Hamba aR-Razzaq
Be not frightened when death draweth night, It is but the departure for this blessed home Think of the mercy and love of your Lord, Give thanks for His Grace and come without fear. What I am now, even so shall you be. For I know that you are even as I am. The souls of all men come forth from God. The bodies of all are compounded alike. Good and evil, alike it was ours. I give you now a message of good cheer. May God's peace and joy for evermore be yours."

Persamaan-persamaan umum dengan paganisma

By Hamba Razzaq

Persamaan-persamaan umum dengan paganisma


Seperti yang kita telah lihat, unsur yang sama dalam paganisma adalah penyembahan matahari sebagai tuhan dan pilihan solstis musim sejuk (25 hb Disember) sebagai hari kelahiran tuhan mereka. Solstis musim sejuk adalah masa di mana matahari berada pada paras terendah dan kemudian naik dan "dilahirkan semula". Kenaikan ini berterusan sehinggalah masa siang dan malam sama panjang. Pada ketika ini, tuhan matahari kelihatannya seri dengan "putera kegelapan". Ini berlaku semasa ekuinoks musim bunga, atau Easter. Namun keadaan ini tidak bertahan lama, di mana tuhan matahari menang selepas Easter dan masa siang adalah lebih panjang daripada malam.

Perhatikan bahawa gereja juga menerima "wahyu" bahawa Jesus (a.s.) dilahirkan pada 25hb. Disember, dan beliau juga "menang menentang putera kegelapan" pada hari Easter seperti mana tuhan-tuhan Greek dan Rom beberapa abad sebelum itu. Kita akan melihat sepintas lalu kepercayaan-kepercayaan popular penyembah berhala bukan Yahudi yang kemudiannya bertanggungjawab menyebarkan agama "Jesus" kepada dunia.


Attis

Berhala Atis adalah anak kepada perawan Nana. Beliau adalah "penyelamat" dan "satu-satunya anak yang dizuriatkan". Darahnya dipercayai telah membaharui kesuburan bumi. Oleh itu, ia adalah lambang keabadian. Dia dipercayai telah mati pada 24hb. Mac dan dibangkitkan semula tidak lama kemudian. Jamuan suci dan darah baptis adalah ciri-ciri gerejanya.


Adonis atau Tammuz

Beliau dilahirkan oleh seorang perawan dan adalah "penyelamat" di Siria. Beliau mati menebus dosa manusia dan dilahirkan semula pada musim bunga.


Dionysus atau Bacchus

Beliau adalah "satu-satunya anak yang dizuriatkan" oleh Jupiter yang merupakan raja tuhan-tuhan Rom serta tuhan kehidupan dan kematian (kepada bangsa Greek, bapanya adalah Zues yang perkasa). Beliau adalah tuhan wain dan temasya. Dionysus mati di tangan bangsa Titan yang mengoyaknya, memanggang cebisan-cebisan tubuhnya, dan memakannya. Pada ketika ini Zeus campur tangan dan menyelamatkan beberapa cebisan dan mengarahkan Apollo menanamnya di Delphi. Di situ, Dionysus dipercayai telah bangun semula daripada kematian dan beliau berkata kepada manusia, "Akulah yang membimbingmu; akulah yang melindungimu; dan akulah yang menyelamatkanmu; Aku adalah Alpha dan Omega.". Beliau dibunuh untuk menebus kemanusiaan dan dipanggil "yang dibunuh", "penanggung dosa" dan "penebus". Semasa meraikan perayaannya, penyembah-penyembahnya melakukan sparagmos, iaitu mengoyak haiwan hidup, memakan dagingnya dan meminum darahnya; mereka percaya bahawa mereka memakan tubuh dan darah tuhan. Lakonan juga dipersembahkan semasa perayaan ini. Wain adalah tumpuan utama semasa perayaan ini. Adakah semua ini seperti biasa didengar?

Bel atau Baal

Beliau adalah tuhan matahari bangsa Babilonia. Kisah hidup dan perasaannya amat mirip dengan kisah Jesus (a.s.) di dalam Gospel-gospel yang ada sekarang. Beliau digelar tuhan semesta alam. Beliau dibunuh oleh raksasa tetapi dihidupkan kembali. Kematian dan kebangkitan semulanya dirayakan setiap tahunan sebagai sebahagian daripada ritual kesuburan kaum Kanaan.

Osiris

Beliau adalah tuhan kematian dan Alam ghaib di Mesir, yang dilahirkan oleh "perawan dunia" pada 19hb Disember. Dia mengajarkan kelembutan dan kedamaian. Beliau menemui wain dan jagung. Beliau dikhianati oleh Typhen, dibunuh dan dikerat. Beliau berada di dalam neraka selama dua atau tiga hari dan tiga malam. Beliau akan mengadili manusia dalam kehidupan akan datang.


Mithras atau Mithra

Beliau adalah tuhan matahari Parsi dan adalah anak seorang perawan. Beliau dilahirkan pada 25hb. Disember. Krismas dan Easter adalah di antara dua perayaan terpenting gerejanya. Penyembah-penyembahnya mengamalkan pembaptisan, pengesahan dan jamuan Eucharist bila mana mereka akan memakan "tuhan" mereka dalam bentuk roti dan wain.


Krishna

Tuhan Hindu, Krishna, juga mirip kepada kisah Jesus dalam kisah misi dan ketuhanannya. Beliau adalah penjelmaan tuhan tertinggi, iaitu Vishnu (pemelihara dan pelindung dunia), di dalam rahim Devaki. Nabi Hindu, iaitu Bala, meramalkan bahawa seorang Penyelamat suci akan "menjelma daripada keluarga Yasu, dan menyebabkan kelahiran daripada rahim Devaki (seorang Perawan Suci), dan menyelamatkan bumi yang tertindas oleh dosa dan kesedihan". Sebaik sahaja Krishna dilahirkan, malaikat-malaikat mengisytiharkan, "Dengan kelahiran oleh wanita terpilih ini, alam mempunyai sebab untuk bergembira.". Kelahirannya ditandakan oleh sebutir bintang di langit. Walaupun berdarah raja, beliau dilahirkan di gua. Beliau dipersembahkan hadiah sandal kayu dan wangian. Ayah angkatnya disuruh melarikan diri dan menyembunyikannya kerana bimbang dibunuh oleh raja Kansa. Raja Kansa telah mengarahkan supaya semua bayi lelaki yang dilahirkan pada malam itu dibunuh. Salah satu mukjizatnya yang terawal adalah menyembuhkan seorang pesakit kusta. Beliau kemudiannya dibunuh dan ini menyebabkan berlaku gerhana matahari dan satu gelang hitam terbentuk di sekeliling bulan. Roh-roh dapat dilihat di semua tempat, dan beliau masuk ke neraka, bangun semula dan naik ke syurga di mana ramai orang menyaksikan kejadian ini. Beliau akan "muncul untuk kali kedua" pada masa hadapan yang dinantikan oleh pengikut-pengikutnya. Terdapat banyak lagi persamaan-persamaan dengan apa yang hari ini dikenali sebagai "Kristian" walau pun agamanya telah wujud beberapa abad sebelum kelahiran Jesus (a.s.). Kisah Krishna semasa kecil agak mirip dengan kisah Jesus semasa kecil. Dalam sajak-sajak agung purba, Krishna hanya dianggap sebagai wira agung sehinggalah sekitar abad keempat S.M. bila mana beliau dinaikkan taraf kepada seorang tuhan.


Buddha

Kedua-dua buku yang disebut di atas menyusun perbandingan yang terperinci di antara legenda Jesus (a.s.) dengan Buddha. Persamaan-persamaan di antaranya menakjubkan. T.W. Doane sehinggakan telah mengkhususkan satu bab, termasuk meletakkan 48 kisah kelahiran mereka sehingga akhir hayat mereka di bumi bersebelahan. Semasa mereka dikandung, kelahiran, misi, mukjizat-mukjizat, dakwah, ibadat, ramalan-ramalan, kematian, dinaikkan ke langit, ketuhanan, pengadilan manusia, dan hal-hal lain yang hampir sama perkataan-demi-perkataan. Dr. Ansari merekodkan kata-kata seorang sarjana Kristian yang unggul, iaitu S.M. Melamed di dalam bukunya:

"Hakikatnya adalah kanon Buddha telah diketahui di Barat sebelum kedatangan Jesus. Hari ini, hampir tiada ahli Indologi yang menafikan kaitan di antara dua agama penebusan ini. Kaitannya amat hampir sehinggakan perincian mukjizat-mukjizat yang direkodkan di antara Buddisma dan Kristian adalah sama. Buddha juga dikatakan telah memberi makan lima ratus orang menggunakan sebiji roti, telah menyembuhkan pesakit-pesakit kusta dan menyembuhkan yang buta. "

Pada tahun 1884 pun, seorang ahli sejarah agama berbangsa Jerman bernama Rudolph Seydel telah menerbitkan kajian terperinci yang menunjukkan bahawa semua kisah-kisah, mukjizat-mukjizat dan pepatah-pepatah dalam Bible Kristian mempunyai persamaan dengan gospel Buddha yang lebih tua.

Pengarang "The Bible Myths" telah memerhatikan bahawa walau pun hari ini Buddha dinaikkan taraf kepada Tuhan, Doane berkata:

"Tiada sebab untuk percaya bahawa beliau pernah menganggap dirinya lebih tinggi daripada seorang guru agama, tetapi seperti mana perselisihan-perselisihan moden, terdapat di kalangan pengikut-pengikutnya golongan yang memanjangkan ajaran-ajarannya lebih daripada pengasasnya. Mereka tidak puas hati sekadar membesarkan amalan-amalan mulia gurunya semasa hayat beliau dan telah menaikkan taraf beliau setaraf dengan tuhan-tuhan mereka dalam tempoh suku abad selepas kematiannya - menyembah sebagai tuhan seseorang yang mereka ketahui hanyalah seorang dermawan yang baik hati, jujur dan mencari kebenaran. "

Sekali lagi, ini selaras dengan dakwaan Qur'an bahawa Tuhan telah memilih nabi-nabi daripada semua bangsa di bumi (tidak hanya kepada bangsa Yahudi) dan mengutuskan mereka kepada bangsa mereka (dan hanya kepada bangsa mereka) untuk mengembalikan mereka kepada penyembahan Tuhan semata-mata, dan bahawa selepas pemergian mereka, pengikut-pengikut mereka tidak berdiam diri sehinggalah mereka telah memusnahkan langsung apa yang telah diajarkan oleh nabi-nabi mereka sehingga ke tahap menjadikan nabi-nabi objek penyembahan berhala (rujuk Qur'an, Al-Fathir (35):24).

Adakah ini bermakna Buddha sebenarnya adalah nabi Tuhan? Hanya Tuhan Yang Maha Berkuasa sahaja yang tahu jawapannya. Namun kelihatannya terdapat kemungkinan bahawa beliau adalah salah seorang daripada ribuan nabi-nabi yang ajarannya adalah ajaran sebenar Tuhan yang kemudiannya diubah oleh manusia.

Di dalam bab satu kita telah melihat bahawa sarjana-sarjana Kristian hari ini bersedia mengaku hakikat bahawa selama tiga dekad pertama Masihi, "Kristian" adalah satu mazhab di dalam Judaisma dan bahawa lima belas orang Biskop Kristian yang pertama adalah berbangsa Yahudi, yang telah disunatkan dan beribadat di dalam saumaah Yahudi. Kita telah melihat bahawa hanya setelah Kristian diperkenalkan kepada bangsa Rom dan agama Jesus (a.s.) mendapat "bimbingan" rasmi empayar Rom, baharulah kelihatan banyak "kebenaran-kebenaran" mengenai misi Jesus yang sebelum ini tersembunyi daripada hawari-hawari pertama Jesus (a.s.). Kita telah melihat bagaimana "Triniti", kelahiran Jesus (a.s.) pada 25hb. Disember, perayaan Easter dan banyak doktrin-doktrin dasar Kristian tidak diiktiraf sebagai "kebenaran" sehinggalah agama Jesus (a.s.) diterima oleh bangsa yang selama berabad-abad sebelum itu telah disuapkan dengan doktrin-doktrin "Triniti", "penyelamat daripada dosa", "penjelmaan Yang Perkasa", "kematian dan kebangkitan semula", "Krismas dan Easter", "tiga hari dan tiga malam di dalam neraka", "satu-satunya zuriat yang perkasa", "dibunuh oleh musuh", dan banyak hal-hal lain yang kemudiannya "diwahyukan" kepada mereka oleh Tuhan untuk "dijelaskan" di dalam Bible supaya mereka dapat melihatnya dengan jelas.

Malangnya, setelah semua bukti-bukti terperinci ini dikemukakan oleh sarjana-sarjana Barat untuk menyokong fakta bahawa semua hal-hal ini adalah amalan penyembahan berhala dan kepercayaan yang telah wujud berabad-abad sebelum kedatangan Jesus (a.s.), walau pun dihadapkan dengan semua bukti-bukti ini, golongan ortodoks yang berkeras tetap dapat mencari jalan keluar. "Hal ini mudah sebenarnya", jelas mereka, "Amalan-amalan kultus penyembahan berhala yang banyak dari serata dunia ini tentu telah mengetahui terlebih dahulu akan kedatangan Jesus dan telah memasukkan kisah hidupnya ke dalam mitologi pagan berabad-abad sebelum kedatangannya."

Utusan Allah yang terpilih dan agung, Jesus (a.s.) anak Maryam (a.s.), tidak terlibat dalam bidaah penyembah berhala ini yang telah dipaksakan ke atasnya selepas pemergiannya oleh mereka yang tidak gentarkan Tuhan. Beliau adalah utusan Tuhan yang benar dan tidak akan berani berkata yang sebaliknya. Tuhan adalah esa. Tamat! Dia tidak boleh dibahagikan dan tidak boleh dipisahkan. Tiada Tuhan melainkan Dia. Dia tiada anak mahu pun yang setara dengannya. Dia tidak mempertanggungjawapkan manusia ke atas dosa orang lain, tetapi hanya mempertanggungjawapkan mereka atas ibadat mereka. Dan hanya Tuhan yang akan mengadili manusia pada Hari Pengadilan.

Terdapat banyak persamaan-persamaan lain yang boleh dikemukakan sebagai perbandingan. Bagaimanapun, saya tidak boleh membincangkannya dengan terperinci di sini, dan oleh itu, terpulanglah kepada pembaca yang berminat untuk membacanya daripada buku-buku yang dinyatakan di atas, atau rujuk buku "Mohammad A Prophesy Fulfilled" oleh H. Abdul Al-Dahr.

 

0 comments so far.

Something to say?