Hamba aR-Razzaq
Be not frightened when death draweth night, It is but the departure for this blessed home Think of the mercy and love of your Lord, Give thanks for His Grace and come without fear. What I am now, even so shall you be. For I know that you are even as I am. The souls of all men come forth from God. The bodies of all are compounded alike. Good and evil, alike it was ours. I give you now a message of good cheer. May God's peace and joy for evermore be yours."

DEMI BUAH TIN, ZAITUN, BUKIT TURSINA & NEGERI YANG AMAN

Category: By Hamba Razzaq

DEMI BUAH TIN, ZAITUN, BUKIT TURSINA & NEGERI YANG AMAN

Bila kita berbicara menegenai ilmu perbandingan agama, ia seolah-olah asing dan masih baru bagi kita terutama bagi masyarakat di Malaysia. Hari ini kita menyaksikan banyak fenomena yang boleh dikaitkan dengan ilmu ini. Barangkali masih ramai yang masih tertanya-tanya apakah sebenarnya ilmu PERBANDINGAN AGAMA ini. Ilmu ini sebenarnya mengkaji dan memberikan input mengenai perbandingan agama-agama dunia termasuk agama Samawi dengan agama Islam. Dengan melakukan perbandingan melalui kitab-kitab suci seperti Torah, Bible, Tripitaka, I-Ching, Veda dan sebagainya, kita dapat melihat dengan jelas sejauh mana ketepatan sesebuah agama berdasarkan keadaan kitab-kitab yang masih wujud pada hari ini dengan disokong kuat oleh sejarah peradaban.

APA YANG KITA FAHAM TENTANG ILMU PERBANDINGAN AGAMA?

‘PERBANDINGAN AGAMA’ merupakan satu ilmu yang mengkaji tentang kepercayaan sesebuah agama yang merangkumi aspek-aspek perlaksanaan hukum-hukum agama, kebudayaan, amalan-amalan dan konsep keimanan sesebuah agama. Perbandingan yang dilakukan terhadap semua agama adalah bertujuan mencari titik-tolak sejauh mana kebenaran ajaran agama tersebut yang dikatakan benar menurut pandangan pengganutnya. Dengan membuat perbandingan kita mampu membuat kesimpulan terhadap sesebuah agama mengenai kebenaran ajaran-ajaran yang disampaikan. Perbandingan agama juga merangkumi pengkajian yang mendalam terhadap kandungan kitab-kitab suci agama seperti Al-Qur’an, Bible (Injil), Taurat (yahudi), Veda (hindu) dan sebagainya. Ini bertujuan untuk memahami konsep sesebuah agama itu sendiri dan seterusnya mempertikaikan kesamaran terhadap kandungan kitab-kitab tersebut. Disamping itu ilmu ini juga dilengkapi dengan bukti-bukti sejarah bagi memperkukuhkan lagi bukti-bukti ajaran sesebuah agama.

DARI PERSEPKTIF AL-QUR’AN

Dengan jelas Al-Quran menyebut agama-agama samawi dan buatan manusia di dalamnya sebagai peringatan ke atas umat Islam dalam memelihara iman supaya tidak sesat seperti kaum-kaum yg terdahulu. Allah juga menyebut dengan jelas mengenai kaum Bani Israel dengan agama Yahudi mereka, begitu juga dengan kaum Nasrani dengan agama Kristian mereka. Di dalam Al-Quran juga terdapat kisah bagaimana kitab-kitab terdahulu yg sudah di ubah isi kandungannnya, sesetengah ulama perbandingan agama menyebut sebagai ‘tahrif’ yang bermaksud mengubah sesuatu. Ilmu ini bukanlah penemuan terbaru tetapi mula wujud semenjak Al-Qur’an diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W lagi. Jika diteliti isi- isi Al-Qur’an terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang agama-agama lain. Dengan jelas Allah menerangkan cara-cara keimanan agama-agama terdahulu seperti Nasrani (kristian), Yahudi, Majusi (penyembah api), Shabi’in (penyembah bintang-bintang) dan sebagainya. Dalam surah Al-Baqarah ayat 62, Allah berfirman : “ Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Nasrani, dan orang-orang Sabiin sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.”

Ayat ini jelas membuktikan wujudnya perbandingan agama-agama yang disebut di dalam Al-Quran, dimana Allah menerangkan tentang agama-agama yang wujud serta perbezaannya.

AGAMA-AGAMA WAHYU

Agama wahyu atau lebih dikenali sebagai Agama Samawi (langit) merupakan agama yang diwahyukan Allah terhadap Nabi-Nabi yang dikurniakan Suhuf-Suhuf (Helaian Perjanjian) dan Kitab-Kitab suci. Menurut ulamak-ulamak perbandingan agama seperti Ibnu Hazam, Shahrastani dan Ahmad Shalabi, Agama Samawi adalah Islam, Nasrani (Kristian) dan Yahudi.

Agama Samawi ialah Agama yang Diturunkan oleh Allah S.W.T yang diWahyukan kepada Rasul-rasulNya untuk disampaikan kepada ummat mereka. Asas keimanan dalam agama samawi adalah sama bermula dari Nabi Adam A.S sehinggalah Nabi Muhammad S.A.W iaitu : “ Aku bersaksi Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Allah”. Jika diteliti dengan betul agama samawi merupakan agama yang paling lama kerana ia bermula semenjak zaman Nabi Adam A.S.

Biarpun Agama Samawi yang ada pada hari ini ialah Yahudi, Kristian dan Islam. Hanya Agama Islam yang masih berpegang teguh pada asas ajaran Tauhid yang sebenarnya. Manakala Agama Yahudi dan Kristian sudah menyimpang jauh dari ajaran sebenarnya kerana terdapat banyak perubahan pada ayat-ayat di dalam kitab suci mereka. Terdapat pelbagai perubahan pada ayat-ayat kitab suci mereka sehingga mengelirukan pengganut agama itu sendiri. Ini jelas disebutkan dalam surah Al-Baqarah Ayat 78-79 : “ Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui aka nisi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong(dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja. Kecelakaan besar bagi ornag-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata “ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu”.

Ibnu Jarir telah meriwayatkan dr ‘Ikrimah yg berasal dari Ibnu Abbas bahawa Ayat ini diturunkan mengenai paderi-paderi Yahudi yang mengetahui sifat-sifat Rasulullah. Ibnu Abbas mengatakan mereka telah mengubah serta menukar sifat-sifat Nabi S.A.W sebagaimana tercatat dalam kitab Taurat iaitu:

“ matanya seolah-olah memakai celak, tingginya sederhana, rambutnya kerinting dan wajahnya tampan.” Tetapi mereka menghapuskan kalimah-kalimah tersebut dari Taurah kerana dengki dan benci serta menggantinya dengan perkataan “ badannya tinggi, matanya biru dan rambutnya lurus”.

 

0 comments so far.

Something to say?