BAHAYA ATHEISM YANG SEMAKIN MENULAR DI DUNIA MELAYU

Akhir-akhir ini saya dikejutkan oleh seorang rakan yang memberitahu saya bahawa sebilangan mahasiswa dan mahasiswi MELAYU yang semakin berani mengaku MURTAD dan tidak lagi mempercayai kewujudan ALLAH. Mereka semakin liar dalam membuat tuduhan-tuduhan dan pengakuan demi pengakuan mengenai kepercayaan kepada TUHAN dan kehidupan BERAGAMA. Maklumat-maklumat ini saya perolehi dari laman sesawang ‘FACEBOOK’ yang menggunakan identiti MELAYU dan nama mereka masih lagi beridentitikan ISLAM. Saya tidak pasti apakah tujuan mereka menonjolkan diri dengan berani dan lantang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap TUHAN dan hidup BERAGAMA. Saya juga tidak pasti mungkin juga sebahagian dari ahli-ahli tersebut ingin melakukan provokasi terhadap ISLAM. Mungkin juga ada sebilangan mereka mempergunakan nama ISLAM untuk tujuan lain. Apa yang pasti saya ingin berkongsi ILMU bagi menangani permasalahan ini.
FREE THINKER & ATHEISM
Sepanjang pemerhatian saya terhadap isu yang sedang kita hadapi ini adalah disebabkan kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi kita sudah terjebak dalam aliran ‘FREE THINKER’ iaitu aliran yang mengalakkan kita semua berfikiran secara bebas biarpun mengenai AGAMA & TUHAN. Bahayanya fahaman ini adalah ianya semakin menular dikalangan mereka yang tidak mempunyai ILMU dan ianya sekadar menjadi ikutan semata-mata. Hasil perbincangan dengan seorang rakan, beliau berpendapat bahawa fahaman ini menular melalui elemen HIBURAN & MEDIA tanpa had terutama sekali melalui LAGU-LAGU yang banyak menyampaikan mesej-mesej terselindung. Akhirnya pemikiran mereka mudah dipengaruhi selari dengan MEDIA ARUS PERDANA yang sering menyokong perkembangan HIBURAN TANPA BATASAN.
Saya ada menyediakan beberapa penemuan yang menarik bagi menjawab persoalan mereka-mereka yang tidak mempercayai kewujudan TUHAN secara logik akal terutama bagi golongan ATHEISM. Ini sebagai panduan kita semua apabila berhujah.
Sepanjang kajian dan pembacaan saya tentang FALSAFAH, saya telah menemui bebrapa TEORI yang disampaikan oleh ahli falsafah terkemuka ARISTOTLE di dalam teori METAFIZIK. Sebelum kita meneruskan perbincangan, haruslah kita memahami apa itu METAFIZIK. Secara amnya METAFIZIK ialah ilmu yang mengkaji sesuatu perkara secara menjangkaui FIZIKAL kita atau secara NAMPAK. Ia lebih kepada penerangan mengenai sesuatu yang diluar kemampuan kita untuk melihat secara KASAR tetapi boleh dibuktikan KEWUJUDAN sesuatu.
PENEMUAN BAHASA YANG HAMPIR SAMA DENGAN BAHASA IBRANI, ARAMAIC DAN ARAB
Sepanjang bacaan saya mengenai TEORI Aristotle dalam METAFIZIK, aristotle telah menyusun hasil dapatannya mengikut ABJAD seperti berikut :
1. Alpha (A) sama dengan huruf ا
2. Little alpha (α) sama dengan huruf ء
3. Beta (Β) sama dengan huruf ب
4. Gamma (Γ) sama dengan huruf ج
5. Delta (Δ) sama dengan huruf د
6. Epsilon (Ε) sama dengan huruf ف
7. Zeta (Ζ) sama dengan huruf ذ
8. Eta (Η) sama dengan huruf ت
9. Theta (Θ) sama dengan huruf ث
10. Lota (Ι) sama dengan huruf ط
11. Kappa (Κ) sama dengan huruf ك
12. Lambda (Λ) sama dengan huruf ل
13. Mu (M) sama dengan huruf م
14. Nu (N) sama dengan huruf ن
Jika diperhatikan kesemua huruf-huruf berikut amat jelas membuktikan bahasa yang digunakan menyerupai bahasa-bahasa utama agama samawi.
Jika dilihat topik yang dibincangkan pula amat menarik dan mengikut susunan ABJAD:
ALPHA : membincangkan mengenai pengetahuan prinsip pertama dan sebab wujudnya sesuatu benda.
LITTLE ALPHA : penerangan mengenai kepelbagaian sebab adalah sangat tidak rasional kerana, menjadi satu kemestian dalam hidup wujud PENYEBAB UTAMA yang secara sendiriNya tidak menggugat diriNya sebagai PENYEBAB. Perbincangan di dalam buku ini kemudiannya diterangkan secara mendalam di dalam buku LAMBDA mengenai KEWUJUDAN TUHAN.
BETA : senarai persoalan METAFIZIK
GAMMA : prinsip yang berlawanan dan prinsip tidak ada pertengahan bagi sebarang ayat yang bertentangan ‘tertium non datur’.
DELTA : Senarai definisi mengenai 55 daftar kata seperti, cause,nature, one & many.
EPSILON : Objek METAFIZIK iaitu TUHAN yang merupakan prinsip UTAMA bagi semua KEJADIAN.
ZETA,ETA,THETA: Konsep kejadian & kewujudan sesuatu ‘BENDA’ serta konsep menceritakan siapakah atau apakah BENDA tersebut menurut dirinya.
LOTA : Perbincangan mengenai KEBERSAMAAN, SATU dan BANYAK, PERSAMAAN dan PERBEZAAN
KAPPA : Perbincangan mengenai FIZIK
LAMDA : prinsip PERTAMA, TUHAN atau TUHAN-TUHAN(banyak)& Teori ‘UNMOVED MOVER’.
MU&NU : FALSAFAH MATEMATIK & bagaimana kewujudan nombor.
TEORI ‘UNMOVED MOVER’ @ PENGGERAK UTAMA
Di dalam teori ini Aristotle memberi beberapa garis panduan mengenai PENGGERAK UTAMA :
1. Wujudnya PERGERAKAN di muka bumi ini.
2. Benda yang bergerak telah digerakkan oleh sesuatu.
3. Jika semua benda adalah punca pergerakkan sesuatu benda yang lain, ia akan mengakibatkan ketidakseimbangan sebab berlaku pergerakan. Jadi, ia adalah MUSTAHIL.
4. Makanya, mesti Wujud hanya satu sebab yang menyebabkan PERGERAKAN UTAMA.
5. Sebab UTAMA tidak boleh digerakkan.
6. Tidak dapat tidak, MESTI wujud PENGGERAK UTAMA.
Aristotle juga ada menyebut di dalam teori MATEMATIKnya “ the rule of many is not good; one ruler let there be’. Maksudnya formula dalam penyelasaian matematik haruslah hanya SATU, jikalau banyak ia akan mengelirukan.
Secara kesimpulannya, teori ini ingin membuktikan kewujudan ALLAH yang MAHA ESA. Cumanya di sini saya kemukan sedikit ilmu FALSAFAH yang boleh digunapakai ketika berjuhah dengan golongan-golongan yang tidak mempercayai KEWUJUDAN TUHAN@ATHEIST.

Saudara Razzaq,
Di dalam perdebatan falsafah, wujudnya satu rantaian displin pengetahuan ini - hingga pendebatan tentang suatu isu dikritik sehinggakan terjumpai suatu penjelasan jelas tentang tingkat keyakinan terhadap isu itu, samada menerima penyataan itu, atau ditolaknya. Ini kita gelarkan mantik Arisotle, atau mantik 2-nilai.
Dan hujah saudara itu, berkenaan Penggerak/Asbab Perdana (Prime Mover/Cause) memanglah amat popular dalam kalangan peminat falsafah, namun nyata terus-terang saya katakan bahawasa garis-garis hujah;
1. Wujudnya PERGERAKAN di muka bumi ini.
2. Benda yang bergerak telah digerakkan oleh sesuatu.
3. Jika semua benda adalah punca pergerakkan sesuatu benda yang lain, ia akan mengakibatkan ketidakseimbangan sebab berlaku pergerakan. Jadi, ia adalah MUSTAHIL.
4. Makanya, mesti Wujud hanya satu sebab yang menyebabkan PERGERAKAN UTAMA.
5. Sebab UTAMA tidak boleh digerakkan.
6. Tidak dapat tidak, MESTI wujud PENGGERAK UTAMA,
telah terbatal sama sekali. Ada beberapa pencanggahan di dalam hujahan ini, yakni pertama sekalinya diutarakan oleh David Hume tentang status kewujudan "Penyebab" - yakni dengan lebih tepat lagi konsep Sebab dan Kesan. Kaitan antara Sebab dan Penggerak adalah kedua-duanya adalah bermaksud tentang sesuatu yang sama. "Gerak" itu adalah disebabkan "Sebab" dan "Sebab" itu juga akan menyebabkan "Gerak", makanya "Gerak"<=>"Sebab". Maka setiap operasi mantik ke atas "Sebab" juga akan mengimplikasikan operasi mantik ke atas "Gerak".
Lani, persoalan yang diutarakan David Hume adalah "manakah kita mendapat konsep Sebab ini?". Ulas beliau, "Sebab" adalah idea manusia untuk mengiyakan tradisi/tabiat supaya kemandirian mereka lebih stabil. Supaya manusia dapat mengjangka sesuatu yang bakal berlaku hanya dengan melihat beberapa petanda yang "kononnya" pasti akan berlaku sebelum "sesuatu ini".
Misal contoh, saya sakit kepala, dan saya makan panadol, maka saya hilang sakit kepala. Saya sakit kepala, dan saya makan panadol, maka saya hilang sakit kepala. Pengulangan pengalaman-pengalaman (katakan sebanyak n kali) ini membuatkan saya menjangkakan, yang setiap kali saya menelan panadol, maka saya hilang sakit kepala walaupun pengalaman saya hanyalah sebanyak n cerapan, dan saya tiada upaya langsung untuk menjamin bahawa pengalaman saya memakan panadol pada kali ke-(n+1) saya berupaya untuk menghilangkan sakit kepala saya.
Mungkin bunyi ini nampak pelik, tapi inilah yang digelar sebagai Masalah Induksi. Dengan kata lebih mudah, jikalau anda sudah melihat 10000 angsa yang berwarna putih, adakah anda boleh pasti angsa yang ke-10001 pasti berwarna putih juga? Apa keyakinan kamu untuk menyatakan ia tidak boleh berwarna biru..? Kamu boleh cakap hampir pasti angsa itu berwarna putih, namun kamu tidak boleh pasti yang angsa itu takkan berwarna biru.
Boleh juga diberikan kepada dua contoh yang saya beri ini, satu penjelasan saintifik bahawasanya panadol mengandungi kimia yang sedemikian, atau angsa biru itu memiliki mutasi pada DNAnya - itu memang tidak dinafikan boleh diberi sebagai penjelasan. Pangkalnya, banyak lagi pembolehubah-pembolehubah dalam pengetahuan yang mengandaikan "Sebab-Sebab" sebegini pada aras tinggi, misalnya seperti prediksi hari kiamat, kesejahteraan ekonomi negara dsb - yang memang bersifat metafizik dan tidak memiliki kekukuhan dalam hubungan antara Sebab dan Akibat. Ia hanya berdasarkan tabiat/kebiasaan yang orang ramai percayai - sesuai dengan nasib tarbiyyah dewataraya terhadap kita. Itu lebih selesa untuk psikologi manusia, namun kekukuhan itu mestilah bersifat kepastian.