Hamba aR-Razzaq
Be not frightened when death draweth night, It is but the departure for this blessed home Think of the mercy and love of your Lord, Give thanks for His Grace and come without fear. What I am now, even so shall you be. For I know that you are even as I am. The souls of all men come forth from God. The bodies of all are compounded alike. Good and evil, alike it was ours. I give you now a message of good cheer. May God's peace and joy for evermore be yours."

"Kami" di dalam bahasa Arab dan Ibrani adalah perkataan majmuk yang menunjukkan rasa hormat

By Hamba Razzaq

Salah satu perbezaan terpenting di antara Kristian dan Islam adalah konsep "Triniti". Kebanyakan penganut Kristian diajar untuk mempercayai Tuhan "triun" yang terdiri daripada tiga "orang": Tuhan "Bapa", Tuhan "Anak" dan Tuhan "Roh Suci". Umat Islam percayakan hanya satu Tuhan. Umat Islam percaya bahawa Dia adalah unik dan tidak boleh dibahagikan. Apabila seorang Kristian mula-mula membaca terjemahan Qur'an dalam bahasa Inggeris, beliau terkejut apabila mendapati Allah selalu merujuk kepada diriNya sebagai "Kami", "Kami", "Kami". Beliau mula berfikir, "Jika Allah adalah satu Tuhan, maka mengapakah gunakan perkataan "Kami"?". Beliau mulai mengingati "Triniti"nya dan membuat kesimpulan bahawa "tiga". Kemudian beliau mencari rakan Muslimnya dan berkata, "Saya telah menemui bukti Triniti di dalam Qur'an kamu!".


Ini telah biasa berlaku, maka ia dibincangkan di bawah tajuk tersendiri. Masalah ini timbul disebabkan sifat bahasa Arab dan bahasa Inggeris sendiri. Dalam kedua-dua bahasa Arab dan Ibrani, terdapat dua jenis "kami". Satu adalah ganti nama majmuk yang digunakan di negara-negara yang menuturkan bahasa Inggeris (seperti "kami menaiki kereta yang sama", "kami berasal dari negeri yang sama" dan lain-lain). Makna kedua menunjukkan rasa HORMAT. "Kami" digunakan di dalam Qur'an untuk merujuk kepada Allah dalam erti kata yang kedua. Ia digunakan untuk membesarkan dan memuji Tuhan serta menunjukkan rasa hormat dan rendah diri kepada Pencipta.


Pembaca akan dapati bahawa penggunaan ini tidak terhad kepada Qur'an sahaja. Sehingga hari ini, jika seorang yang menuturkan bahasa Inggeris pergi ke mana-mana negara yang menuturkan bahasa Arab, dan membaca mana-mana surat yang ditujukan kepada pegawai tinggi (atau kepada akhbar), atau di ceramah rasmi, mereka akan mendapati bahawa pegawai ini akan dirujuk menggunakan perkataan "mereka" dan "anda" (bentuk majmuk). Maka apabila bercakap kepada duta, raja atau pemimpin negara, contohnya, orang yang SEORANG ini dikatakan, "MEREKA telah tiba", bukan "DIA telah tiba", atau "Saya memberikan MEREKA surat", bukan, "Saya memberikanNYA surat". Maka kita perlu bertanya, jika "kami" bermakna "Triniti", maka adalah raja atau pegawai ini pegawai "triun". Adakah beliau tiga orang yang bergabung menjadi satu? Hujah yang sama digunakan apabila pegawai yang bertutur bahasa Arab ini berucap di majlis rasmi. Dalam kes ini, beliau akan merujuk kepada dirinya sebagai "kami". Sebagai contoh, beliau akan berkata, "Kami, pemimpin negara agung ini..." dan sebagainya. Dr. Jamal Badawi berkata bahawa oleh kerana Ratu England merujuk kepada dirinya menggunakan ganti nama majmuk, maka adakah beliau juga "Triniti"?


Orang Arab tidak buta. Mereka tahu membezakan di antara satu dan banyak. Ini adalah sifat bahasa Arab. Ini juga adalah cara seorang Arab menunjukkan rasa hormat dan merendah diri. Malah apabila bercakap mengenai isterinya, seorang Muslim di negara Arab tidak menyebut nama isterinya. Beliau juga tidak berkata "dia", sebaliknya "mereka". Ini juga adalah penghormatan kepada isteri-isteri, ibu-ibu dan saudara perempuan. Inilah sebabnya kita dapati bahawa lebih satu bilion umat Islam di seluruh dunia, walaupun seorang penggembala kambing di padang pasir, tidak menyembah "Triniti". Kerana beliau faham bahasanya.


Sistem ini tidak hanya digunakan dalam bahasa Arab. Bangsa Arab adalah daripada suku Semit, dan saudara Semit mereka, iaitu bangsa Yahudi, juga menggunakan sistem yang sama untuk merujuk kepada Tuhan. Di dalam Perjanjian Lama, kaum Yahudi merujuk kepada Tuhan sebagai "Elohiym" {el-o-heem}. "Elohiym" adalah perkataan majmuk untuk "elowahh" {el-o'-ah} yang bermakna 'tuhan'. Perhatikan bahawa kaum Yahudi tidak menyembah "Triniti" walaupun kitab mereka merujuk kepadaNya menggunakan perkataan majmuk. Inilah adalah gaya bahasa Arab dan bahasa Ibrani.


Di dalam Eerdmans Bible Dictionary, kita temui penerangan berikut mengenai perkataan "Elohiym":


"Sebagai nama kepada Tuhan Israel, istilah ini difahami dalam bentuk majmuk kebesaran atau majmuk intensif, yang menunjukkan ketinggian (atau satu) Tuhan... makna kanonikalnya jelas monetisitk, walaupun diikuti oleh kata kerja atau kata sifat majmuk (contohnya, Kej. 20:13, Kel. 22:9, [Mt 18])" "Eerdmans Bible Dictionary", disunting oleh Allen C. Myers, William B.

"Eerdmans Publishers", m.s. 331


Sistem yang sama juga digunakan di dalam bahasa Urdu di Pakistan dan India, dan dalam lingkungan yang terhad, dalam bahasa Perancis. Sebagai contoh, raja Perancis mungkin disebut begini, "La presence de votre majesty est un honneur pour notre ville, vous avez apporte avec vous le bonheure".


Setelah kita melihat penggunaan perkataan "Kami" untuk merujuk kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa dalam bahasa Ibrani, Arab, Urdu dan Perancis, mari kita lihat ayat Qur'an berikut:

"Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa". Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak seorang pun yang setara dengan Dia."

Al-Qur'an, Al-Ikhlas(112)

"Allah tiada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus-menerus mengurus (makhlukNya); tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."


Al-Qur'an, Al-Baqarah (2):255


"Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan melainkan Dia. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Al-Qur'an, Al-Baqarah (2):163


"Allah - tidak ada Tuhan melainkan Dia. Yang Hidup Kekal lagi sentiasa berdiri sendiri. Dia menurunkan Al-Kitab kepadamu dengan sebenarnya; membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil, sebelum (Al-Qur'an) menjadi petunjuk bagi manusia, dan Dia menurunkan Al-Furqan. Sesungguhnya orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Allah akan memperolehi seksa yang berat dan Allah Maha Perkasa lagi mempunyai balasan. Sesungguhnya bagi Allah tidak ada suatu pun yang tersembunyi di bumi dan tidak (pula) di langit. Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendakiNya. Tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Al-Qur'an, Al-'Imran (3):2-6


"Allah menyatakan bahawa tidak ada Tuhan melainkan dia, Yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan demikian). Tiada Tuhan melainkan dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al-Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka kerana kedengkian di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisabNya. Kemudian jika mereka berdebat denganmu, maka katakanlah: "Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan (demikian pula) orang-orang yang mengikutiku". Dan katakanlah kepada orang yang telah diberi Al-Kitab dan kepada orang-orang yang ummi: "Apakah kamu mahu masuk Islam?". Jika mereka masuk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajipan kamu hanyalah menyampaikan. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya."

Al-Qur'an, Al-'Imran (3);18-20