lalu ia dihidangkan kepada beliau, lalu beliau berkata : “ aku tidak sekali-kali akan makan makanan yang disembelih di hadapan berhala-berhala yang kamu sembah, dan aku hanya akan makan makanan atau sembelihan yang disembelih dengan nama Allah”.

Dalam kisah yang lain pula, ketika mana beliau dalam perjalanan ke Syria untuk mencari agama untuk dianutinya, dia telah bertemu dengan Pendita Yahudi lalu bertanya “ aku ingin mengetahui tentang agamamu dan akan mungkin akan menganutinya, ceritakan padaku tentang agamamu.” Lalu Pendita Yahudi itu menjawab :” kamu bukanlah seorang Yahudi sehingga kamu berkongsi kemurkaan Allah bersama kami”. Lalu Zaid membalas : “ aku tidak sanggup untuk menerima kemurkaan Allah, bolehkah kamu tunjukkan aku jalan yang lain?”. Pendita itupun menjawab : “ sesungguhnya aku tidak tahu apa-apa melainkan kamu adalah seorang Haneef. Kemudian Zaid bertanya semula : “ apakah itu Haneef?” Lalu Pendita itu menjawab : “Agama Ibrahim, dia bukanlah seorang Yahudi mahupun Kristian, dia menyembah Allah S.W.T secara mutlak.” Begitu juga dengan kisah Zaid bersama seorang Paderi Kristian apabila bertanyakan soalan dan menerima jawapan yang sama.

ISLAM, IMAN DAN MILLAH IBRAHIM

Tatkala semua agama samawi masing-masing mengakui jejak langkah Ibrahim A.S sebagai tunggak utama agama, terdapat perbezaan yang nyata dalam membuktikannya dengan keimanan dan ketauhidan yang nyata. Di dalam Taurat ada menceritakan mengenai kehidupan dan keimanan Nabi Ibrahim, namun tidak ada penghayatan untuk dikaitkan dengan Yahudi kerana Ibrahim bukanlah dari kalangan Bani Israel, ini adalah bukti yang sangat jelas sehinggakan kita dapat melihat banyak perubahan-perubahan yang dilakukan di dalam Kitab Taurat sepertimana yang disebut di dalam Al-Quran. Lebih malang lagi apabila Yahudi lebih mengutamakan Talmud berbanding Taurat.

Kristian juga mengakui bahawa Ibrahim adalah ‘bapa agama’, namun ia hanyalah sekadar pengakuan tanpa sebarang bukti perlaksanaan. Ini kerana bentuk dan sifat keimanan mereka agak berbeza dan bercanggah dengan ’10 PERJANJIAN’ yang diterima oleh Musa A.S. Keimanan mereka terhadap konsep ‘Trinity’ atau ‘Tritunggal’ adalah amat berbeza sehingga mendatangkan banyak kekeliruan. Bahkan keimanan ‘Trinity’ ini mula diperdebatkan dan diputuskan pada ‘council of nicae’ sekitar tahun 325 M.

Dalam Islam, dengan jelas kita dapat melihat kesemua elemen yang diperbincangkan dengan jelas, bermula dengan soal keimanan kepada Allah yang Maha Esa yang jelas terbukti dengan RUKUN IMAN, kemudian diikuti dengan perlaksanaannya dalam RUKUN ISLAM. Seterusnya penghormatan yang diberikan kepada Millah Ibrahim dalam bentuk perlaksanaan seperti Solat, dan yang paling jelas adalah ketika Muslim menunaikan Ibadah Haji di Baitullah, terlalu banyak peringatan terhadap jasa dan jejak langkah Nabi Allah Ibrahim A.S seperti, berlari antara Safa dan Marwah, Tawaf, air zam-zam peninggalan mukjizat anaknya Nabi Ismail A.S dan sebagainya. Dengan itu jelaslah siapa yang betul-betul menghayati dan melaksanakan Millah Ibrahim secara mutlak dan berterusan serta dengan penghayatan yang mendalam.

Wallahu a’lam

 

1 comment so far.

  1. Shakirah December 13, 2014 at 9:06 AM
    MashaAllah dah baca n very nice info ! terima kasih. barakallahufik..

Something to say?