Hamba aR-Razzaq
Be not frightened when death draweth night, It is but the departure for this blessed home Think of the mercy and love of your Lord, Give thanks for His Grace and come without fear. What I am now, even so shall you be. For I know that you are even as I am. The souls of all men come forth from God. The bodies of all are compounded alike. Good and evil, alike it was ours. I give you now a message of good cheer. May God's peace and joy for evermore be yours."

DEMI BUAH TIN, ZAITUN, BUKIT TURSINA & NEGERI YANG AMAN

Category: By Hamba Razzaq

DEMI BUAH TIN, ZAITUN, BUKIT TURSINA & NEGERI YANG AMAN

Bila kita berbicara menegenai ilmu perbandingan agama, ia seolah-olah asing dan masih baru bagi kita terutama bagi masyarakat di Malaysia. Hari ini kita menyaksikan banyak fenomena yang boleh dikaitkan dengan ilmu ini. Barangkali masih ramai yang masih tertanya-tanya apakah sebenarnya ilmu PERBANDINGAN AGAMA ini. Ilmu ini sebenarnya mengkaji dan memberikan input mengenai perbandingan agama-agama dunia termasuk agama Samawi dengan agama Islam. Dengan melakukan perbandingan melalui kitab-kitab suci seperti Torah, Bible, Tripitaka, I-Ching, Veda dan sebagainya, kita dapat melihat dengan jelas sejauh mana ketepatan sesebuah agama berdasarkan keadaan kitab-kitab yang masih wujud pada hari ini dengan disokong kuat oleh sejarah peradaban.

APA YANG KITA FAHAM TENTANG ILMU PERBANDINGAN AGAMA?

‘PERBANDINGAN AGAMA’ merupakan satu ilmu yang mengkaji tentang kepercayaan sesebuah agama yang merangkumi aspek-aspek perlaksanaan hukum-hukum agama, kebudayaan, amalan-amalan dan konsep keimanan sesebuah agama. Perbandingan yang dilakukan terhadap semua agama adalah bertujuan mencari titik-tolak sejauh mana kebenaran ajaran agama tersebut yang dikatakan benar menurut pandangan pengganutnya. Dengan membuat perbandingan kita mampu membuat kesimpulan terhadap sesebuah agama mengenai kebenaran ajaran-ajaran yang disampaikan. Perbandingan agama juga merangkumi pengkajian yang mendalam terhadap kandungan kitab-kitab suci agama seperti Al-Qur’an, Bible (Injil), Taurat (yahudi), Veda (hindu) dan sebagainya. Ini bertujuan untuk memahami konsep sesebuah agama itu sendiri dan seterusnya mempertikaikan kesamaran terhadap kandungan kitab-kitab tersebut. Disamping itu ilmu ini juga dilengkapi dengan bukti-bukti sejarah bagi memperkukuhkan lagi bukti-bukti ajaran sesebuah agama.

DARI PERSEPKTIF AL-QUR’AN

Dengan jelas Al-Quran menyebut agama-agama samawi dan buatan manusia di dalamnya sebagai peringatan ke atas umat Islam dalam memelihara iman supaya tidak sesat seperti kaum-kaum yg terdahulu. Allah juga menyebut dengan jelas mengenai kaum Bani Israel dengan agama Yahudi mereka, begitu juga dengan kaum Nasrani dengan agama Kristian mereka. Di dalam Al-Quran juga terdapat kisah bagaimana kitab-kitab terdahulu yg sudah di ubah isi kandungannnya, sesetengah ulama perbandingan agama menyebut sebagai ‘tahrif’ yang bermaksud mengubah sesuatu. Ilmu ini bukanlah penemuan terbaru tetapi mula wujud semenjak Al-Qur’an diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W lagi. Jika diteliti isi- isi Al-Qur’an terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang agama-agama lain. Dengan jelas Allah menerangkan cara-cara keimanan agama-agama terdahulu seperti Nasrani (kristian), Yahudi, Majusi (penyembah api), Shabi’in (penyembah bintang-bintang) dan sebagainya. Dalam surah Al-Baqarah ayat 62, Allah berfirman : “ Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Nasrani, dan orang-orang Sabiin sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.”

Ayat ini jelas membuktikan wujudnya perbandingan agama-agama yang disebut di dalam Al-Quran, dimana Allah menerangkan tentang agama-agama yang wujud serta perbezaannya.

AGAMA-AGAMA WAHYU

Agama wahyu atau lebih dikenali sebagai Agama Samawi (langit) merupakan agama yang diwahyukan Allah terhadap Nabi-Nabi yang dikurniakan Suhuf-Suhuf (Helaian Perjanjian) dan Kitab-Kitab suci. Menurut ulamak-ulamak perbandingan agama seperti Ibnu Hazam, Shahrastani dan Ahmad Shalabi, Agama Samawi adalah Islam, Nasrani (Kristian) dan Yahudi.

Agama Samawi ialah Agama yang Diturunkan oleh Allah S.W.T yang diWahyukan kepada Rasul-rasulNya untuk disampaikan kepada ummat mereka. Asas keimanan dalam agama samawi adalah sama bermula dari Nabi Adam A.S sehinggalah Nabi Muhammad S.A.W iaitu : “ Aku bersaksi Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Allah”. Jika diteliti dengan betul agama samawi merupakan agama yang paling lama kerana ia bermula semenjak zaman Nabi Adam A.S.

Biarpun Agama Samawi yang ada pada hari ini ialah Yahudi, Kristian dan Islam. Hanya Agama Islam yang masih berpegang teguh pada asas ajaran Tauhid yang sebenarnya. Manakala Agama Yahudi dan Kristian sudah menyimpang jauh dari ajaran sebenarnya kerana terdapat banyak perubahan pada ayat-ayat di dalam kitab suci mereka. Terdapat pelbagai perubahan pada ayat-ayat kitab suci mereka sehingga mengelirukan pengganut agama itu sendiri. Ini jelas disebutkan dalam surah Al-Baqarah Ayat 78-79 : “ Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui aka nisi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong(dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja. Kecelakaan besar bagi ornag-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata “ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu”.

Ibnu Jarir telah meriwayatkan dr ‘Ikrimah yg berasal dari Ibnu Abbas bahawa Ayat ini diturunkan mengenai paderi-paderi Yahudi yang mengetahui sifat-sifat Rasulullah. Ibnu Abbas mengatakan mereka telah mengubah serta menukar sifat-sifat Nabi S.A.W sebagaimana tercatat dalam kitab Taurat iaitu:

“ matanya seolah-olah memakai celak, tingginya sederhana, rambutnya kerinting dan wajahnya tampan.” Tetapi mereka menghapuskan kalimah-kalimah tersebut dari Taurah kerana dengki dan benci serta menggantinya dengan perkataan “ badannya tinggi, matanya biru dan rambutnya lurus”.

 


IBRAHIM | MUSA | DAUD | ISA ‘ALAIHUMUSSALAM & MUHAMMAD S.A.W

Category: By Hamba Razzaq

IBRAHIM | MUSA | DAUD | ISA ‘ALAIHUMUSSALAM & MUHAMMAD S.A.W

AGAMA SAMAWI

Definisi bagi agama samawi yang lebih mudah untuk difahami adalah merupakan agama langit atau lebih tepat dengan maksud agama wahyu. Sepertimana ulama’-ulama’ di dalam bidang perbandingan agama telah menetapkan bahawa agama samawi adalah merangkumi Yahudi, Kristian dan Islam. Namun Imam Shahrastani menambah definisi agama separa wahyu iaitu Zoroastrianism atau Majusi. Ini kerana, di dalam agama Majusi terdapat kitab dan Nabi yang menjadi tunggak rujukan dan perlaksanaan hukum-hukum. Walaubagaimanapun, agama-agama samawi adalah 3 agama yang utama iaitu Yahudi, Kristian dan Islam.

MILLAH IBRAHIM A.S

Jika kita membincangkan persoalan akar dari setiap agama samawi, adalah lebih baik kita menumpukan pada keimanan dan perlaksanaan Millah Ibrahim A.S (jejak langkah Nabi Ibrahim A.S) yang menjadi tunggak utama dalam setiap agama samawi tetapi terdapat perbezaan dalam perlaksanaannya mengikut kepercayaan masing-masing. Baik Yahudi, Kristian dan Islam jelas mengakui Nabi Ibrahim merupakan tunggak utama dalam susur galur kenabian sehingga digelar ‘bapa agama’, ini kerana berdasarkan kisah Nabi Allah Ibrahim A.S sangat berjasa besar terhadap perjuangan pencarian ketauhidan yang nyata dan hakiki. Ini jelas disebut di dalam surah Al-An’am ayat 161.

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan Yang betul lurus, (kepada) agama Yang tetap teguh, Iaitu agama Nabi Ibrahim Yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik".

KENAPA NABI IBRAHIM?

27. dan Kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya) dan Yaakub (cucunya); dan Kami jadikan Dalam kalangan keturunannya orang-orang Yang berpangkat Nabi dan menerima Kitab-kitab ugama; dan Kami berikan balasannya Yang baik di dunia; dan Sesungguhnya adalah ia, pada hari akhirat, dari orang-orang Yang soleh.

Melihat pada ayat 27 surah Al-‘Ankabut di atas jelaslah bahawa Nabi Ibrahim A.S merupakan Bapa Kenabian bagi nabi-nab,i baik dari keturunan Bani Israel dan juga dari keturunan Ismail A.S iaitu Muhammad S.A.W. , ini kerana jika melihat dari perspektif sejarah Nabi Ibrahim mempunyai 2 susur galur keturunannya apabila mengahwini Sarah dari keturunan Bani Israel dan dikurniakan Nabi Ishak A.S, manakala Hajar pula adalah dari keturunan Qibti (penduduk asli Mesir) dikurniakan Nabi Ismail A.S. dimana keturunan ini berkesinambungan sehingga Muhammad S.A.W. kedudukan Nabi Ibrahim sebagai bapa kepada Nabi-Nabi pembawa wahyu Allah samada Musa A.S, Isa A.S & Muhammad A.S. adalah sangat tepat dan strategic hingga sukar disanggah pakar sejarah. Ini kerana jika merujuk di dalam semua kitab-kitab suci ada menceritakan mengenai peranan Baginda walaupun terdapat banyak perbezaan dan bentuk penceritaan. Merujuk pada Sirah Nabawiyyah yang bertajuk Ar-Raheeq Al-Makhtum, ada dijelaskan mengenai sebelum datangnya Nabi Muhammad S.A.W, majoriti Bangsa Arab mengikuti ajaran dakwah Nabi Isma’il A.S yang banyak membawa ajaran yang telah disampaikan oleh Nabi Ibrahim A.S, dimana antara intipati ajarannya adalah, Menyembah Allah S.W.T, MengEsakanNya dan Menganuti Agama Allah. Namun setelah sekian lama bangsa ini hidup ditelan masa, kebanyakan mereka telah berubah menjadi penyembah berhala atau paganism. Hanya tinggal segelintir sahaja yang masih mempertahankan keimanan dan ajaran Nabi Ibrahim A.S dan mereka ini disebut sebagai golongan ‘Haneef’. Haneef dari sudut bahasanya bererti ‘ke arah penolakan’, manakala jika merujuk kepada kata perbuatan ‘tahannafa’ bermaksud ‘untuk berpaling dari berhala’. Ini adalah bukti jelas bahawa ajaran Nabi Ibrahim A.S merupakan tunggak utama bagi semua nabi-nabi sehinggalah Nabi terakhir iaitu Muhammad S.A.W. Untuk memahami maksud Haneef dengan lebih jelas, hayatilah Surah Ali-‘Imran ayat 65-68:

65. Wahai ahli Kitab! mengapa kamu berani memperdebatkan tentang (agama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim; Patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal?

66. Ingatlah! kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara Yang kamu ada pengetahuan mengenainya (yang diterangkan perihalnya Dalam Kitab Taurat), maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara Yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat Yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya.

67. bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi ia seorang Yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.

68. Sesungguhnya orang-orang Yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi agamanya) ialah orang-orang Yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang Yang beriman (umatnya - umat Islam). dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang Yang beriman.

KISAH ZAID IBNU AMR IBNU NUFAIL

Pada zaman Jahiliyyah terdapat seorang pemuda bernama Zaid ibn Amr ibn Nufail yang hidup di tengah-tengah kesesatan Kaum Quraish yang cukup terkenal dengan penyembahan berhala sehinggakan sebanyak 360 berhala digantung di sekitar Ka’bah. Ketika masyarakat Kafir Quraish melakukan majlis keraian dengan menghidangkan makanan-makanan hasil korban di hadapan berhala-berhala, lalu ia dihidangkan kepada beliau, lalu beliau berkata : “ aku tidak sekali-kali akan makan makanan yang disembelih di hadapan berhala-berhala yang kamu sembah, dan aku hanya akan makan makanan atau sembelihan yang disembelih dengan nama Allah”.

Dalam kisah yang lain pula, ketika mana beliau dalam perjalanan ke Syria untuk mencari agama untuk dianutinya, dia telah bertemu dengan Pendita Yahudi lalu bertanya “ aku ingin mengetahui tentang agamamu dan akan mungkin akan menganutinya, ceritakan padaku tentang agamamu.” Lalu Pendita Yahudi itu menjawab :” kamu bukanlah seorang Yahudi sehingga kamu berkongsi kemurkaan Allah bersama kami”. Lalu Zaid membalas : “ aku tidak sanggup untuk menerima kemurkaan Allah, bolehkah kamu tunjukkan aku jalan yang lain?”. Pendita itupun menjawab : “ sesungguhnya aku tidak tahu apa-apa melainkan kamu adalah seorang Haneef. Kemudian Zaid bertanya semula : “ apakah itu Haneef?” Lalu Pendita itu menjawab : “Agama Ibrahim, dia bukanlah seorang Yahudi mahupun Kristian, dia menyembah Allah S.W.T secara mutlak.” Begitu juga dengan kisah Zaid bersama seorang Paderi Kristian apabila bertanyakan soalan dan menerima jawapan yang sama.

ISLAM, IMAN DAN MILLAH IBRAHIM

Tatkala semua agama samawi masing-masing mengakui jejak langkah Ibrahim A.S sebagai tunggak utama agama, terdapat perbezaan yang nyata dalam membuktikannya dengan keimanan dan ketauhidan yang nyata. Di dalam Taurat ada menceritakan mengenai kehidupan dan keimanan Nabi Ibrahim, namun tidak ada penghayatan untuk dikaitkan dengan Yahudi kerana Ibrahim bukanlah dari kalangan Bani Israel, ini adalah bukti yang sangat jelas sehinggakan kita dapat melihat banyak perubahan-perubahan yang dilakukan di dalam Kitab Taurat sepertimana yang disebut di dalam Al-Quran. Lebih malang lagi apabila Yahudi lebih mengutamakan Talmud berbanding Taurat.

Kristian juga mengakui bahawa Ibrahim adalah ‘bapa agama’, namun ia hanyalah sekadar pengakuan tanpa sebarang bukti perlaksanaan. Ini kerana bentuk dan sifat keimanan mereka agak berbeza dan bercanggah dengan ’10 PERJANJIAN’ yang diterima oleh Musa A.S. Keimanan mereka terhadap konsep ‘Trinity’ atau ‘Tritunggal’ adalah amat berbeza sehingga mendatangkan banyak kekeliruan. Bahkan keimanan ‘Trinity’ ini mula diperdebatkan dan diputuskan pada ‘council of nicae’ sekitar tahun 325 M.

Dalam Islam, dengan jelas kita dapat melihat kesemua elemen yang diperbincangkan dengan jelas, bermula dengan soal keimanan kepada Allah yang Maha Esa yang jelas terbukti dengan RUKUN IMAN, kemudian diikuti dengan perlaksanaannya dalam RUKUN ISLAM. Seterusnya penghormatan yang diberikan kepada Millah Ibrahim dalam bentuk perlaksanaan seperti Solat, dan yang paling jelas adalah ketika Muslim menunaikan Ibadah Haji di Baitullah, terlalu banyak peringatan terhadap jasa dan jejak langkah Nabi Allah Ibrahim A.S seperti, berlari antara Safa dan Marwah, Tawaf, air zam-zam peninggalan mukjizat anaknya Nabi Ismail A.S dan sebagainya. Dengan itu jelaslah siapa yang betul-betul menghayati dan melaksanakan Millah Ibrahim secara mutlak dan berterusan serta dengan penghayatan yang mendalam.

Wallahu a’lam

 


BAHAYA ATHEISM YANG SEMAKIN MENULAR DI DUNIA MELAYU

Category: By Hamba Razzaq
BAHAYA ATHEISM YANG SEMAKIN MENULAR DI DUNIA MELAYU

Akhir-akhir ini saya dikejutkan oleh seorang rakan yang memberitahu saya bahawa sebilangan mahasiswa dan mahasiswi MELAYU yang semakin berani mengaku MURTAD dan tidak lagi mempercayai kewujudan ALLAH. Mereka semakin liar dalam membuat tuduhan-tuduhan dan pengakuan demi pengakuan mengenai kepercayaan kepada TUHAN dan kehidupan BERAGAMA. Maklumat-maklumat ini saya perolehi dari laman sesawang ‘FACEBOOK’ yang menggunakan identiti MELAYU dan nama mereka masih lagi beridentitikan ISLAM. Saya tidak pasti apakah tujuan mereka menonjolkan diri dengan berani dan lantang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap TUHAN dan hidup BERAGAMA. Saya juga tidak pasti mungkin juga sebahagian dari ahli-ahli tersebut ingin melakukan provokasi terhadap ISLAM. Mungkin juga ada sebilangan mereka mempergunakan nama ISLAM untuk tujuan lain. Apa yang pasti saya ingin berkongsi ILMU bagi menangani permasalahan ini.

FREE THINKER & ATHEISM

Sepanjang pemerhatian saya terhadap isu yang sedang kita hadapi ini adalah disebabkan kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi kita sudah terjebak dalam aliran ‘FREE THINKER’ iaitu aliran yang mengalakkan kita semua berfikiran secara bebas biarpun mengenai AGAMA & TUHAN. Bahayanya fahaman ini adalah ianya semakin menular dikalangan mereka yang tidak mempunyai ILMU dan ianya sekadar menjadi ikutan semata-mata. Hasil perbincangan dengan seorang rakan, beliau berpendapat bahawa fahaman ini menular melalui elemen HIBURAN & MEDIA tanpa had terutama sekali melalui LAGU-LAGU yang banyak menyampaikan mesej-mesej terselindung. Akhirnya pemikiran mereka mudah dipengaruhi selari dengan MEDIA ARUS PERDANA yang sering menyokong perkembangan HIBURAN TANPA BATASAN.
Saya ada menyediakan beberapa penemuan yang menarik bagi menjawab persoalan mereka-mereka yang tidak mempercayai kewujudan TUHAN secara logik akal terutama bagi golongan ATHEISM. Ini sebagai panduan kita semua apabila berhujah.
Sepanjang kajian dan pembacaan saya tentang FALSAFAH, saya telah menemui bebrapa TEORI yang disampaikan oleh ahli falsafah terkemuka ARISTOTLE di dalam teori METAFIZIK. Sebelum kita meneruskan perbincangan, haruslah kita memahami apa itu METAFIZIK. Secara amnya METAFIZIK ialah ilmu yang mengkaji sesuatu perkara secara menjangkaui FIZIKAL kita atau secara NAMPAK. Ia lebih kepada penerangan mengenai sesuatu yang diluar kemampuan kita untuk melihat secara KASAR tetapi boleh dibuktikan KEWUJUDAN sesuatu.


PENEMUAN BAHASA YANG HAMPIR SAMA DENGAN BAHASA IBRANI, ARAMAIC DAN ARAB

Sepanjang bacaan saya mengenai TEORI Aristotle dalam METAFIZIK, aristotle telah menyusun hasil dapatannya mengikut ABJAD seperti berikut :

1. Alpha (A) sama dengan huruf ا
2. Little alpha (α) sama dengan huruf ء
3. Beta (Β) sama dengan huruf ب
4. Gamma (Γ) sama dengan huruf ج
5. Delta (Δ) sama dengan huruf د
6. Epsilon (Ε) sama dengan huruf ف
7. Zeta (Ζ) sama dengan huruf ذ
8. Eta (Η) sama dengan huruf ت
9. Theta (Θ) sama dengan huruf ث
10. Lota (Ι) sama dengan huruf ط
11. Kappa (Κ) sama dengan huruf ك
12. Lambda (Λ) sama dengan huruf ل
13. Mu (M) sama dengan huruf م
14. Nu (N) sama dengan huruf ن

Jika diperhatikan kesemua huruf-huruf berikut amat jelas membuktikan bahasa yang digunakan menyerupai bahasa-bahasa utama agama samawi.
Jika dilihat topik yang dibincangkan pula amat menarik dan mengikut susunan ABJAD:

ALPHA : membincangkan mengenai pengetahuan prinsip pertama dan sebab wujudnya sesuatu benda.

LITTLE ALPHA : penerangan mengenai kepelbagaian sebab adalah sangat tidak rasional kerana, menjadi satu kemestian dalam hidup wujud PENYEBAB UTAMA yang secara sendiriNya tidak menggugat diriNya sebagai PENYEBAB. Perbincangan di dalam buku ini kemudiannya diterangkan secara mendalam di dalam buku LAMBDA mengenai KEWUJUDAN TUHAN.

BETA : senarai persoalan METAFIZIK

GAMMA : prinsip yang berlawanan dan prinsip tidak ada pertengahan bagi sebarang ayat yang bertentangan ‘tertium non datur’.

DELTA : Senarai definisi mengenai 55 daftar kata seperti, cause,nature, one & many.

EPSILON : Objek METAFIZIK iaitu TUHAN yang merupakan prinsip UTAMA bagi semua KEJADIAN.

ZETA,ETA,THETA: Konsep kejadian & kewujudan sesuatu ‘BENDA’ serta konsep menceritakan siapakah atau apakah BENDA tersebut menurut dirinya.

LOTA : Perbincangan mengenai KEBERSAMAAN, SATU dan BANYAK, PERSAMAAN dan PERBEZAAN

KAPPA : Perbincangan mengenai FIZIK

LAMDA : prinsip PERTAMA, TUHAN atau TUHAN-TUHAN(banyak)& Teori ‘UNMOVED MOVER’.

MU&NU : FALSAFAH MATEMATIK & bagaimana kewujudan nombor.


TEORI ‘UNMOVED MOVER’ @ PENGGERAK UTAMA

Di dalam teori ini Aristotle memberi beberapa garis panduan mengenai PENGGERAK UTAMA :

1. Wujudnya PERGERAKAN di muka bumi ini.
2. Benda yang bergerak telah digerakkan oleh sesuatu.
3. Jika semua benda adalah punca pergerakkan sesuatu benda yang lain, ia akan mengakibatkan ketidakseimbangan sebab berlaku pergerakan. Jadi, ia adalah MUSTAHIL.
4. Makanya, mesti Wujud hanya satu sebab yang menyebabkan PERGERAKAN UTAMA.
5. Sebab UTAMA tidak boleh digerakkan.
6. Tidak dapat tidak, MESTI wujud PENGGERAK UTAMA.

Aristotle juga ada menyebut di dalam teori MATEMATIKnya “ the rule of many is not good; one ruler let there be’. Maksudnya formula dalam penyelasaian matematik haruslah hanya SATU, jikalau banyak ia akan mengelirukan.

Secara kesimpulannya, teori ini ingin membuktikan kewujudan ALLAH yang MAHA ESA. Cumanya di sini saya kemukan sedikit ilmu FALSAFAH yang boleh digunapakai ketika berjuhah dengan golongan-golongan yang tidak mempercayai KEWUJUDAN TUHAN@ATHEIST.
 


Siapakah Paul?

By Hamba Razzaq

PAUL

Paulus ialah tokoh penting dalam agama Kristian. Nama asalnya ialah 'Saul' , merupakan rasul bagi agama Kristian. 'Paul atau Paulus adalah gelarannya. Michael Hart dalam dalam buku 100 orang terkemuka di dunia meletakkan Paulus di tempat ke-6 selepas Muhammad dan Jesus . Jesus ialah Nabi Isa dalam Islam.

Biodata

Paulus adalah seorang Yahudi dan lahir di Tarsus , di tanah Kilikia, berguru dengan Gamaliel. Gamaliel ialah seorang fakih yang dihormati segenap kaum itu dan ia seorang Farsi. Paulus sendiri menyatakan dirinya keturunan Rom. Paulus mati pada 64 m , di zaman Kaisar Nero . ( []Kisah Rasul-Rasul]] 22;2-3 ; 5:43 ; 22: 28 ; 7 : 55 ). Tarsus terletak di Istanbul / Constantinople ,Turki kini.

Riwayat hidup Paulus diceritakan panjang lebar dalam Kisah Rasul-Rasul. Isi Kitab Rasul-Rasul ini menceritakan segala ajaran dan kisah yang berhubungan dengan Paulus dan hal-hal ajaib yang telah dikerjakannya.

Sarjana Kristian menyatakan Kisah Rasul-Rasul ini dikarang oleh Lukas , seorang pengikut Paulus. Lukas adalah tabib yang disayangi oleh Paulus. Injil Lukas juga ditulis oleh Lukas. Oleh itu, tidak hairan jika pengikut Paulus memuji -muji Paulus. [1]

Paulus memasukkan ajaran Philo

Paulus telah menyelit dan memasukkan fahaman dan ungkapan baru ke dalam gereja. Antaranya ialah 'Anak sulung Tuhan , Pengantara antara Tuhan dan manusia , Gembala yang baik, Bayang-bayang Tuhan, Roti kehidupan , Yang suci , Kurnia Tuhan kepada manusia selaku penebusan dosanya , Imam Besar, Tuhan yang kedua , Pemberi air hidup yang kekal , Yang duduk di sebelah kanan Tuhan , Tuhan satu yang bersifat tiga, Yang anak itulah yang kedua daripada tiga-tiga yang suci.

Semua ungkapan baru ini amatlah nyaman dan aneh didengar tetapi ramai tidak memahaminya .

Philo ialah ahli falsafah yang hidup 100 tahun lebih awal daripada penulis-penulis Injil. Paulus dikatakan murid Philo dan Plato , bukan murid Jesus. [2].

Ajaran Paulus menjadi sumber Ajaran Jesus

Paulus dikatakan banyak menulis surat kepada pelbagai pihak. 14 surat-surat Paulus telah ditetapkan sebagai kanon . 2 kitab iaitu Injil Lukas dan Kisah Rasul-Rasul dijadikan kanon juga. Oleh itu jadilah ajaran-ajaran yang bersumberkan Paulus menjadi ajaran-ajaran agama Kristian yang selanjutnya disebut ajaran-ajaran Jesus.

Paulus menyelewengkan ajaran Jesus

Paulus adalah seorang yang amat memusuhi agama yang diajarkan oleh Jesus dan para pengikutnya. Dia tidak belajar kepada Jesus sendiri. Kemudian tiba-tiba dia mengaku bertaubat dan mengaku pula menjadi rasul Jesus. Paulus mendakwa berjumpa dengan Jesus di pertengahan jalan ke Damsyik lalu bertaubat dan dilantik sebagai rasul. Damsyik ialah ibu negara Syria kini.

Akhirnya bagi orang Kristian , Paulus diakui sebagai rasul Jesus yang dipenuhi Roh Kudus. Empat belas surat keterangannya dimasukkan dalam golongan kitab-kitab Perjanjian Baru dan dianggap sebagai kanon dan kitab suci.

Ramai pengakaji mendakwa Paulus sebagai penyeludup ke dalam agama Kristian dan mengaku menjadi pengikut Jesus untuk menyelewengkan Kristian dari dalam, ,mengubah isi dan bentuk ajaran Kristian yang asli. Pengkaji mendakwa dasar-dasar Kristian sekarang adalah hasil bikinan Paulus , bukan ajaran Jesus.

St Barnabas dalam Injil Barnabas mendakwa Paulus termasuk golongan sesat . Dia melihat ramai orang yang mengajarkan pengajaran yang mengkafirkan, mengatakan Al Masih sebagai anak Allah, menghapuskan bersunat yang diperintahkan oleh Allah untuk selama-lamanya dan menghalalkan semua daging yang najis. (Barnabas Pendahuluan 1-9 ; pasal 222:1-6).

Paulus menzalimi pengikut Kristian

Paulus mulanya sangat memusuhi agama yang dibawa oleh Jesus dan pengikutnya.

Saul / Paulus menyebarkan ugutan bunuh terhadap sesiapa yang menganut agama Kristian. Paulus mendapat surat-surat kuasa daripada Imam Besar Yahudi di negeri Damsyik . Jika ditemui lelaki dan perempuan berugama Kristian akan diikat dan dibawa ke Jerusalem. ( Kisah Rasul-Rasul 9:1-2)

Paulus mendakwa dirinya telah bertaubat

Tiba-tiba Paulus mendakwa dirinya bertaubat ketika dalam perjalanan ke Damsyik untuk menangkap dan memenjara pengikut Kristian .

Ini kerana Paulus telah berjumpa dengan Jesus orang Nazaret berhampiran kota Damsyik. Di sana, Ananias seorang pengamal kitab Taurat mencadangkan Paulus dibaptiskan, menyucikan diri dan menyeru nama Jesus. ( Kisah Rasul-Rasul pasal 22: 6-21).

Paulus mengaku menjadi rasul

Setelah kejadian bertemu Jesus seperti di atas, Paulus mengaku menjadi rasul Jesus. Sedangkan Jesus tidak pernah diketahui orang telah melantik/mengangkat Paulus menjadi rasul. Hanya Paulus menyatakan dirinya telah diangkat Jesus menjadi rasul.

Dirinya tidak kurang daripada rasul-rasul yang utama. Selepas kejadian di atas, Paulus cuba hendak berkawan dengan murid-murid Jesus tetapi mereka takut kepadanya dan tidak percaya Paulus adalah murid Jesus. Mereka tahu Paulus dari Tarsus itu amat bencikan Jesus dan murid-muridnya.

Tetapi St Barnabas mendekatinya dan membawa Paulus kepada murid-murid Jesus. Namun selepas itu Paulus berselisih pendapat dengan Paulus. (Korintus 11:5 ; Kisah Rasul-Rasul 9: 22-27 ; 15:39 )

Paulus mendakwa Injil yang diajarnya diterima langsung dari Jesus

Paulus sebenarnya tidak pernah berguru kepada Jesus dan tidak pernah berbicara dengan Jesus. Akan tetapi dia mengajar suatu Injil yang disebutnya diterima langsung daripada Jesus. ( Galatia 1:11-120)

Paulus sendiri mendakwa Injil yang diajarnya tidak diterima daripada rasul-rasul dan murid-murd Jesus. Tetapi diterima langsung daripada Jesus dengan perantaraan wahyu, sedangkan Jesus tidak ada lagi di kalangan mereka.

Bagi orang Islam, Jesus atau Nabi Isa hanyalah seorang Nabi bukan Tuhan.

Injil Paulus berbeza dengan injil-injil lain

Paulus menyatakan Injil yang dibawanya berlainan daripada Injil yang dibawa oleh guru-guru lain. ( Galatia 1:6-9) . Paulus amat marah melihat pengikut-pengikutnya berpaling kepada Injil lain.

Jesus pada Paulus sangat berbeza

Pada ketika itu ada guru-guru lain menceritakan riwatat Jesus yang berlainan daripada gambaran oleh Paulus .(2 Korintus 11:4-5). Paulus menyatakan dirinya tidak terkurang daripada 'rasul-rasul yang utama'. Ini bermakna Paulus rasa tercabar dan dicabar oleh guru-guru lain yang turut mengajar tentang Injil.

Kisah Paulus taubat sangat berbeza-beza

Drs M.E Duyverman menyatakan terdapat pertentangan nyata antara Galatia pasal 1 dan 2 dengan Kisah Rasul-Rasul. Skar sekali menacari titik kesesuaian

Paulus dimusuhi oleh orang Yahudi

Paulus akhirnya menjadi orang yang amat dimusuhi oleh orang Yahudi dan mereka mahu membunuhnya. ( Kisah Rasul-Rasul 9:20-25). Sewaktu Paulus di Damsyik , Di dalam rumah sembahyang di Damsyik , Paulus menyebarkan berita bahawa Jesus itu anak Allah dan Jesus itu Kristus. Selang beberapa hari, orang-orang Yahudi berpakat mahu membunuhnya. Tetapi Paulus diselamatkan oleh murid-mujridnya dan dibawa ke Jerusalem.

Terjadi lagi perselisihan pendapat antara Paulus dan St Barnabas sehingga mereka berpisah. ( Kisah Rasul-Rasul 15:39). Paulus cuba berdamping dengan orang-orang kafir iaitu orang tidak berbangsa Israel.

Paulus mengaku dirinya rasul kepada orang-orang kafir

Jesus hanya disuruh mengembangkan Kristian kepada bangsa bani Israel yang 'sesat' ( Injil Matius 15:24, ). Jesus melarang murid-muridnya pergi mengajar kepada orang-orang kafir dan janganlah kamu masuk ke negeri Samaria.( Injil Matius 10:5-6).

Ayat yang menyatakan Jesus menyuruh mengajar juga kepada bukan bangsa Israel adalah 'ayat tambahan'.(ms 61)

Akan tetapi Paulus mengakui dirinya sebagai pengikut Jesus telah pergi mengajar kepada orang-orang kafir ( Galatia 2:7-80. Bani Israel yang menganut agama Yahudi mengamalkan amalan bersunat. Sementara orang yang tidak bersunat dianggap sebagai kafir

Paulus menghapuskan bersunat

Amalan bersunat amat penting dalam agama Yahudi. St Barnabas menyatakan Paulus telah menghapuskan amalan bersunat untuk selama-lamanya. Sedangkan amalan bersunat patut dikekalkan sebagai perjanjian kekal dengan Tuhan.( Kejadian 17:9-14).Sesiapa yang tidak bersunat dianggap cuba mengubah perjanjian Tuhan. Perintah ini dilakukan oleh anak cucu Nabi Ibrahim hingga ke hari ini. Jesus sendiri mengamalkan amalan bersunat .

Tetapi Paulus membatalkan amalan bersunat ( Galatia 5;20 , Lukas 2;21 , 1 Korintus 7:18-19). Paulus menyatakan hal itu kepada sidang rasul-rasul di Jerusalem pada tahun 48. ( Kisah Rasul-Rasul pasal 15). Paulus mencadangkan sunat digantikan dengan baptis dan kekal hingga ke hari ini. ( Kol 2:11,12)

Paulus menghalalkan daging yang najis

St Barnabas telah menceritakan Paulus telah menghalalkan daging yang najis ( Barnabas 6). Sebelumnya ada beberapa binatang yang najis dan tidak boleh dimakan seperti babi, bangkai dan lain-lain. ( Imamat pasal 11 dan Jchezkiel 4;14).

Tetapi Paulus telah menghalalkan babi , bangkai dan lain-lain ketika menghantar surat kepada orang-orang Rom.( Rom 14:4 dan 20 , Titus:1:15, 1 Korintus 6:12)

Jadi Paulus telah menghalalkan segala sesuatu yang najis dan dilarang makan dalam Perjanjian Lama. Golongan Kristian Adventis mempunyai pendapat tersendiri dalam hal ini.

Paulus membatalkan Taurat Musa

Jesus datang tidak hendak merombak hukum Taurat tetapi hendak menyempurnakannnya Sesiapa yang merombak hukum Taurat akan dipandang kecil di dalam kerajaan syurga ( Injl Matius 5:17-19).

Tetapi Paulus menganggap hukum Taurat itu telah dibatalkan kerana sangat lemah dan tidak berguna kepada manusia. ( Ibrani 7:18-19 ; Ibrani 8:7)

Pastor Rifai menyatakan Taurat itu terbahagi 2 :

Taurat Allah yang diucap dan ditulis Allah sendiri ( Keluaran 24:12, 31:18) . Dan Taurat Musa yang diucapkan dan ditulis oleh Nabi Musa sendiri ( Ulang 31: 1,2 9). Taurat Allah diletakkan dalam peti perjanjian ( Keluaran 25 : 16, 21, Ibrani 9: 2, 4). Dan Taurat Musa diletakkan di luar peti perjanjian . ( Ulangan 31:25,26). Taurat Musa sudah dihapuskan (Ibrani 10:1-6 . Taurat Allah ( 10 hukum ) itu kekal. (Matius 5 ; Mazmur 119:14, 165).

Paulus mengajarkan dosa waris

Paulus mengajarkan bahawa semua manusia adalah berdosa iaitu dosa yang diwariskan kepada mereka dari Adam , kerana Adam telah berdosa sebab memakan buah yang terlarang. (surat kiriman Paulus kepada orang Rum 5:12 dan 5:18) .

Tebus dosa manusia dengan darah dan pengorbanan Jesus

Paulus mengajarkan bahawa kematian Jesus di atas kayu salib adalah untuk penebusan dosa manusia. ( Surat Paulus kepada Epesus 1:7, Surat Paulus kepada orang Kolosi 1:140 , Surat Paulus kepada orang Ibrani 9:28, Epesus 5:2 , Galatia 1:-4).

Paulus mengajarkan Jesus sebagai pengantara

Paulus menyatakan jawatan Jesus adalah menjadi pengantara. ( Ibrani 8:6 ; 12:24 ).

Paulus mengajarkan Jesus bayangan Tuhan

Paulus mengajarkan bahawa Jesus menjadi bayangan Tuhan dan ia terlebih dahulu dari segala makhluk dan ia menjadikan segala sesuatu di langit dan di bumi. ( Kolose 1:15-17).

Ajaran Paulus berkembang di kalangan orang kafir

Akhirnya ajaran Paulus berkembang di kalangan orang kafir, bukan di kalangan bangsa bani Israel. Ini kerana Paulus telah bekerja sungguh-sungguh dan pergi jauh ke pedalaman dan luar daerah. Paulus dikatakan telah berjalan kaki sejauh 7800 km - 9000 km. Perjalanannya tanpa kapal terbang atau apa-apa kenderaan. [4]

Paulus menghalalkan cara demi tujuan

Paulus membenarkan seseorang menjadi Yahudi agar akhirnya orang Yahudi itu menjadi Kristian. Jika dia berhadapan dengan Yahudi, dia akan menjadikan dirinya seperti orang Yahudi. Jika dia berhadapan dengan orang yang mengamalkan hukum Taurat, dia akan berpura-pura mengamalkan hukum Taurat.. "Maka segala sesuatu halal bagiku". ( I Korintus 9: 20-22 ; 6:12 ; Rum :7). Paulus mengangap berdusta itu tidak salah jika dengan dusta itu kebenaran Allah melimpah kepada kemuliaan.

Falsafah ini diamalkan oleh Machiavelli.

Paulus mampu melakukan perkara pelik

Paulus dianggap rasul kerana telah melakukan perkara pelik umpama mukjizat atau dianggap mukjizat..

Tetapi Injil Matius sendiri menyatakan ada Kristus palsu dan nabi palsu akan muncul dengan mengadakan perbuatan dan pertunjukan yang pelik-pelik. Perkara yang pelik-pelik tidak dapat dijadikan bukti akan kebenaran seseorang rasul. ( Injil Matius 24:24).

Perlu diingat Kisah Rasul-Rasul dikarang oleh Lukas iaitu seorang pengikut Paulus. Lukas tidak melihat semua yang dilakukan oleh Paulus dan tidak mengikut perjalanan Paulus sejauh 7800 km itu. Mungkin Paulus mereka-reka cerita akan kehebatannnya . Yang pasti Lukas banyak mengunakan cerita-cerita lisan untuk tulisannya khususnya dari Paulus yang dikutinya hingga ke penjara. [5]

Paulus setanding Abdullah bin Sabak

Zaman Nabi Muhammad juga muncul orang Yahudi berpengaruh bernama Abdullah bin Sabak. Dia menyamar sungguh-sungguh sebagai seorang Islam yang alim. Beliau seorang pendeta Yahudi . Beliau turut menghidupkan api perang antara Ali Abi Talib dengan Muawiyah. Abdulah bin Sabak memihak kepada Ali , membela Ali dan kaum kerabat Nabi Muhamad. Dengan itu ramai orang tertarik kepadanya.

Abdullah bin Sabak akhirnya mengatakan dalam ajarannya bahawa Ali Abu Talib itu Tuhan. Menurut ajarannya , roh Allah bertempat dalam tiap-tiap Nabi. Setelah Muhamad wafat, roh itu pindah kepada Ali Abi Talib. Kemudian pindah lagi kepada anak-anaknya yang menjadi Imam.

Ketika Abdullah bin Sabak dan pengkutnya bertemu Ali, beliau berkata 'Engkau Tuhan', 'Engkau Dia'. Ali amat gelisah dan menghidupkan api untuk membakar mereka. Tetapi mereka menyambut dengan 'Kini nampaklah kepada kami kebenaran bahawa dia Allah , kerana yang menghukum orang dengan Api hanya Allah'.

Semasa Ali menjadi Khalifah , pernah hendak menghukum mati ke atas Abdullah bin Sabak. Terapi ramai menghalang kerana jasanya membela keluarga Nabi Muhamad. Jadi Abdullah diasingkan ke Madain .Usaha Abdulah bin Sabak masih berterusan tapi berjaya dibendung .