SEKULARISME
Barat sepertimana yang diketahu umum, adalah kuasa besar yang telah dan sedang menguasai dunia dengan pelbagai medium dan cara. Barat lebih mudah dikenali sebagai kuasa dunia utama kerana semua pihak tertumpu dan memberi perhatian penuh kepadanya bermula dari aspek politik, ekonomi, teknologi, media, masyarakat, agama dan sebagainnya.
Dalam membincangkan isu bagaimana barat meluaskan pengaruhnya, di sini terdapat dua sebab utama barat menguasai umat Islam dan Negara Islam. Melalui penjajahan Fizikal dan Ideologi atau pemikirian. Penjajahan Fizikal, adalah seperti kita sedia maklum bahawa, barat telah menguasai Negara-negara Islam melalui fasa-fasa penjajahan yang dilakukan kepada hampir kesemua Negara-negara Islam termasuk Tanah Melayu. Manakala penjajahan Ideologi atau pemikiran adalah penjajahan yang lebih kepada perubahan paksi dan bentuk pemikiran semasa. Ia merupakan strategi yang paling berkesan dalam mengubah segala ideology yang berbentuk keagamaan kepada ideologi moden yang lebih bersifat ‘Polytheistic’ dan ‘Atheist’. Kedua-dua sebab utama perluasan pengaruh barat terhadap umat Islam mempunyai kesinambungan strategi.
SEKULARISMA
Punca utama yang dilakukan barat dalam meluaskan pengaruhnya adalah sekularisma. Ia merupakan bentuk penjajahan pemikiran yang paling berkesan dalam merubah pemikiran dan gaya hidup Umat Islam. Sekularisma secara literalnya berasal dari perkataan Latin ‘saeculum’ yang bermaksud ‘contemporary events’, iaitu konsepnya adalah merujuk kepada keadaan dunia semasa. Manakala secara teknikalnya ‘Secularization’ bermaksud pembawaan atau perubahan manusia dari agama kemudian dari penguasaan Metafizikal ke atas logik akal dan bahasa. Sekularisma juga bukan sekadar mengubah aspek politik dan kehidupan sosial manusia tetapi menghapuskan kebudayaan yang dikatakan berkait rapat dengan agama. Oleh itu, jelaslah bahawa sekularisma ini pemisah antara fungsi kehidupan beragama dan urusan kehidupan manusia seharian.
Sekularisma juga dikatakan agen penghapus prinsip-prinsip ‘monotehism’ atau Ketauhidan yang sebenarnya. Dimana jika kita lihat dengan adanya fahaman sekularisma, ia mengubah fungsi Masjid yang sebenar kepada sangat terhad iaitu Masjid hanyalah sekadar tempat untuk beribadah dan berzikir. Manakala urusan selain daripada beribadah adalah tidak wajar dilaksanakan. Maka dengan itu, terhentilah fungsi masjid yang lain seperti pusat menuntut ilmu, kebajikan sesama Muslim, pengerat hubungan sesama Muslim dan sebagainya.
Berbalik semula kepada sejarah bagaimana Barat meluaskan pengaruhnya dalam menyebarkan fahaman Sekularisma terhadap umat Islam, seperti yang kita sedia maklum bahawa Barat cuba meluaskan pengaruhnya dengan penjajahan, lalu mereka menjajah hampir sebilangan besar Negara-negara Islam seperti Andalusia, Turki, Palestin, Malaysia, Iraq dan sebagainya. Pergerakan dakyah mereka dalam dalam meracuni pemikiran Umat Islam adalah dengan menguasai Negara dan pentadbirannya. Seterusnya barulah mereka melancarkan ‘ peperangan pemikiran ‘ yang sering disebut oleh cendiakawan-cendiakawan Islam.
Dalam mendatangkan contoh bagi setiap strategi barat dalam menjajah pemikiran Umat Islam, Turki telah menjadi iktibar kepada seluruh umat islam . Dimana Turki sebelum penjajahan merupakan Pusat Utama Politik bagi dunia Islam ketika pemerintahan Khalifah Uthmaniah. Ketika itu, barat telah meniupkan hasutan dan semangat menjatuhkan kerajaan khalifah uthmaniah kepada pengganut Kristian dan Yahudi. Lalu mereka bekerjasama dalam memastikan kejatuhan pemerintahan khalifah kepada mereka. Wakil Yahudi yang sangat berpengaruh ketika itu adalah Medhat Pasha yang dikatakan menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk melantik pentad-pentadbir Turki dikalangan Yahudi dengan berselindung dibawah slogan ‘kebebasan hak’. Tetapi malangnya kebebasan itu hanyalah ditujukan kepada pengikutnya Yahudi yang sudah lama menantikan saat kejatuhan Empayar Uthamniah dan seterusnya bagi memastikan rancangan mereka Berjaya bagi mendapatkan Palestin. Maka dengan itu, Barat telah menggelar Pasha sebagai ‘The Father of Freedom’ dimana dia telah diiktiraf kerana telah memperjuangkan nasib kaum minority di turki iaitu Yahudi dengan berjanji akan memastikan nasib kaum minoriti itu terbela di bawah perlindungan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.
Disamping itu, dalam memastikan strategi mereka dalam memperluaskan fahaman sekularisma, mereka telah memilih Kemal Attarturk sebagai pemimpin moden dengan melibatkannya dengan perperangan dengan Greece yang akhirnya membawa kemenangan kepadanya dan seterusnya mengukuhkan peranannya sebagai pemerintah Turki terulung dengan memainkan peranan menjatuhkan nilai-nilai Islam dan membangunkan Sekularisma di Turki sehinngalah Kemal Attarturk Berjaya memisahkan Turki daripada Negara-negara Islam dari seluruh dunia. Setelah Kemal Attarturk berkuasa di Turki, perkara yang dilakukannya adalah dengan menangkap, memenjarakan dan membunuh semua ilmuan-ilmuan Islam di Turki. Pada ketika itu, seorang ilmuan terulung turki Mustafa Sabri telah dibunuh di Mesir ketika lari dari negaranya Turki. Banyak institusi-institusi pengajian Islam dihapuskan oleh Kemal Attarturk pada ketika itu. Dan dia telah menghapuskan Azan di dalam bahasa arab serta melarang sebarang penulisan di dalam bahasa arab. Seterusnya Kemal Attarturk menggantikan bahasa dan tulisan arab kepada huruf Latin. Dia juga memperkenalkan pakaian-pakaian barat kepada seluruh rakyat Turki bagi mengubah cara hidup mereka.
Diantara strategi yang lain adalah, memilih wakil-wakil Muslim di Turki yang mempunyai minat mendalam terhadap Sekularisma. Ini membuatkan musuh-mush Islam Yahudi dan Krsitian dengan keterbukaan mereka terhadap pengamal fahaman sekular di kalangan Muslim, mereka telah menaja ramai pengamal fahaman Sekular dari kalangan muda-mudi dengan menghantar mereka belajar di luar Negara iaitu Negara barat. Seterusnya mereka dapat menguasai ilmu dari barat dan ilmu-ilmu pentadbiran barat. Apabila mereka pulang ke Negara mereka semula, mereka akan menjadi seperti orang kelas atasan yang digelar sebagai ‘enlightened’ atau manusia yang membawa ‘perubahan’ besar di dalam masyarakat. Setelah mereka diberi jawatan besar di dalam pentadbiran, mereka akan diajar mengenai pentadbiran dan kuasa. Setelah mereka berkuasa mereka pula akan diajar bekerja untuk merebut jawatan tertinggi seterusnya melawan menentang ilmuan-ilmuan Islam dan aktivis Muslim yang lain. Mereka ini merasa yakin dengan tindakan mereka dan menggunakan kuasa mereka untuk menyebarkan fahaman mereka terhadap Muslim yang lain. Tanpa mereka sedar bahawa mereka telah dipergunakan barat, mereka telah menjatuhkan reputasi pemerintahan Kerajaan Turki sehinggalah mereka mendapat tentangan hebat dari masyarakat Muslim Turki. Apabila rakyat mula menentang, begitu juga agamawan-agamawan mula membenci kerajaan kerana telah membawa pengaruh sekular yang kuat terhadap masyarakat Muslim di Turki, barulah mereka sedar bahawa mereka berada di dalam situasi yang merbahaya. Lalu mereka mula untuk menjadikan cendiakawan dan ilmuan islam kelihatan asing dari pandangan kerajaan dan berusaha melemahkan pengaruh politik yang dibawa oleh ilmuan Islam. Melalui cara ini, pengamal fahaman sekular berharap agar dapat menangani masalah ilmuan islam dari membawa sebarang semangat kebangkitan dan kesedaran politik di dalam Negara. Seterusnya mereka dapat bekerja keras dalam menyusun strategi untuk menghapuskan sebarang pembangunan institusi-institusi keagamaan yang sudah pasti akan menghalang objektif mereka dalam meracuni pemikiran rakyat Turki.
Sebagai kesimpulan kepada penyebaran sekularisma di turki, boleh kita kategorikan dalam beberapa fasa :
Fasa Pertama : pengamal sekularisma mempraktikkan segala budaya barat bagi memperbaharui bentuk system pentadbiran sedia ada kepada pemerintahan budaya barat.
Fasa kedua: setelah mereka yakin dengan fahaman sekular yang dibawa mereka dengan menguasai seluruh rakyat, mereka mula meletakkan tekanan di dalam pentadbiran supaya dapat mempertahankan kuasa dan fahaman sekular dengan mempercepatkan proses penerapan nilai-nilai barat di kalangan masyarakat turki.
Fasa ketiga: ketika ini pengamal fahaman secularism mula memainkan sentiment keagamaan bagi menentang ilmuan-ilmuan dan aktivis-aktivis Islam. Mereka mula bercakap menentang dengan jelas ajaran-ajaran Islam dengan slogan “ Religion is for Allah, but the Nation is for everyone”
Fasa keempat: pada saat-saat terakhir kejatuhan kerajaan uthmaniah, ketikamana turki menghadapi masalah layanan ketenteraan yang serius serta politik dan ekonomi yang merudum, ketika inilah pengamal fahaman sekluarisma mengambil peluang terhadap kelemahan tersebut. Mereka bangun dengan berani menentang kerajaan khalifah uthmaniah dan bekerjasama dengan Yahudi dan Kristian bagi memastikan kejatuhan pemerintahan khalifah uthmaniah.
Kaedah-kaedah penyebaran sekularisma di dalam masyarakat.
Terdapat pelbagai kaedah dan cara dalam meyebarkan fahaman sekularisma di kalangan masyarakat Turki, antaranya ialah :
1. Menghapuskan identiti Islam , institusi dan nilai-nilai islam dalam lingkungan kemasyarakatan. Mereka menggunakan media untuk mempromosikan gaya hidup barat seterusnya menghapuskan nilai-nilai islam dari pandangan masyarakat. Begitu juga dari segi politik dan pendidikan, dimana mereka merubah paksi pemikiran dan ideologi Islam dari sistem tersebut. Kesannya pincanglah segala panduan hidup masyarakat dari cara hidup islam yang sebenar. Mereka juga mengubah bentuk pemakaian islam kepada fesyen terkini barat. Begitu juga perubahan bahasa, oleh kerana bahasa arab merupakan bahasa utama dalam pendidikan ketika kerajaan khalifah uthmaniah, maka mereka dengan rakus menukar bahasa tersebut kepada tempatan dan bahasa inggeris sehinggakan Azan telah ditukar kepada bahasa tempatan. Arahan ini jelas daripada Kemal Attarturk.
2. Mempengaruhi perubahan sosial berorientasikan Wanita. Mereka sedar bahawa wanita boleh dieksploitasi bagi membawa perubahan besar dalam pemikiran masyarakat dengan menimbulkan isu-isu kelemahan wanita agar wanita bangkit memperjuangkan hak-hak mereka. Seterusnya mereka Berjaya menghasilkan institusi-institusi dan pertubuhan-pertubuhan yang semakin jauh dari nilai-nilai Islam.
3. Eksploitasi kaum minority dengan sensitivity agama. Mereka menggunakan kaum minority seperti Yahudi dan Kristian untuk memperjuangkan hak mereka, seterusnya menekan pentadbiran uthmaniah dalam perlaksanaan undang-undang islam. Dengan memperjuangkan hak mereka, kaum minority ini dijadikan sebagai halangan dalam perlaksanaan undang-undang islam. Mereka begitu nekad melakukan sebegini adalah kerana mereka yakin akan mendapat sokongan dari musuh-mush islam iaitu yahudi dan kristian.
PENYELESAIAN BAGI MENANGANI DAN MENGHADAPI BARAT.
Setelah membincangkan bagaimana barat menguasai dan menjajah umat islam, perlulah kita membincangkan jalan penyelesaian bagi bentuk penjajahan pemikiran yang dilancarakan barat setelah sekian lama. Syed Muhammad Naquib Al-Attas menyediakan beberapa resolusi bagi menghadapi penjajahan barat dalam bentuk pemikiran terutama bagi menghadapi Sekularisma yang menghancurkan nilai-nilai Islam.
Melalui proses yang dipanggil ‘Dewesternization of Knowledge’ ataupun dikenali sebagai mebuang unsur-unsur barat yang telah memisahkan agama dari segalanya. Melaui proses ini, kita perlu mengenal sifat ilmu pengetahuan yang sebenarnya dimana ilmu adalah bersifat sejagat dan memenuhi kehendak akal manusia dari segi fizikal dan spiritual. Ilmu harus dipandu oleh Wahyu bagi memastikan kemurnian ilmu dapat dihayati oleh setiap manusia. Jadi segala unsur memisahkan sumber Wahyu dalam Ilmu adalah satu tindakan yang berlaku terutamanya dalam sekularisma. Ia harus dibuang sama sekali dari segala aspek yang memisahkan unsur ketauhidan di dalam sesuatu aspek terutamanya di dalam aspek pendidikan. Disebabkan terlalu banyak teori-teori sains dan sebagainya yang jelas menggabungjalinkan antara pemikiran atheist dan rasional. Maka amat perlulah setiap ilmu itu berpandukan Wahyu atau disebut sebagai ‘revealed knowledge’.
Seterusnya beliau juga menyebutkan mengenai ‘Islamization of Knowledge’ iaitu menjadikan setiap ilmu pengetahuan itu berbentuk islam yang terpandu kea rah nilai-nilai Islam. Secara umumnya beberapa panduan yang diberikan dalam melaksanakan Sistem pendidikan yang berasaskan Islam. Dalam melaksanakan sistem tersebut, perlulah merujuk kepada tujuh penerapan nilai di dalam sesebuah ilmu :
1. Konsep Agama ( deen )
2. Konseep Kemanusiaan ( insan )
3. Konsep Pengetahuan ( ‘ilm wa ma’rifah )
4. Konsep Kebijaksanaan ( hikmah )
5. Konsep Keadilan ( ‘adl )
6. Konsep Ketatasilaan ( adab )
7. Konsep Universiti ( Kulliyyah – jami’iah )
Merujuk kepada konsep-konsep yang bentangkan Syed Muhammad Naquib Al-Attas secara umunya adalah penyelesaian terbaik dalam memperhalusi sistem pendidikan berlandaskan Wahyu dan Islam. Proses Islamisasi juga tidak tertumpu kepada ilmu pengetahuan semata-mata tetapi haruslah dilihat juga kepada pembangunan system kewangan dan perbankan Islam dan ekonomi Islam kerana ia sudah menjadi keperluan Muslim hari ini setelah mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menyokong apa jua pembangunan institusi Islam.
Selain daripada itu, peranan Dakwah juga perlu diperhebatkan dan diperkukuhkan bagi menghadapi permasalahan ini. Dakwah perlu lebih kelihatan strategik dan kemas mengikut keadaan semasa dan setiap muslim perlu berperanan dalam menyampaikan dakwah. Dakwah tidak semestinya untuk menarik Non-Muslim memeluk Islam tetapi sepatutnya memberi impak yang besar terhadap perkembangan akhlak atau moral yang baik dan sihat, menunjukkan sikap yang mulia, melahirkan hikmah atau kebijaksanaan dalam mengatur strategi serta menjadi contoh kepada yang lain. Begitu juga sifat dan sikap da’ie yang selalu peka terhadap persekitaran melalui personaliti Muslim yang kukuh dan mantap seterusnya menjadikan Non-Muslim dapat merasakan hubungan kerohanian dengan keindahan Islam. Jadi seharusnyalah setiap Muslim perlu sentiasa berpandukan dan berlandaskan kepada dua perlembagaan utama iaitu Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan dalam menghadapi segala kemungkinan disamping mempunyai kesedaran yang kuat dalam menyembuhkan ‘barah’ atau penyakit masyarakat Muslim terhadap permasalahan pengaruh budaya barat yang semakin berleluasa. Jadi mereka dapat menghadapinya dengan mudah jika kesedaran itu tinggi. Ismail Faruqi di dalam bukunya ‘ Islam and other Faiths’ menggariskan beberapa panduan dakwah bagi menhadapi penjajahan pemikiran dari barat sebagai benteng bagi umat Islam. Ini bermakna dalam mengahdapi masalah fahaman Sekularisma ini, jelaslah bahawa wujud unsur-unsur kristianisasi secara halus. Bukan sekadar kita perlu memahami dakyah kristianisasi dari barat yang disalurkan secara langsung di bawah fahaman secular, tetapi menyediakan dakwah mengenai kefahaman yang jelas tentang hak orang bukan Islam di bawah undang-undang Islam dari aspek social dan kebudayaan. Ini bagi menjelaskan kepada bukan Islam bahawa apa yang mereka fikirkan selama ini adalah salah faham terhadap konsep keadilan undang-undang Islam yang kononnya sangat ekstreme serta melampaui norma-norma kebudayaan manusia.
Begitu juga dengan peranan Masjid yang perlu diperluaskan lagi dengan menjadikannya sebagai sebuah institusi Islam yang mantap dari segi gerak kerja dalam menyebarkan Ilmu bagi menaiktaraf cara pemikiran Muslim serta Sahsiah mereka. Dengan itu, Muslim akan memandang Masjid bukanlah sekadar tempat beribadah malah menjadi institusi penyebaran ilmu sepertimana yang telah berlaku di Mesir suatu ketika dahulu apabila Masjid Al-Azhar telah berjaya melahirkan Universiti Al-Azhar yang dikagumi ramai serta berperanan besar terhadap ‘dakwah Islamiah’. Peranan Masjid hari ini perlu diperluaskan dengan menganjurkan program-program dan aktiviti-aktiviti ilmiah yang mampu menarik minat terhadap semua golongan mendekati Masjid termasuk bukan Islam. Membataskan fungsi masjid akan membuatkan ramai Muslim merasakan aktiviti mereka terhad hanya sekadar solat dan berzikir.
Media yang merupakan sumber arus perdana dalam menyalurkan maklumat terkini juga harus melalui proses Islamisasi dengan membangunkan saluran-saluran yang berbentuk Islamik dan mempromosi identity Islam sebenar dengan memfokuskan kepada kesedaran Akhlak dan moral yang tinggi. Begitu juga dengan penghasilan filem-filem berunsur ketuhanan dan Akhlak mulia bagi menarik minat Muslim dan Non-Muslim menghayati Islam pada ajaran sebenar dan bukan lagi pada teori barat yang menyembunyikan segala keindahan Islam. Dengan adanya saluran alternatif ini, ia sangat membantu dalam pembangunan Sahsiah Muslim seterusnya menjadi satu tanda bahawa Islam adalah cara hidup yang terbaik dengan membawa ajaran yang berasaskan Wahyu (revealed knowledge). Dokumetari mengenai Islam harus diperluaskan bagi memberi kefahaman yang jelas kepada semua. Mesej-mesej ketuhanan amat diselitkan bagi menyedarkan golongan secular dan rasionalis bahawa kesedaran hidup beragama dan bertuhan adalah satu motivasi bagi pembangunan moral dan sahsiah. Media cetak juga harus bergerak selari dalam menyebarkan mesej-mesej islam melalui penghasilan penulisan berbentuk makalah, akhbar dan juga blog-blog yang menjadi fenoma masyarakat dunia mendapatkan maklumat. Melalui saluran ini juga mesej dapat disalurkan degan pantas.
Sejajar dengan perkembangan kemajuan pendidikan umat Islam hari ini, beberapa siri dialog intelek atau seminar-seminar kefahaman Islam yang boleh dilakukan bagi menyampaikan mesej yang jelas kepada Muslim dan juga bukan Islam, ini termasuklah dialog antara agama seperti yang dilakukan oleh beberapa pertubuhan islam antarabangsa bagi mendidik masyarakat untuk memahami Islam dengan lebih dekat dan jelas tanpa sebarang keraguan yang dihadapi oleh bukan Islam selama ini. Sessi dialog atau seminar ini mampu menarik minat pelbagai pihak dari pelbagai latarbelakang dan bidang untuk menyertai. Terutama sekali bagi golongan intelek atau berpendidikan yang mempunyai semangat ingin tahu terhadap isu-isu terkini mengenai Islam kerana mereka mengalaminya dan ingin memperbetulkan salah faham mereka terhadap Islam selama ini. Tidak dinafikan selepas beberapa siri dialog atau seminar. Ada dikalangan mereka menerima Islam dan seterusnya memeluk Islam kerana setelah mendalami Islam melalui siri seminar kefahaman Islam, mereka mengakui bahawa indahnya Islam dari segala aspek yang sentiasa menghubungkan setiap kehidupan dengan Tuhan dan kehidupan beragama adalah lebih sistematik berbanding fahaman seklularisma yang mereka anuti selama ini.

0 Comment