Hamba aR-Razzaq
Be not frightened when death draweth night, It is but the departure for this blessed home Think of the mercy and love of your Lord, Give thanks for His Grace and come without fear. What I am now, even so shall you be. For I know that you are even as I am. The souls of all men come forth from God. The bodies of all are compounded alike. Good and evil, alike it was ours. I give you now a message of good cheer. May God's peace and joy for evermore be yours."

Siapakah Paul?

By Hamba Razzaq

PAUL

Paulus ialah tokoh penting dalam agama Kristian. Nama asalnya ialah 'Saul' , merupakan rasul bagi agama Kristian. 'Paul atau Paulus adalah gelarannya. Michael Hart dalam dalam buku 100 orang terkemuka di dunia meletakkan Paulus di tempat ke-6 selepas Muhammad dan Jesus . Jesus ialah Nabi Isa dalam Islam.

Biodata

Paulus adalah seorang Yahudi dan lahir di Tarsus , di tanah Kilikia, berguru dengan Gamaliel. Gamaliel ialah seorang fakih yang dihormati segenap kaum itu dan ia seorang Farsi. Paulus sendiri menyatakan dirinya keturunan Rom. Paulus mati pada 64 m , di zaman Kaisar Nero . ( []Kisah Rasul-Rasul]] 22;2-3 ; 5:43 ; 22: 28 ; 7 : 55 ). Tarsus terletak di Istanbul / Constantinople ,Turki kini.

Riwayat hidup Paulus diceritakan panjang lebar dalam Kisah Rasul-Rasul. Isi Kitab Rasul-Rasul ini menceritakan segala ajaran dan kisah yang berhubungan dengan Paulus dan hal-hal ajaib yang telah dikerjakannya.

Sarjana Kristian menyatakan Kisah Rasul-Rasul ini dikarang oleh Lukas , seorang pengikut Paulus. Lukas adalah tabib yang disayangi oleh Paulus. Injil Lukas juga ditulis oleh Lukas. Oleh itu, tidak hairan jika pengikut Paulus memuji -muji Paulus. [1]

Paulus memasukkan ajaran Philo

Paulus telah menyelit dan memasukkan fahaman dan ungkapan baru ke dalam gereja. Antaranya ialah 'Anak sulung Tuhan , Pengantara antara Tuhan dan manusia , Gembala yang baik, Bayang-bayang Tuhan, Roti kehidupan , Yang suci , Kurnia Tuhan kepada manusia selaku penebusan dosanya , Imam Besar, Tuhan yang kedua , Pemberi air hidup yang kekal , Yang duduk di sebelah kanan Tuhan , Tuhan satu yang bersifat tiga, Yang anak itulah yang kedua daripada tiga-tiga yang suci.

Semua ungkapan baru ini amatlah nyaman dan aneh didengar tetapi ramai tidak memahaminya .

Philo ialah ahli falsafah yang hidup 100 tahun lebih awal daripada penulis-penulis Injil. Paulus dikatakan murid Philo dan Plato , bukan murid Jesus. [2].

Ajaran Paulus menjadi sumber Ajaran Jesus

Paulus dikatakan banyak menulis surat kepada pelbagai pihak. 14 surat-surat Paulus telah ditetapkan sebagai kanon . 2 kitab iaitu Injil Lukas dan Kisah Rasul-Rasul dijadikan kanon juga. Oleh itu jadilah ajaran-ajaran yang bersumberkan Paulus menjadi ajaran-ajaran agama Kristian yang selanjutnya disebut ajaran-ajaran Jesus.

Paulus menyelewengkan ajaran Jesus

Paulus adalah seorang yang amat memusuhi agama yang diajarkan oleh Jesus dan para pengikutnya. Dia tidak belajar kepada Jesus sendiri. Kemudian tiba-tiba dia mengaku bertaubat dan mengaku pula menjadi rasul Jesus. Paulus mendakwa berjumpa dengan Jesus di pertengahan jalan ke Damsyik lalu bertaubat dan dilantik sebagai rasul. Damsyik ialah ibu negara Syria kini.

Akhirnya bagi orang Kristian , Paulus diakui sebagai rasul Jesus yang dipenuhi Roh Kudus. Empat belas surat keterangannya dimasukkan dalam golongan kitab-kitab Perjanjian Baru dan dianggap sebagai kanon dan kitab suci.

Ramai pengakaji mendakwa Paulus sebagai penyeludup ke dalam agama Kristian dan mengaku menjadi pengikut Jesus untuk menyelewengkan Kristian dari dalam, ,mengubah isi dan bentuk ajaran Kristian yang asli. Pengkaji mendakwa dasar-dasar Kristian sekarang adalah hasil bikinan Paulus , bukan ajaran Jesus.

St Barnabas dalam Injil Barnabas mendakwa Paulus termasuk golongan sesat . Dia melihat ramai orang yang mengajarkan pengajaran yang mengkafirkan, mengatakan Al Masih sebagai anak Allah, menghapuskan bersunat yang diperintahkan oleh Allah untuk selama-lamanya dan menghalalkan semua daging yang najis. (Barnabas Pendahuluan 1-9 ; pasal 222:1-6).

Paulus menzalimi pengikut Kristian

Paulus mulanya sangat memusuhi agama yang dibawa oleh Jesus dan pengikutnya.

Saul / Paulus menyebarkan ugutan bunuh terhadap sesiapa yang menganut agama Kristian. Paulus mendapat surat-surat kuasa daripada Imam Besar Yahudi di negeri Damsyik . Jika ditemui lelaki dan perempuan berugama Kristian akan diikat dan dibawa ke Jerusalem. ( Kisah Rasul-Rasul 9:1-2)

Paulus mendakwa dirinya telah bertaubat

Tiba-tiba Paulus mendakwa dirinya bertaubat ketika dalam perjalanan ke Damsyik untuk menangkap dan memenjara pengikut Kristian .

Ini kerana Paulus telah berjumpa dengan Jesus orang Nazaret berhampiran kota Damsyik. Di sana, Ananias seorang pengamal kitab Taurat mencadangkan Paulus dibaptiskan, menyucikan diri dan menyeru nama Jesus. ( Kisah Rasul-Rasul pasal 22: 6-21).

Paulus mengaku menjadi rasul

Setelah kejadian bertemu Jesus seperti di atas, Paulus mengaku menjadi rasul Jesus. Sedangkan Jesus tidak pernah diketahui orang telah melantik/mengangkat Paulus menjadi rasul. Hanya Paulus menyatakan dirinya telah diangkat Jesus menjadi rasul.

Dirinya tidak kurang daripada rasul-rasul yang utama. Selepas kejadian di atas, Paulus cuba hendak berkawan dengan murid-murid Jesus tetapi mereka takut kepadanya dan tidak percaya Paulus adalah murid Jesus. Mereka tahu Paulus dari Tarsus itu amat bencikan Jesus dan murid-muridnya.

Tetapi St Barnabas mendekatinya dan membawa Paulus kepada murid-murid Jesus. Namun selepas itu Paulus berselisih pendapat dengan Paulus. (Korintus 11:5 ; Kisah Rasul-Rasul 9: 22-27 ; 15:39 )

Paulus mendakwa Injil yang diajarnya diterima langsung dari Jesus

Paulus sebenarnya tidak pernah berguru kepada Jesus dan tidak pernah berbicara dengan Jesus. Akan tetapi dia mengajar suatu Injil yang disebutnya diterima langsung daripada Jesus. ( Galatia 1:11-120)

Paulus sendiri mendakwa Injil yang diajarnya tidak diterima daripada rasul-rasul dan murid-murd Jesus. Tetapi diterima langsung daripada Jesus dengan perantaraan wahyu, sedangkan Jesus tidak ada lagi di kalangan mereka.

Bagi orang Islam, Jesus atau Nabi Isa hanyalah seorang Nabi bukan Tuhan.

Injil Paulus berbeza dengan injil-injil lain

Paulus menyatakan Injil yang dibawanya berlainan daripada Injil yang dibawa oleh guru-guru lain. ( Galatia 1:6-9) . Paulus amat marah melihat pengikut-pengikutnya berpaling kepada Injil lain.

Jesus pada Paulus sangat berbeza

Pada ketika itu ada guru-guru lain menceritakan riwatat Jesus yang berlainan daripada gambaran oleh Paulus .(2 Korintus 11:4-5). Paulus menyatakan dirinya tidak terkurang daripada 'rasul-rasul yang utama'. Ini bermakna Paulus rasa tercabar dan dicabar oleh guru-guru lain yang turut mengajar tentang Injil.

Kisah Paulus taubat sangat berbeza-beza

Drs M.E Duyverman menyatakan terdapat pertentangan nyata antara Galatia pasal 1 dan 2 dengan Kisah Rasul-Rasul. Skar sekali menacari titik kesesuaian

Paulus dimusuhi oleh orang Yahudi

Paulus akhirnya menjadi orang yang amat dimusuhi oleh orang Yahudi dan mereka mahu membunuhnya. ( Kisah Rasul-Rasul 9:20-25). Sewaktu Paulus di Damsyik , Di dalam rumah sembahyang di Damsyik , Paulus menyebarkan berita bahawa Jesus itu anak Allah dan Jesus itu Kristus. Selang beberapa hari, orang-orang Yahudi berpakat mahu membunuhnya. Tetapi Paulus diselamatkan oleh murid-mujridnya dan dibawa ke Jerusalem.

Terjadi lagi perselisihan pendapat antara Paulus dan St Barnabas sehingga mereka berpisah. ( Kisah Rasul-Rasul 15:39). Paulus cuba berdamping dengan orang-orang kafir iaitu orang tidak berbangsa Israel.

Paulus mengaku dirinya rasul kepada orang-orang kafir

Jesus hanya disuruh mengembangkan Kristian kepada bangsa bani Israel yang 'sesat' ( Injil Matius 15:24, ). Jesus melarang murid-muridnya pergi mengajar kepada orang-orang kafir dan janganlah kamu masuk ke negeri Samaria.( Injil Matius 10:5-6).

Ayat yang menyatakan Jesus menyuruh mengajar juga kepada bukan bangsa Israel adalah 'ayat tambahan'.(ms 61)

Akan tetapi Paulus mengakui dirinya sebagai pengikut Jesus telah pergi mengajar kepada orang-orang kafir ( Galatia 2:7-80. Bani Israel yang menganut agama Yahudi mengamalkan amalan bersunat. Sementara orang yang tidak bersunat dianggap sebagai kafir

Paulus menghapuskan bersunat

Amalan bersunat amat penting dalam agama Yahudi. St Barnabas menyatakan Paulus telah menghapuskan amalan bersunat untuk selama-lamanya. Sedangkan amalan bersunat patut dikekalkan sebagai perjanjian kekal dengan Tuhan.( Kejadian 17:9-14).Sesiapa yang tidak bersunat dianggap cuba mengubah perjanjian Tuhan. Perintah ini dilakukan oleh anak cucu Nabi Ibrahim hingga ke hari ini. Jesus sendiri mengamalkan amalan bersunat .

Tetapi Paulus membatalkan amalan bersunat ( Galatia 5;20 , Lukas 2;21 , 1 Korintus 7:18-19). Paulus menyatakan hal itu kepada sidang rasul-rasul di Jerusalem pada tahun 48. ( Kisah Rasul-Rasul pasal 15). Paulus mencadangkan sunat digantikan dengan baptis dan kekal hingga ke hari ini. ( Kol 2:11,12)

Paulus menghalalkan daging yang najis

St Barnabas telah menceritakan Paulus telah menghalalkan daging yang najis ( Barnabas 6). Sebelumnya ada beberapa binatang yang najis dan tidak boleh dimakan seperti babi, bangkai dan lain-lain. ( Imamat pasal 11 dan Jchezkiel 4;14).

Tetapi Paulus telah menghalalkan babi , bangkai dan lain-lain ketika menghantar surat kepada orang-orang Rom.( Rom 14:4 dan 20 , Titus:1:15, 1 Korintus 6:12)

Jadi Paulus telah menghalalkan segala sesuatu yang najis dan dilarang makan dalam Perjanjian Lama. Golongan Kristian Adventis mempunyai pendapat tersendiri dalam hal ini.

Paulus membatalkan Taurat Musa

Jesus datang tidak hendak merombak hukum Taurat tetapi hendak menyempurnakannnya Sesiapa yang merombak hukum Taurat akan dipandang kecil di dalam kerajaan syurga ( Injl Matius 5:17-19).

Tetapi Paulus menganggap hukum Taurat itu telah dibatalkan kerana sangat lemah dan tidak berguna kepada manusia. ( Ibrani 7:18-19 ; Ibrani 8:7)

Pastor Rifai menyatakan Taurat itu terbahagi 2 :

Taurat Allah yang diucap dan ditulis Allah sendiri ( Keluaran 24:12, 31:18) . Dan Taurat Musa yang diucapkan dan ditulis oleh Nabi Musa sendiri ( Ulang 31: 1,2 9). Taurat Allah diletakkan dalam peti perjanjian ( Keluaran 25 : 16, 21, Ibrani 9: 2, 4). Dan Taurat Musa diletakkan di luar peti perjanjian . ( Ulangan 31:25,26). Taurat Musa sudah dihapuskan (Ibrani 10:1-6 . Taurat Allah ( 10 hukum ) itu kekal. (Matius 5 ; Mazmur 119:14, 165).

Paulus mengajarkan dosa waris

Paulus mengajarkan bahawa semua manusia adalah berdosa iaitu dosa yang diwariskan kepada mereka dari Adam , kerana Adam telah berdosa sebab memakan buah yang terlarang. (surat kiriman Paulus kepada orang Rum 5:12 dan 5:18) .

Tebus dosa manusia dengan darah dan pengorbanan Jesus

Paulus mengajarkan bahawa kematian Jesus di atas kayu salib adalah untuk penebusan dosa manusia. ( Surat Paulus kepada Epesus 1:7, Surat Paulus kepada orang Kolosi 1:140 , Surat Paulus kepada orang Ibrani 9:28, Epesus 5:2 , Galatia 1:-4).

Paulus mengajarkan Jesus sebagai pengantara

Paulus menyatakan jawatan Jesus adalah menjadi pengantara. ( Ibrani 8:6 ; 12:24 ).

Paulus mengajarkan Jesus bayangan Tuhan

Paulus mengajarkan bahawa Jesus menjadi bayangan Tuhan dan ia terlebih dahulu dari segala makhluk dan ia menjadikan segala sesuatu di langit dan di bumi. ( Kolose 1:15-17).

Ajaran Paulus berkembang di kalangan orang kafir

Akhirnya ajaran Paulus berkembang di kalangan orang kafir, bukan di kalangan bangsa bani Israel. Ini kerana Paulus telah bekerja sungguh-sungguh dan pergi jauh ke pedalaman dan luar daerah. Paulus dikatakan telah berjalan kaki sejauh 7800 km - 9000 km. Perjalanannya tanpa kapal terbang atau apa-apa kenderaan. [4]

Paulus menghalalkan cara demi tujuan

Paulus membenarkan seseorang menjadi Yahudi agar akhirnya orang Yahudi itu menjadi Kristian. Jika dia berhadapan dengan Yahudi, dia akan menjadikan dirinya seperti orang Yahudi. Jika dia berhadapan dengan orang yang mengamalkan hukum Taurat, dia akan berpura-pura mengamalkan hukum Taurat.. "Maka segala sesuatu halal bagiku". ( I Korintus 9: 20-22 ; 6:12 ; Rum :7). Paulus mengangap berdusta itu tidak salah jika dengan dusta itu kebenaran Allah melimpah kepada kemuliaan.

Falsafah ini diamalkan oleh Machiavelli.

Paulus mampu melakukan perkara pelik

Paulus dianggap rasul kerana telah melakukan perkara pelik umpama mukjizat atau dianggap mukjizat..

Tetapi Injil Matius sendiri menyatakan ada Kristus palsu dan nabi palsu akan muncul dengan mengadakan perbuatan dan pertunjukan yang pelik-pelik. Perkara yang pelik-pelik tidak dapat dijadikan bukti akan kebenaran seseorang rasul. ( Injil Matius 24:24).

Perlu diingat Kisah Rasul-Rasul dikarang oleh Lukas iaitu seorang pengikut Paulus. Lukas tidak melihat semua yang dilakukan oleh Paulus dan tidak mengikut perjalanan Paulus sejauh 7800 km itu. Mungkin Paulus mereka-reka cerita akan kehebatannnya . Yang pasti Lukas banyak mengunakan cerita-cerita lisan untuk tulisannya khususnya dari Paulus yang dikutinya hingga ke penjara. [5]

Paulus setanding Abdullah bin Sabak

Zaman Nabi Muhammad juga muncul orang Yahudi berpengaruh bernama Abdullah bin Sabak. Dia menyamar sungguh-sungguh sebagai seorang Islam yang alim. Beliau seorang pendeta Yahudi . Beliau turut menghidupkan api perang antara Ali Abi Talib dengan Muawiyah. Abdulah bin Sabak memihak kepada Ali , membela Ali dan kaum kerabat Nabi Muhamad. Dengan itu ramai orang tertarik kepadanya.

Abdullah bin Sabak akhirnya mengatakan dalam ajarannya bahawa Ali Abu Talib itu Tuhan. Menurut ajarannya , roh Allah bertempat dalam tiap-tiap Nabi. Setelah Muhamad wafat, roh itu pindah kepada Ali Abi Talib. Kemudian pindah lagi kepada anak-anaknya yang menjadi Imam.

Ketika Abdullah bin Sabak dan pengkutnya bertemu Ali, beliau berkata 'Engkau Tuhan', 'Engkau Dia'. Ali amat gelisah dan menghidupkan api untuk membakar mereka. Tetapi mereka menyambut dengan 'Kini nampaklah kepada kami kebenaran bahawa dia Allah , kerana yang menghukum orang dengan Api hanya Allah'.

Semasa Ali menjadi Khalifah , pernah hendak menghukum mati ke atas Abdullah bin Sabak. Terapi ramai menghalang kerana jasanya membela keluarga Nabi Muhamad. Jadi Abdullah diasingkan ke Madain .Usaha Abdulah bin Sabak masih berterusan tapi berjaya dibendung .

 


Wanita di dalam Kristian dan Islam

Category: By Hamba Razzaq

Berdasarkan pengalaman saya, bila sahaja topik Islam dibangkitkan di kalangan orang Barat, maka bantahan pertama mereka adalah, "Wanita amat tertindas dalam Islam", dan "Wanita adalah warga kelas dua dalam Islam". Contohnya, mereka melihat bahawa wanita Islam biasanya berpakaian sopan dan secara automatik mereka mengaitkan kesopanan ini dengan penindasan. Mereka kelihatannya berpendapat bahawa kebebasan ada kaitan dengan betapa sedikit pakaian yang dipakai, dan penindasan juga berkait rapat dengan betapa sopan seseorang berpakaian. Walaupun topik ini tidak berkaitan secara langsung dengan topik utama buku ini, menyentuh topik ini tidak dapat dielakkan, kalaupun hanya sepintas lalu, disebabkan kepentingannya.


Ada dua masalah yang berkaitan: Pertama, mereka yang membuat bantahan tersebut biasanya mempunyai pengetahuan yang cetek mengenai ajaran sebenar Islam, dan kedua, mereka tidak tahu apa yang Bible minta dari wanita beriman.


Pada suatu hari saya mengembara di Kanada bersama mertua saya dan keluarga mereka. Semasa kami sedang berjalan, seorang gadis Kristian Kanada (lewat remaja atau awal dua puluhan) lalu bersama kawan-kawannya. Beliau memandang ibu mertua saya yang berpakaian sopan, dengan selendang menutupi kepalanya yang hanya menampakkan wajahnya. Beliau berkata kepada ibu mertua saya (yang maksudnya lebih kurang), "Kenapa kamu membiarkan kaum lelaki kamu melayan kamu begini? Mengapa kamu memakai pakaian begini?".


Ibu mertua saya adalah seorang siswazah; semasa masih menuntut beliau adalah pelajar cemerlang dan amat dihormati oleh rakan-rakannya, dan bekerja sebagai inspektor dalam sistem pendidikan awam di negara saya. Ibu mertua saya juga memahami bahasa Inggeris dan struktur nahunya. Bagaimanapun, beliau tidak mempunyai pengetahuan yang luas mengenai loghat Amerika dan Kanada, dan oleh itu beliau tidak menangkap nada soalan yang ditujukan kepadanya.


Saya memutuskan untuk menjauhkan diri sedikit dan membiarkan beliau menangani sendiri keadaan ini. Ibu mertua saya menjawab soalan gadis tadi dengan senang hati, dan menerangkan kepadanya mengenai agama dan adat kami dan bagaimana kami memilih untuk berpakaian sopan dan bahawa Allah Yang Maha Berkuasa memerintahkan kami berbuat demikian. Namun ini bukanlah jawapan yang diingini oleh gadis ini dan dia menjawab, "Terima kasihlah kerana berkongsi pengetahuan!", dan berlalu.


Di negara saya, golongan yang lebih tua amat dihormati oleh golongan yang lebih muda. Atas sebab ini, ibu mertua saya tidak terfikir bahawa soalan tersebut bukan sekadar seorang gadis muda yang bertanyakan suatu soalan dengan hormat kepada seorang tua yang dipercayai, dan saya tidak mahu memberitahunya yang sebaliknya. Saya tidak mahu beliau meninggalkan Kanada dengan tanggapan bahawa semua warga Kanada atau semua penganut Kristian bercakap kepada orang yang lebih tua dengan cara ini kerana saya tahu ini tidak benar. Namun kejadian ini menyedihkan saya.


Ramai orang bukan Islam merasa kasihan terhadap wanita Islam yang berpakaian sopan. Mereka berpendapat yang mereka ini tidak bebas untuk berpakaian yang lebih mendedahkan. Sesiapa menjalani kehidupan yang berlainan daripada kebiasaan mereka dianggap ditindas dan dipaksa hidup demikian. Terdapat suku-suku di hutan Amazon, di Australia dan Afrika yang biasa memakai hanya sedikit pakaian. Apakah jawapan orang Barat jika mereka ini mengutuk Barat kerana memaksa wanita mereka "memakai terlalu banyak pakaian" dan menuntut supaya semua wanita Barat berpakaian seperti mereka? Apa kata jika mereka meminta supaya masyarakat barat berhenti menindas kaum wanita mereka dan berhenti menghalang mereka daripada berjalan di jalanan dengan hanya memakai sarung kaki? Mereka akan mengatakan bahawa mereka ini tidak berakhlak dan tidak malu. Ahli-ahli falsafah pasti gembira dengan persoalan ini.


Bagaimana pula jika seseorang berkata bahawa adalah tidak berakhlak, mendiskriminasi dan tidak adil memisahkan bilik air awam wanita dan lelaki seperti mana yang pernah dilakukan terhadap kaum kulit hitam dan kulit putih. Apa kita jika orang ini menyeru (demi kesamaan, keadilan dan kebebasan) supaya bilik air lelaki dan wanita digabungkan menjadi satu bilik air "uniseks" atau "peluang-setara? Sekali lagi, ahli-ahli falsafah pasti gembira dengan persoalan ini. Sesiapa yang mengikuti berita akan tahu bahawa sesungguhnya inilah yang akan berlaku di Amerika. Dalam "New York Post" (31 Ogos, 1994 atau tidak lama sebelum itu) dilaporkan bahawa wanita kini diberikan hak untuk muncul tanpa memakai apa-apa baju di sistem bawah tanah New York. Di mana agaknya Amerika beberapa tahun daripada sekarang? Siapa tahu! [1]

Siapakah yang mempunyai kuasa untuk menentukan apakah pakaian yang sopan? Siapakah yang menentukan apakah kelakuan yang sopan? Umat Islam menyerahkannya kepada Tuhan sahaja. Ini adalah intipati "Islam". "Islam" bermakna "menyerah kepada kehendak Tuhan". Apa yang Tuhan perintahkan dipatuhi oleh seorang Muslim. Mereka tidak menuntut supaya Tuhan menjelaskan perintahNya sebelum mereka mematuhinya. Sebaik sahaja mereka mengesahkan bahawa perintah tersebut memang daripada Tuhan, maka mereka mematuhinya tanpa teragak-agak.


Sesungguhnya kita belajar daripada kisah Adam. Kisah Adam dari sudut pandangan Islam (berbeza sedikit daripada kisah dalam Judaisma/Kristian), Adam dan Hawa dicipta oleh Tuhan, diajar, diberi pakaian dan dibenarkan menghuni syurga. Tuhan memberitahu mereka bahawa mereka boleh mendapat apa sahaja yang mereka kehendaki kecuali memakan buah dari sebatang pohon. Kerana rasa cemburu, syaitan menggoda mereka supaya makan daripada pohon tersebut dan memberitahu mereka bahawa buah tersebut akan menjadikan mereka malaikat atau abadi. Mereka memakan buah dari pohon tersebut dan dengan serta-merta tubuh mereka terdedah kepada satu sama lain, lalu mereka mengambil daun-daun untuk menutupi tubuh mereka. Inilah masanya Allah menurunkan mereka ke bumi. Apa yang dapat dipelajari oleh manusia daripada kisah ini ialah hanya kerana seseorang tidak tahu sebab di sebalik perintah Tuhan dan orang lain menyuruh mereka melanggarnya, dan mereka tidak patuh kepada larangan tersebut, maka apabila sebabnya menjadi jelas kepada mereka, ia mungkin sudah terlambat.



Apa pula kata Bible mengenai hal ini? Sebenarnya sehingga ke hari ini masih ada kesan-kesan dalam agama Kristian, yang mempunyai moyang yang sama dengan Islam, mengenai pakaian yang sopan untuk wanita Kristian seperti mana yang ditetapkan oleh Penciptanya. Gambar rajah di atas menunjukkan jenis pakaian yang dipakai oleh rahib Kristian. Kesamaan di antaranya dengan apa yang dipakai oleh kebanyakan wanita Islam menakjubkan. Kenapa begitu? Terdapat beberapa perbezaan yang ketara di antara undang-undang Biblikal dan Qur'an mengenai perkara ini. Kita mulakan dengan pendapat Biblikal.


Apa kata Perjanjian Baru


"Wanita harus belajar dengan berdiam diri dan dengan rendah hati. Aku tidak membenarkan wanita mengajar atau memerintah lelaki; wanita mesti berdiam diri. Hal ini demikian kerana Adam dicipta dahulu, kemudian barulah Hawa. Lagi pula bukan Adam yang ditipu, tetapi wanita yang tertipu, sehingga melanggar perintah Allah."

1 Timothy 2:11-14


"Kaum wanita haruslah berdiam diri di dalam gereja. Mereka tidak dibenarkan berkata-kata; mereka harus patuh kerana demikianlah ajaran Taurat. Jika mereka hendak mengetahui sesuatu, mereka harus bertanya kepada suami mereka di rumah. Amatlah memalukan jika seseorang wanita berkata-kata di perjumpaan jemaah."

1 Korintus 14:34-35


"Jika seorang wanita tidak menudung kepala ketika berdoa atau menyampaikan perkhabaran daripada Allah di hadapan orang ramai, dia memalukan suaminya. Wanita itu seperti wanita yang kepalanya dicukur. Jika seorang wanita tidak mahu menudung kepalanya, lebih baik dia menggunting rambut. Tetapi sangat memalukan jika seorang wanita dicukur kepalanya atau digunting rambutnya. Oleh itu lebih baik dia menudung kepalanya. Seorang lelaki tidak perlu menudung kepala kerana dia mencerminkan rupa dan kemuliaan Allah. Tetapi wanita mencerminkan kemuliaan lelaki, kerana lelaki tidak dijadikan daripada wanita, melainkan wanita dijadikan daripada lelaki. Begitu juga lelaki tidak dijadikan untuk kepentingan wanita, tetapi wanita dijadikan untuk kepentingan lelaki. Oleh itu, kerana malaikat-malaikat, seorang wanita harus menudung kepala sebagai tanda bahawa dia di bawah kekuasaan suaminya."

1 Korintus 11:5-10


"Baiklah kamu pertimbangkan sendiri: patutkah seorang wanita berdoa kepada Tuhan di hadapan orang ramai dengan tidak menudung kepala?"

1 Korintus 11:13


Apa kata Perjanjian Lama


"Manusia itu menjawab: "Perempuan yang Kau tempatkan di sisiku, dialah yang memberi dari buah pohon itu kepadaku, maka kumakan". Maka berfirmanlah TUHAN kepada perempuan itu: "Apakah yang telah kau perbuat ini?". Jawab perempuan itu: "Ular itu yang memperdayakan aku, maka kumakan". Lalu berfirmanlah TUHAN kepada ular itu: "Kerana engkau berbuat demikian, terkutuklah engkau di antara segala ternak dan di antara segala binatang hutan; dengan perutmulah engkau akan menjalar dan debu tanahlah akan kau makan seumur hidupmu. Aku akan mengadakan permusuhan antara engkau dan perempuan ini, antara keturunanamu dan keturunannya; keturunannya akan meremukkan kepalamu, dan engkau akan meremukkan tumitnya". FirmanNya kepada perempuan itu: "Susah payahmu waktu mengandung akan Kubuat sangat banyak; dengan kesakitan engkau akan melahirkan anakmu; namun engkau akan berahi kepada suamimu dan dia akan berkuasa atasmu"."

Kejadian 3:12-16


"Katakanlah kepada orang Israel: Apabila seorang perempuan bersalin dan melahirkan anak lelaki, maka najislah dia selama TUJUH HARI. Sama seperti pada hari-hari dia bercemar kain dia najis. Dan pada hari yang kelapan haruslah dikerat daging kulit khatan anak itu. Selanjutnya TIGA PULUH TIGA HARI lamanya perempuan itu harus tinggal menantikan pentahiran dari darah nifas, tidak boleh dia kena kepada sesuatu apa pun yang kudus dan tidak boleh dia masuk ke tempat kudus, sampai sudah genab hari-hari pentahirannya. Tetapi jikalau dia melahrikan anak perempuan, maka najislah dia selama DUA MINGGU, sama seperti pada watu dia bercemar kain, selanjutnya ENAM PULUH ENAM HARI lamanya dia harus tinggal menantikan pentahiran dari darah nifas."

Imamat 12:2-5


"Dan aku menemukan sesuatu yang lebih pahit daripada maut: perempuan yang adalah jala, yang hatinya adalah jerat dan tangannya adalah belenggu. Orang yang dikenan Allah terhindar daripadanya, tetapi orang yang berdosa ditangkapnya. Lihatlah, ini yang kudapati, kata Pengkhutbah: Sementara menyatukan yang satu dengan yang lain untuk mendapat kesimpulan, yang masih kucari tetapi tidak kudapati, kudapati seorang lelaki yang lurus di antara seribu, tatapi tidak kudapati seorang perempuan yang lurus di antara mereka."

Pengkhutbah 7:26-28


"Apabila seorang perempuan mengeluarkan lelehan, dan lelehannya itu adalah darah dari autratnya, dia harus tujuh hari lamanya dalam cemar kainnya, dan setiap orang yang kena kepadanya menjadi najis sampai matahari terbenam. Segala sesuatu yang ditidurinya selama dia cemar kain menjadi najis. Dan segala sesuatu yang didudukinya menjadi najis juga. Setiap orang yang kena kepada tempat tidur perempuan itu haruslah mencuci pakaiannya, membasuh tubuhnya dengan air dan dia menjadi najis sampai matahari terbenam. Setiap orang yang kena kepada sesuatu barang yang diduduki perempuan itu haruslah mencuci pakaiannya, membasuh diri dengan air dan dia menjadi najis sampai matahari terbenam. Juga pada waktu dia kena kepada sesuatu yang ada di tempat tidur atau di atas barang yang diduduki perempuan itu, dia menjadi najis sampai matahari terbenam. Jikalau seorang lelaki tidur dengan perempuan itu, dan dia kena cemar kain perempuan itu, maka dia menjadi najis selama tujuh hari, dan setiap tempat tidur yang ditidurinya menjadi najis juga. Apabila seorang perempuan berhari-hari lamanya mengeluarkan lelehan, yakni lelahan darah yang bukan pada waktu cemar kainnya, atau apabila dia mengeluarkan lelehan lebih lama dari waktu cemar kainnya, maka selama lelahannya yang najis itu perempuan itu adalah seperti pada hari-hari cemar kainnya, yakni dia najis. Setiap tempat tidur yang ditidurinya, selama dia mengeluarkan lelahan , haruslah baginya seperti tempat tidur pada waktu cemar kainnya dan setiap barang yang didudukinya menjadi najis sama seperti kenajisan cemar kainnya. Setiap orang yang kena kepada barang-barang itu menjadi najis, dan dia harus mencui pakaiannya, membasuh tubuhnya dengan air, dan dia menjadi najis sampai matahai terbenam. Tetapi jikalau perempuan itu sudah tahir dari lelehannya, dia harus menghitung tujuh hari lagi sesudah itu barulah dia menjadi tahir. Pada hari yang kelapan, dia harus mengambil dua ekor burung tekukur dan dua ekor anak burung merpati dan membawanya kepada imam ke pintu Khemah Pertemuan. Imam harus mempersembahkan yang seekor sebagai korban penghapus dosa dan yang seekor lagi sebagai korban bakaran. Dengan demikian imam mengadakan perdamaian bagi orang itu di hadapan TUHAN, kerana lelehannya yang najis itu."

Imamat 15:19-30


Dengan kata lain, Bible mengajar bahawa:

  1. Wanita harus mendiamkan diri dan mengetepikan keinginan diri sendiri.
  2. Wanita tidak patut mengajar.
  3. Wanita tidak mempunyai kuasa ke atas lelaki, sebaliknya harus berdiam diri.
  4. Adam dan Hawa tidak sama dalam dosa mereka. Adam tidak tertipu, sebaliknya Hawa tertipu.
  5. Wanita diperintahkan mematuhi kaum lelaki. Tuhan menetapkan bahawa lelaki memerintah wanita selamanya.
  6. Wanita mesti berdiam diri di dalam Gereja. Adalah memalukan jika mereka bercakap. Jika mereka mempunyai soalan, mereka perlu bertanya kepada suami mereka sebelum pergi ke gereja dan suami mereka akan bertanya bagi pihak mereka di gereja.
  7. Wanita tidak boleh sembahyang atau membuat pengakuan dengan kepalanya tidak ditutup.
  8. Jika wanita bersembahyang dengan kepalanya tidak ditutup, lebih baiklah dia mencukur kepalanya.
  9. Lelaki dicipta daripada rupa dan kemuliaan Tuhan, dan wanita dicipta daripada kemuliaan lelaki, maka lelaki berkuasa ke atas mereka.
  10. Wanita yang melahirkan bayi lelaki tidak suci selama seminggu, tetapi wanita yang melahirkan bayi perempuan tidak suci selama DUA minggu. Maka bayi perempuan adalah DUA KALI tidak suci berbanding bayi lelaki.
  11. Adalah mungkin untuk menemui seorang lelaki yang lurus dalam seribu lelaki, tetapi adalah mustahil untuk menemui walau seorang wanita yang lurus dalam seribu wanita.
  12. Wanita adalah perangkap, hatinya adalah jerat, dan tangannya adalah belenggu. Lelaki yang mematuhi Tuhan akan terlepas daripadanya, tetapi beliau akan memerangkap mereka yang berdosa.
  13. Jika seorang wanita yang sedang haid menyentuh kerusi, katil atau apa sahaja, maka apa yang disentuhnya menjadi tidak suci. Sesiapa yang menyentuh barang tersebut juga menjadi tidak suci. Mereka mesti mandi dan membersihkan pakaian mereka kerana telah menyentuh barang yang disentuh oleh seorang wanita yang sedang haid.

Apa yang dikata mengenai orang-orang kudus Kristian mengenai wanita:

"Wanita adalah anak kepalsuan, pengawal neraka, musuh kedamaian; kerananya Adam kehilangan syurga"

St. John Demanscene

"Wanita adalah alat syaitan yang digunakan untuk mendapatkan roh kita"

St. Cyprian

"Wanita adalah lengan syaitan, suaranya adalah bisikan ular"

St. Anthony

"Wanita adalah racun ular, dan memiliki kejahatan naga"

St. Gregory


Semasa St. Tertulian bercakap dengan "saudara-saudara perempuan seagama yang dikasihinya", beliau berkata, "Tidakkah kamu tahu bahawa setiap daripada kamu adalah Hawa? Hukuman Tuhan ke atas jantina kamu berterusan sehingga ke hari ini: kesalahan tersebut harus berterusan. Kamu adalah pintu masuk syaitan. Kamu adalah pembuka pohon terlarang. Kamu adalah yang pertama melanggar undang-undang tuhan. Kamulah yang memujuknya yang tidak dapat diserang oleh syaitan. Kamu dengan mudah telah memusnahkan rupa Tuhan, iaitu lelaki,.". St. Augustine menulis kepada sahabatnya, "Apa bezanya jika dia adalah seorang isteri atau seorang ibu, dia masih Hawa, penggoda yang mesti kita berjaga-jaga terhadapnya.". Beberapa abad kemudian, St. Thomas Aquinas masih menganggap wanita tidak sempurna, "Merujuk kepada sifat individu, wanita tidak sempurna, kerana kuasa aktif di dalam benih lelaki berkecenderungan untuk menghasilkan apa yang mirip kepada jantina lelaki yang sempurna; manakala wanita dihasilkan daripada kecacatan dalam kuasa aktif atau daripada bahan yang kurang sihat, atau daripada pengaruh luar." (Semua petikan-petikan ini diperolehi daripada buku Karen Armstrong bertajuk "The Gospel According to Woman", London: Elm Tree Books, 1986, m.s. 52-62. Juga lihat buku oleh Nancy van Vuuren, "The Subversion of Women as Practiced by Churches, Witch-Hunters and Other Sexists Philadelphis", Westminster Press, m.s. 28-30).


Lelaki Yahudi Ortodoks memulakan sembahyang pagi mereka dengan membaca, "Dirahmati Tuhan, Raja semesta Alam, kerana Dia tidak menjadikan aku wanita". Wanita pula bersyukur kepada Tuhan setiap pagi kerana, "menjadikanku menurut kehendakMu" (Thena Kendath, "Memories of an Orthodox Youth", dalam Susannah Heschel, penyunting. "On Being a Jewish Feminist", New York: Schocken Books, 1983, m.s. 96-97).


Menurut Talmud Yahudi, "wanita dikecualikan daripada mempelajari Taurat". Pada abad pertama Masihi, Rabai Eliezer berkata, "Jika seorang lelaki mengajar anak perempuannya Taurat, seolah-olah beliau mengajarnya kegasangan." (Leonard J. Swidler, "Women in Judaism: The Status of Women in Formative Judaism", Metuchen, N.J: Scarecrow Press, 1976, m.s. 83-93).


Menurut Rabai Dr. Menachem M. Brayer (Profesor dalam Kesusasteraan Biblikal di Yeshiva University) di dalam bukunya "The Jewish Woman in Rabbinic Literature", adalah menjadi kebiasaan wanita Yahudi keluar ke tempat awam dengan kepalanya ditudung, malah kadang kala seluruh wajahnya juga ditutup dan hanya satu mata kelihatan ("Psychosocial Perspective", Hoboken, N.J: Ktav Publishing House, 1986, m.s. 239). Beliau memetik Rabai-rabai purba yang masyhur berkata, "Tidak layak wanita-wanita Israel keluar tanpa kepalanya ditudung", dan, "Terkutuklah lelaki yang membiarkan rambut isterinya dilihat... wanita yang mendedahkan rambutnya sebagai perhiasan membawa kepapaan". Undang-undang Rabai melarang doa dibaca jika terdapat wanita yang telah berkahwin yang tidak menutup kepalanya kerana rambut yang terdedah dianggap "bogel" (Ibid, m.s. 316-317. Juga lihat Swidler, op. Cit. M.s. 121-123). Dr. Brayer juga menyebut bahawa, "Semasa zaman Tannaitik, wanita Yahudi yang tidak menudung kepalanya dianggap menghina kesuciannya. Jika kepalanya tidak ditudung, dia boleh didenda empat ratus zuzim atas kesalahan ini.". Dr. Brayer juga menjelaskan bahawa tudung wanita Yahudi tidak hanya dianggap sebagai lambang kesopanan. Kadang-kala ia melambangkan maruah dan martabat wanita bangsawan. Ia juga lambang seorang wanita tidak boleh disentuh kerana beliau adalah milik suci suaminya (24. Ibid, m.s. 139). Jelas bahawa di dalam Perjanjian Lama, mendedahkan kepala wanita adalah hal yang amat memalukan dan inilah sebabnya seorang paderi perlu membuka tudung seorang wanita yang disyaki berzina dalam perbicaraannya (Bilangan 5:16-18).


St. Tertullian di dalam karyanya yang terkenal, "On the Veiling of Virgins" menulis, "Wanita-wanita muda, pakailah tudungmu semasa di jalanan, kamu juga perlu memakainya di gereja, kamu juga perlu memakainya semasa berada di kalangan orang-orang yang tidak dikenali, dan pakailah ia semasa bersama saudara-saudara lelakimu...". Di antara undang-undang Kanon gereja Katolik hari ini, terdapat peraturan yang memerlukan wanita menudung kepala mereka di gereja (Clara M. Henning, "Cannon Law and the Battle of the Sexes", dalam Rosemary R. Ruether, suntingan, "Religion and Sexism: Images of Woman in the Jewish and Christian Traditions", New York: Simon and Schuster, 1974, m.s. 272).


Beberapa mazhab Kristian, seperti Amish dan Mennonit, menetapkan wanita mereka perlu bertudung sehinggalah ke hari ini. Alasan untuk bertudung yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin Gereja adalah, "Menudung kepala adalah lambang penyerahan kepada lelaki dan Tuhan". Logik yang sama dikemukakan oleh St. Paul di dalam Perjanjian Baru (Donald B, Krabyll, "The Riddle of the Amish Culture", Baltimore: John Hopkins University Press, 1989, m.s. 56).

Wanita Russia Ortodoks juga dikehendaki menudung kepala semasa di gereja. Kebanyakan mereka tidak melakukannya di Amerika, tetapi wanita-wanita di Russia dan di banyak negara-negara Eropah Timur, seperti Greek dan timur tengah, memakai selendang menutupi kepada mereka apabila berada di tempat awam.


Ini hanyalah sebahagian kecil contoh. Untuk melihat petikan-petikan mengenai hal ini, sila dapatkan buku "Women in Islam versus Women in the Judaeo-Christian Tradition: The Myth and the Reality", oleh Dr. Sherif Abdel Azeem, World Assembly of Muslim Youth.

Selanjutnya, menurut Perjanjian Lama, seorang balu yang tidak mempunyai anak mesti mengahwini saudara lelaki suaminya, walaupun beliau telah mempunyai anak tanpa mengira sama ada balu tadi bersetuju, untuk menghasilkan zuriat daripadanya (Kejadian 38).

Selanjutnya, menurut Bible:


"Apabila seseorang bertemu dengan seorang gadis yang masih perawan dan belum bertunangan, memaksa gadis itu tidur dengannya, dan keduanya kedapatan, maka haruslah lelaki yang sudah tidur dengan gadis itu memberikan lima puuh syikal perak kepada ayah gadis itu, dan gadis itu haruslah menjadi isterinya sebab lelaki itu telah memperkosanya; selama hidupnya tidak boleh lelaki itu menceraikannya."

Ulangan 22:28-30


Kita perlu bertanyakan satu soalan yang mudah di sini, siapakah yang sebenarnya dihukum: lelaki yang memperkosa gadis tersebut atau gadis yang diperkosa? Siapakah yang dapat menghalang seorang lelaki daripada memperkosa gadis tercantik di bandar, memaklumkan semua orang akan hal tersebut, dan kemudian meminta mahkamah memaksa gadis tersebut menjadi isterinya?


Menurut Bilangan 27:1-11, balu dan saudara perempuan tidak boleh mewarisi harta langsung. Anak perempuan hanya mewarisi harta jika bapa mereka tidak mempunyai anak lelaki.

Maka apa pula ketetapan Qur'an mengenai wanita? Memang wanita diperintahkan oleh Allah supaya menutup kepala mereka dan berpakaian sopan, tetapi di dalam Islam ini bukanlah lambang merendahkan diri atau menyerah kepada lelaki, sebaliknya ia adalah lambang kesucian, kesopanan dan ketakwaan kepada Allah. Ini juga adalah sebagai tanda kepada semua lelaki yang berurusan dengannya supaya menghormatinya. Bandingkan keadaan ini dengan keadaan di Barat apabila seseorang bertemu dengan rahib atau paderi, bagaimana pakaian rahib dan paderi tersebut adalah tanda kepada mereka yang menemuinya untuk tidak berkelakuan atau bercakap yang tidak sopan. Ini jelas di dalam Qur'an:


"... yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Al-Qur'an, Al-Ahzab (33):59 (juga lihat Al-Nur (24):31)


Bagaimana pula dengan hak-hak wanita dalam Islam? Adakah benar mereka adalah "warga kelas dua"? Mari kita baca apa kata Qur'an:

"Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang baik"

Al-Quran, Al-Baqarah (2):228


"Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman): "Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik lelaki atau perempuan (kerana) sebahagian kamu adalah keturunan sebahagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalanKu, yang berpegang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisiNya pahala yang baik."

Al-Quran, Al-'Imran (3):195


"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian lain. (Kerana) bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi wanita ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian daripada kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

Al-Quran, Al-Nisaa (4):32


" Bagi lelaki ada bahagian daripada harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya, dan bagi wanita ada hak bahagian (pula) daripada harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan."

Al-Quran, Al- Nisaa (4):7


"Barang siapa yang mengerjakan amal-amal saleh, baik lelaki mahu pun wanita, sedang dia orang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya sedikit pun."

Al-Quran, Al-Nisaa (4):124


"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah daripada yang munkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberikan rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Al-Quran, Al-Taubah (9):71


"Barang siapa yang mengerjakan amal saleh, baik lelaki mahu pun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan."

Al-Quran, Al-Nahil (16):97


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

Al-Quran, Al-Rum (30):21


"Barang siapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalas melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barang siapa mengerjakan amal yang saleh baik lelaki mahu pun perempuan, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa hisab."

Al-Quran, Al-Mukmin (40):40


Di dalam Qur'an, kedua-dua Adam dan Hawa berkongsi kesalahan memakan dari pohon larangan. Ini dapat dilihat di dalam ayat-ayat Qur'an seperti Al-Baqarah (2):36 dan Al-A'araf (7):22-24. Dosa kedua-dua mereka juga telah diampunkan oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa. Sesungguhnya, di dalam satu ayat Qur'an (Taha (20):121), Adam yang dipersalahkan.

Islam menggalakkan suami isteri berunding dan mencapai kata sepakat dalam hal-hal yang bersangkutan dengan mereka, contohnya dalam Al-Baqarah (2):233 kita dapati:


"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya, dan waris pun berkewajipan demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan pemusywaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan bayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu depada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."

Para suami diperintahkan supaya melayan isteri-isteri mereka dengan baik dan hormat. Dalam Al-Nisaa (4):19 kita dapati:


"... dan bergaullah dengan mereka secara baik, kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak".

Nabi Muhammad (s.a.w.) berkata:


"Yang terbaik di kalangan golongan beriman adalah yang terbaik akhlaknya, dan yang terbaik di kalangan kamu adalah mereka yang terbaik terhadap isterinya."

Semasa Muhammad (s.a.w.) mula-mula menjadi nabi, golongan penyembah berhala Arab mewarisi sikap mengabaikan wanita seperti mana yang telah diturunkan kepada jiran Yahudi dan Kristian mereka. Kelahiran anak perempuan amat memalukan mereka sehingga mereka sanggup menanam bayi ini hidup-hidup untuk mengelakkan menanggung malu.

Melalui ajaran Islam, Muhammad (s.a.w.) telah menghapuskan amalan buruk ini. Beliau tidak hanya melarang dan mengutuk keras amalan ini, tetapi beliau juga mengajar mereka untuk menghormati dan menghargai anak-anak perempuan dan ibu-ibu sebagai teman yang dapat menyelamatkan keluarga mereka.

Abu Said al-Khudri meriwayatkan:

"Nabi (s.a.w.) berkata: jika seseorang membesarkan tiga orang anak perempuan, mendidik mereka, mengahwinkan mereka dan berbuat baik terhadap mereka, dia akan masuk syurga."

Diriwayatkan oleh Abu Daud

Abdullah bin Abbas meriwayatkan:

"Nabi (s.a.w.) berkata: Jika seseorang mempunyai seorang anak perempuan dan tidak menanamnya hidup-hidup, atau mengabaikannya, atau melebihkan anak lelakinya daripada anak perempuannya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga."

Diriwayatkan oleh Abu Daud

Sahih Muslim memetik Muhammad (s.a.w.) berkata:

"Sesiapa yang membesarkan dua orang anak perempuan sehingga mereka dewasa, dia dan aku pada hari akhirat akan adalah seperti ini; dan beliau merapatkan jari-jarinya."

Diriwayatkan oleh Abu Daud

Dengan kata lain, jika seseorang mengasihi utusan Allah dan mahu bersamanya pada hari akhirat, maka beliau haruslah berbuat baik kepada anak-anak perempuannya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hak-hal wanita di dalam Islam, isu pakaian sopan, isu poligami, dan isu-isu lain yang tidak dapat dibincangkan di sini, saya mengesyorkan buku-buku berikut:

  1. "Women in Islam Versus Women in the Judaeo-Christian Tradition: The Myth & The Reality", oleh Dr. Sherif Abdel Azeem, World Assembly of Muslim Youth.
  2. "The Status of Women in Islam" oleh Dr. Jamal A. Badawi, World Assembly of Muslim Youth.
  3. "Women's Rights in Islam", oleh Lea Zaitoun, World Assembly of Muslim Youth.
  4. "Gender Equity in Islam", oleh Dr. Jamal Badawi, World Assembly of Muslim Youth.

Notakaki

1. Semasa saya sedang menulis edisi pertama buku ini saya sendiri tidak menyangka keadaan yang sebenarnya. Hanya dua tahun kemudian, iaitu di dalam "Montreal Gazette" pada 12 Disember, 1996, dilaporkan bahawa keadaan ini tidak hanya dihadkan kepada sistem bawah tanah Amerika. Beritanya adalah seperti berikut.

Mendedahkan buah dada di tempat awam dibenarkan di Ontario Stephen Bindman Southam Newspapers

OTTAWA - Wanita di Ontario kini boleh muncul di tempat awam dengan mendedahkan dada mereka secara sah dari segi undang-undang. Mahkamah tinggi kawasan tersebut membebaskan seorang wanita yang bersiar-siar sambil mendedahkan dadanya di Guelph lima tahun lalu sebagai bantahan terhadap undang-undang yang mendiskriminasi wanita pada hari yang panas. Pada hari Selasa, Mahkamah rayuan Ontario memutuskan bahawa Gwen Jacob tidak melakukan perbuatan tidak sopan di bawah Kod Jenayah kerana perbuatannya tidak "melampaui tahap yang boleh diterima masyarakat".

Justin Coutler berkata bahawa sebarang bukti akan kesan buruk terhadap masyarakat akibat perbuatannya adalah "amat spekulatif". "Tiada apa-apa yang rendah yang dilakukan (Jacob)", tulis Osborne. "Skop kegiatannya adalah terhad dan bukan untuk tujuan komersial. Tiada sesiapa yang tidak menyukainya dipaksa terus memandangnya.".

Walaupun keputusan ini hanya terpakai di Ontario, ia mungkin memberi kesan di wilayah lain.

"Ini adalah berita baik buat wanita, ini adalah kemenangan untuk hak persamaan wanita", kata peguam Jacob, Margaret Buist. "Maknanya kepada wanita adalah kita mempunyai lebih hak ke atas tubuh badan kita berbanding sebelum ini. Sebelum kes ini diputuskan, seorang wanita tidak boleh melakukan apa yang dilakukan oleh seorang lelaki pada musim panas yang panas, iaitu menanggalkan bajunya dan berjalan di jalan raya dan duduk di taman tanpa bimbang dilabel sebagai penjenayah". Tetapi Buist berkata bahawa seorang wanita masih boleh didakwa jika menanggalkan bajunya di tempat awam untuk tujuan komersial atau "dalam konteks seksual".

Jacob yang sedang membesarkan seorang anak di Toronto, menanggalkan kemeja-Tnya ketika berjalan pulang dari University of Guelph pada 19 Julai, 1991 pada suatu hari yang panas. Beliau didakwa setelah seorang ibu kepada beberapa orang anak yang masih kecil yang nampak Jacob mengadu kepada polis. Selepas perbicaraan yang berprofil tinggi, beliau didenda $75. Wanita berusia 25 tahun itu kemudiannya mengeluarkan kenyataan melalui peguamnya mengatakan sekarang terpulanglah kepada individu untuk menentukan setakat mana beliau mahu "menggunakan kebebasan menanggalkan baju mereka". "Jika kita tidak mahu dilihat sebagai objek seks, kita perlu mengawal konteks di mana kita menganggap tubuh kita adalah seksual".

Diane Cunningham, seorang menteri di Ontario yang bertanggungjawab di atas isu-isu wanita berkata beliau terkejut dengan keputusan tersebut. "Saya rasa ramai yang terkejut dengan keputusan tersebut. Ia tidak dapat diterima dalam masyarakat kita kerana banyak sebab.", katanya.