Be not frightened when death draweth night,
It is but the departure for this blessed home
Think of the mercy and love of your Lord,
Give thanks for His Grace and come without fear.
What I am now, even so shall you be.
For I know that you are even as I am.
The souls of all men come forth from God.
The bodies of all are compounded alike.
Good and evil, alike it was ours.
I give you now a message of good cheer.
May God's peace and joy for evermore be yours."
Di sini saya akan senaraikan beberapa ‘secret society’ yang berbahaya, iaitu Freemason, Illuminati, Bilderbergh Group, Knight Of Malta, Skull And Bones, Priory Of Sion, Society Of Jesus/ Jesuit, Knights of The Golden Circle. Kita akan kupaskan kumpulan-kumpulan tersebut secara terperinci.
ILLUMINATI
lluminati ini telah ditubuhkan pada 1774 di Perancis oleh Adam Weishaupt yang merupakan seorang profesor di Universiti Ingoldstald.Perkataan Illuminati dinisbahkan kepada salah satu daripada kumpulan (Mazhab) Yahudi iaitu kumpulan Illuminati yang dianggotai oleh golongan bijaksana (Hukama’) Yahudi...Manakala di dalam bahasa Arab pula Illuminati disebut sebagai al-Nuraniyin. Nama Illuminati ini diambil sempena nama Iblis yang pada hemat mereka sebagai pemerintah tunggal alam ini. Pusat pentadbirannya ialah di segitiga bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal laknatullah...Lambang pertubuhan ini ialah apa yang terdapat pada duit 1 dolar US... lambang yang terdapat pada duit US tersebut menunjukkan bahawa US telah dikuasai oleh bangsa Yahudi.sebenarnya, pereka cipta duit US dilakukan oleh seorang anggota Freemasonry dari pergerakan illuminati yang bernama Pat Robertson. Pertubuhan ini telah mendapat sokongan daripada Rotschild yang merupakan gedung kewangan yang dikuasai oleh Yahudi...Perkataan illuminati pula diambil daripada perkataan “Lucifer” (iblis) yang beerti “Pemegang Cahaya”.beliau membuat helah bahawa dunia ini patut diperintah oleh orang yg benar2 berwibawa sahaja, maka beliau telah berjaya memujuk lebih kurang dua ribu orang untuk menjadi pelaksana kepada agenda yang dirancang olehnya dengan disokong anggota Freemasonry peringkat tinggi....pengikut-pengikut ini memang berkemahiran dalam semua aspek kehidupan telah membina markaz-markaz sulit di seluruh dunia yang diberi nama sebagai “Lodges of The Grand Orient” untuk melaksanakan apa yang telah dirancang oleh pihak tertinggi(Freemasonry/Zionisme).
Berikut merupakan matlamat illuminati secara umumnya yang perlu mereka capai mengikut agenda yang telah dirancang:
1.Menghapuskan semua kerajaan-kerajaan kebangsaan yang berpelembagaan... 2.Menghapuskan sistem warisan harta pusaka...
3.Menghapuskan pemilikan harta benda sebagai hak persendirian...
4.Menghapuskan semangat nasionalisme...
5.Menghapuskan rumahtangga sebagai hak orang perseorangan dan kehidupan berkeluarga kerana ia merupakan permulaan kepada ketamadunan manusia... 6.Apa yang paling penting ialah menghapuskan semua agama yang sedia ada di dunia terutama agama Islam supaya umat manusia dapat dipaksa menganut ideologi internasionalisme.. One World Religion!
One World Religion ini sedang berkembang dan secara halus di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Terdapat banyak cara One World Religion ini merebak, satunya melalui perfileman. Dan juga melalui IFC. Jika aku berkesempatan saya akan huraikan lebih lanjut tentang One World Religion ini. Insya Allah.
p/s: maklumat ini telah dikongsi oleh beberapa orang kawan hasil daripada perbincangan khas.
Jika artikel yang lepas membincangkan mengenai symbol dan kumpulan rahsia, pada kali ini saya akan sampaikan tentang perkara di atas, tetapi sebelum itu saya ingin sampaikan sedikit sambungan dari artikel sebelumnya. Pergerakan demi pergerakan yang kita bincangkan, tahukah kita siapa di sebalik yang menguasai Dunia? Di sini saya akan senaraikan mengikut kategori:
WORLD FINANCIAL CONTROL:
IMF, WEST BANK, CENTRAL BANKS, TAX REVENUE, INTEREST REVENUE, BANK OF INTERNATIONAL SETTLEMENT.
Jadi sekarang lihatlah sejauh mana secret society yang menjadi dalang merosakkan umat Islam. Dan mereka juga membawa misi dajjal seperti yang termaktub di dalam ‘Revelation 13’.
Sekarang kita lihat kepada logo yang amat terkenal pada harini:
Pada pendapat anda apakah maksud yang tersirat diseballik logo tersebut?
Perkataan ‘STARBUCKS’ yang tertera di dalam logo tersebut membawa maksud ‘BUCKS FOR THE STAR’. Dimana ‘bucks, merupakan matawang Amerika Syarikat dan ‘the star’ membawa maksud Israel@zionist. Jadi secara kesimpulannya selama ini kononnya kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat bekerja untuk Zionist dalam menggerakkan segala misi mereka. Sebagai bukti kepada logo ini. Pengarah ‘Starbucks’ Howard Schultz telah menerima beberapa anugerah besar dari Israel antaranya, ‘The Israel 50th Annivesary Friend of Zion Tribute Award’.
Berbalik kepada symbol bintang ‘zionist’, jika kita lihat secara teliti di dalam matawang Amerika Syarikat terdapat lambing bintang berkenaan. Persoalannya di sini adakah ini secara kebetulan? Jawapannya, tidak semudah itu, inilah perancangan hebat Yahudi yang terus menguasai dunia berselindungkanAmerika Syarikat. Ini bermakna, selama ini Amerika Syarikat sentiasa bersedia bekerja untuk Zionist dalam menghancurkan Islam. Bahkan mereka lebih licik menyusun strategi-strategi mendoktinasikan pemikiran umat Islam pada hari ini. Sehingga menampakkan sikap kebergantungan penuh terhadap ekonomi barat yang kononnya melaungkan ekonomi global.
Symbol adalah sesuatu lambang yang digunakan untuk menerangkan idea-idea dan emosi dimana ia dihasilkan bagi menerangkan sesuatu secara abstrak dan simbolik. Ia adalah berlawanan dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami secara terus. Menurut Max Weber, symbol merupakan elemen yang penting kepada Agama dimana terdapat sebahagian agama yang dapat dikenali dan diterangkan melalui symbol. Max Weber juga menyifatkanagama sebagai satu systemagama yang suci. Jadi secara kesimpulannya, terdapat banyak agama-agama yang membawa ideology-ideologi melalui symbol. Sebagai contoh, dalam memahami agama dan apa-apa yang berkaitan dengan agama Mesir Kuno ‘Ancient Egypt’, terdapat banyak symbol yang telah ditafsirkan. Ada juga symbol-simbol yang bertujuan merosakkan pemikiran kita umat Islam sejak dahulu lagi hingga ke hari ini. Kita akan pergi kepada perbincangan lanjut.
APAKAH KAITANNYA SIMBOL DENGAN KUMPULAN RAHSIA ‘ SECRET SOCIETY’?
Perkataan ‘secret society’ atau kumpulan rahsia membawa maksud persatuan persaudaraan’fraternal’ yang berkemungkinan mempunyai upacara-upacara rahsia dan luar dari kebiasaan hinggalah kepada pembentukkan ‘mythical organizations’ pertubuhan khayalan. ‘Mythical Organizations’ di sini disifatkan sebagai kumpulan yang mempunyai ‘teori-teori konspirasi yang sangat kuat dan berahsia’. Dimana mereka mempunyai kekuatan ekonomi tersendiri, agenda politik, utility Global dan ada yang disifatkan ‘Luciferian’ atau penyembah Syaitan@Iblis.
Alan Axelrod yang merupakan penulis ‘ International Encyclopedia of Secret Societies and Fraternal Orders’ menyifatkan kumpulan rahsia mempunyai cirri-ciri berikut:
1. Ekslusif : dimana ia membawa maksud, hanya golongan-golongan tertentu sahaja layak menganggotainya seperti golongan elit, agama dan sebagainya.
2.Mempunyai Rahsia Tersendiri dan Istimewa.
3.Yang mempunyai kecenderungan yang sama dikalangan ahli-ahlinya.
Secara kesimpulannya ‘secret society’ sentiasa memainkan peranan dalam menyebarkan dakyah mereka melaui symbol. Dimana symbol-simbol yang mewakili kumpulan mereka terlalu ekslusif dan mempunyai maksud yang tersendiri. Di sini saya berpendapat, terdapat banyak kumpulan-kumpulan rahsia yang Berjaya meracuni pemikiran kita pada hari ini biarpun ia Nampak bersahaja tetapi cukup kuat dalam memesongkan akidah umat Islam.
Kita akan kupas satu persatu, bermula dengan perbincangan mesej disebalik symbol. Disini saya datangkan contoh symbol yang digunakan untuk menyampaikan mesej bahawa bukti Dajjal La’natullah wujud di mana-mana. Cuba kita perhatikan Lambang atau Logo‘British Coat Of Arms’ ataupun Jata British. Seperti yang tertera di atas. Rahsia disebalik Lambang ini adalah seperti berikut:
1.KUDA- Lambang Kerajaan Yahudi ‘King David’ atau Nabi Daud.
“ dan ia tinggal berdiri di pantai laut. Lalu aku melihat seekor binatang keluar dari dalam laut, bertanduk sepuluh dan berkepala tujuh, di atas tanduk-tanduknya terdapat sepuluh mahkota dan kepalanya tertulis nama-nama hujat. Binatang yang kulihat itu serupa dengan macan tutul, dan kakinya seperti kaki beruang dan mulutnya seperti mulut singa, dan naga itu memberikan kepadanya kekuatannya dan takhtanya dan kekuasaannya yang besar. Maka tampaklah kepadaku satu dari kepalanya seperti kena luka yang membahayakan hidupnya, tetapi luka itu sembuh, seluruh dunia hairan lalu mengikut binatang itu. Dan mereka menyembah naga itu, kerana ia memberikan kekuasaan kepada binatang itu. Dan merekamenyembah binatang itu sambil berkata: “siapakah yang sama seperti binatang ini? Dan siapakah yang dapat melawannya?”. Dan kepada binatang itu diberikan mulut, yang penuh kesombongan dan hujat, kepadanya diberikan kuasa untuk melakukannya empat puluh dua bulan lamanya. Lalu ia membuka mulutnya untuk menghujat Tuhan, menghujat nama-Nya dan khemah kediaman-Nya dan semua mereka mendiami Syurga. Dan ia diperkenankan untuk berperang melawan orang-orang kudus dan untuk mengalahkan mereka, dan kepadanya diberikan kuasa atas setiap suku dan umat dan bahasa dan bangsa. Dan semua orang yang mendiami bumi akan menyembahnya, iaitu setiap orang yang namanya tidak tertulis sejak dunia dijadikan di dalam kitab kehidupan dari Anak Domba yang telah disembelih. Barangsiapa bertelinga hendaklah mendengar!. Barangsiapa ditentukan untuk ditawan, ia akan ditawan, barangsiapa yang ditentukan untuk dibunuh dengan pedang, ia harus dibunuh dengan pedang. Yang penting disini ialah ketabahan dan Iman orang-orang kudus.
Binatang yang keluar dari dalam bumi.
“dan aku melihat seekor binatang lain keluar dari bumi dan bertanduk dua sama seperti anak domba dan ia berbicara seperti seekor naga. Dan seluruh kuasa binatang yang pertama itu dijalankannya di depan matanya. Ia menyebabkan seluruh bumi dan semua penghuninya menyembah binatang pertama, yang luka parahnya sudah sembuh. Dan ia mengadakan tanda-tanda yang dahsyat, bahkan ia menurunkan api dari langit ke bumi di depan mata semua orang. Ia menyesatkan mereka yang mendiami bumi dengan tanda-tanda yang telah diberikan kepadanya untuk dilakukannya di depan mata binatang itu. Dan ia menyuruh mereka yang mendiami bumi, supaya mendirikan patung untuk menghormati binatang yang luka oleh pedang, namun yang tetap hidup itu. Dan kepadanya diberikan kuasa untuk memberikan nyawa kepada patung binatang itu sehingga patung binatang itu berbicara dan bertindak begitu rupa sehingga semua orang, yang tidak menyembah patung itu dibunuh. Dan ia menyebabkan sehingga semua orang, kecil atau besar,kaya atau miskin, merdeka atau hamba, diberi tanda pada tangan kanannya atau pada dahinya. Dan tidak seorangpun dapat membeli atau menjual selain daripada mereka yang memakai tanda itu, iaitu binatang itu atau bilangan namanya. Yang penting disini ialah hikmat: barangsiapa yang bijaksana, baiklah ia menghitung bilangan binatang itu, kerana bilangan itu adalah bilangan seorang manusia, dan bilangannya ialah enam ratus enam puluh enam.”Wahyu 13 : 1-18
Daripada surah ‘Revelation’ yang terdapat di dalam bible jelas menceritan tentang symbol syaitan dan Dajjal. Apa yang penting di sini, tanda kewujudan dajjal berada di mana-mana sahaja. Di sini saya akan senaraikan beberapa lambing yang menyerupai ‘Jata British’ yang berkaitan dengan kemunculan dajjal antaranya ‘Lambang Kerajaan’ dan Negara :
1.Istana Burckingham
2.Philip Morris
3.Canada
4.Australia
5.Bangunan Kerajaan Scottish
6.London
Sebahagian daripada produk Rokok:
1.Marlboro
2.L & M Lights
3.555
4.Benson & Hedges
Kesemua produk ini termasuk arak mengandungi lambang atau logo yang membawa maksud dajjal ada di mana-mana dalam merosakkan kualiti kehidupan kita sebagai umat Islam pada hari ini. Ini kerana persatuan rahsia yang menggerakkan misi dajjal dalam memusnahkan Islam. Kita lihat saja, bebarapa ramai dari kalangan umat Islam terpengaruh dengan ideology-ideologi yang memesongkan aqidah kita sehingga melahirkan pemimpin-pemimpin berjiwa Liberal dan Sekular. Nanti saya akan senaraikan kumpulan-kumpulan rahsia dan logo-logo yang berkaitan untuk perbincangan seterusnya.
Allah berfirman : “ Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir’aun dan bala tenteranya, kerana hendak menganiaya dan menindas(mereka); hingga apabila Fir’aun itu telah hamper tenggelam berkatalah dia: ‘Saya percaya bahawa Tiada Tuhan Melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk dari kalangan orang yang berserah diri(kepada Allah)’. Apakah sekarang baru kamu percaya, padahal sesungguhnya kamu telah derhaka sejak dahulu lagi, dan kamu tergolong dikalangan orang yang membuat kerosakan. Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pengajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lalai dan leka dari tanda-tanda dan kekuasaan Kami.” Yunus: 90-92
Ayat di atas jelas tentang jasad Fir’aun yang akan terpelihara hingga ke hari ini. Kita perlu melihat pada ayat ini dengan teliti kerana ia memberi mesej yang jelas dan penting. Pada tahun 1000 S.M iaitu lebih kurang 3000 tahun yang lalu Fir’aun merupakan pemerintah Dinasti Mesir yang menentang Nabi Musa A.S.. Di sini perlu diingatkan bahawa Fir’aun bukanlah nama seseorang atau individu tetapi nama sebuah DINASTI. Dinasti Fir’aun yang menguasai seluruh empayar mesir dengan kekuatan yang hebat dalam tempoh yang lama. Mereka dikatakan member sumbangan yang besar dalam membina pembangunan orang-orang Mesir.
Pengkaji Mesir dan ahli sains menyatakan pemerintah di Zaman Nabi Musa A.S adalah ‘ MERNEPTAH’ dimana dialah Fir’aun yang tenggelam di dalam laut merah ketika mengejar Musa A.S bersama pengikutnya. Allah telah mengurniakan mukjizat Nabi Musa A.S dengan membelah laut Merah untuk membenarkan Bani Israil menyeberangi laut merah. Setelah Bani Israel diselamatkan, kemudian Allah mencantumkan semula air laut yang telah dibelah Musa A.S, maka musnahlah fir’aun dan bala tenteranya ditelan air. Melalui kisah tersebut membuktikan, penemuan jasad Fir’aun merupakan tanda kebesaran Allah.
Fir’aun Merneptah telah mengaku dirinya tuhan dan memaksa rakyatnya patuh dan sembah kepadanya dengan berkata :
“ Maka berkatalah Fir’aun: Akulah Tuhan Kamu yang maha tinggi.”An-Nazi’at: 24
Untuk mempertahankan kedudukan dan kekuasaannya, Fir’aun telah membunuh ramai Bani Israil dan membiarkan perempuan-perempuan mereka hidup untuk dijadikan hamba. Apabila Fir’aun bertindak ganas dan melampaui batas hingga mencetuskan huru-hara, maka Allah utuskan Nabi Musa A.S untuk merubah keadaan pemerintahan Fir’aun.
“Dan ingatlah ketika Kami selamatkan kamu dari Fir’aun dan pengikut-pengikutnya, mereka menimpakan keatas kamu seksaan yang amat berat, mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan anak-anak perempuanmu. Dan yang demikian itulah cubaan-cubaan yang besar dari Tuhanmu.”Al-Baqarah: 49
Terdapat banyak kisah-kisah mengenai Fir’aun di dalam Al-Qur’an. Jika kita perhatikan fakta yang terdapat di dalam Al-Qur’an dan Bible jelas membuktikan bahawa Nabi Musa A.S telah lahir pada zaman pemerintahan Fir’aun Ramses 2 di Madyan dan pada ketika itu juga Fir’aun Ramses 2 meninggal dunia. Kesinambungan kisah Nabi Musa A.S berterusan hingga waktu pemerintahan Merneptah yang merupakan anak kepada Ramses 2. Apa yang lebih menarik, terdapat di dalam bible perjanjian lama surah ‘Exodus’ yang menceritakan situasi dimana Bani Israil dibawa keluar oleh Musa A.S. ini merupakan sejarah penting yang diceritakan di dalam bible bahkan banyak diceritakan di dalam Al-Qur’an. Perkataan ‘Exodus’ membawa maksud penghijrahan atau membawa keluar. Pernyataan ini dibuat ketika Musa A.S berumur 80 tahun dimana beliau menerima perintah Allah dan beliau memujuk Fir’aun untuk membebaskan saudaranya Nabi Harun A.S :
“ Lihat, aku mengangkat engkau sebagai Allah bagi Fir’aun, dan Harun, abngmu akan menjadi nabimu. Engkau harus mengatakan segala yang Kuperintahkan kepadamu, dan Harun abangmu, harus berbicara kepada firaun supaya dibiarkannya orang Israel itu pergi dari negerinya. Tetapi aku akan mengeraskan hati firaun dan aku akan memperbanyak tanda-tanda dan mukjizat-mukjizat yang kubuat di Tanah Mesir. Bilamana firaun tidak mendengarkan kamu, maka aku akan mendatangkan tangan-ku kepada Mesir dan mengeluarkan pasukan-ku, umat-ku, orang Israel dari tanah Mesir dengan hukuman-hukuman yang berat. Dan orang Mesir itu akan mengetahui bahawa akulah Tuhan, dan apabila aku mengacungkan tanganku terhadap Mesir membawa Israel keluar dari tengah-tengah mereka. Demikianlah diperbuat Musa dan Harun; seperti yang diperintahkan tuhan kepada mereka, demikianlah diperbuat mereka. Adapun Musa ketika itu 80 tahun dan Harun 83 tahun, ketika mereka berbicara kepada Fir’aun.Exodus: 1-7
p/s: ayat “Demikianlah diperbuat Musa dan Harun; seperti yang diperintahkan tuhan kepada mereka…membuktikan ayat ini telah diubah oleh manusia.
Sepertimana yang kita ketahui mengenai kehidupan Nabi Musa A.S semasa kecilnya, beliau dibawa masuk ke dalam Istana Fir’aun. Bilamana Fir’aun mengetahui tentang ramalan tukang tiliknya mengenai kelahiran Musa A.S yang akan menjatuhkan kerajaannya, Fir’aun dengan serta merta mengarahkan setiap bayi lelaki Bani Israil haruslah dibunuh secara kejam. Kerana terlalu bimbang, Ibu Nabi Musa A.S meletakkannya di dalam bakul dan menghanyutkannya ke sungai. Maka bergeraklah bakul itu hingga ke dalam Istana Fir’aun hinggalah Asiah isteri firaun menemui bayi comel (Musa A.S) dan membawa masuk ke dalam Istana.
Apabila Musa A.S meningkat dewasa, beliau mula bertindak menentang Fir’aun. Hinggalah pada suatu hari, secara tidak sengaja Musa terbunuh seorang hamba berbangsa ‘Kopti’ yang merupakan pengikut firaun. Kerana ketakutan Musa melarikan diri dari Mesir hingga ke Madyan dan bermalam di rumah Nabi Syu’aib A.S.
Ayat Al-Quran jelas membuktikannya pada 4 tahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad S.AW dari Mekkah ke Madinah. Pada ketika itu, jasad firaun yang dimumiakan terletak di ‘Necropolis of Thebes’ dimana ia bertentangan dengan Sungai Nil iaitu 7/8 kilometer dari Bandar Kaherah. Perkara ini tidak diketahui hinggalah pada kurun ke-18. Sepertimana Al-Qur’an menyebut tentang kewujudan jasad Fir’aun, pada Tahun 1898 jasad Merneptah, anak kepada Ramses 2 dan ‘Pharaoh of the Exodus’ yang dimumiakan ditemui di Thebes-King’s Valley, dimana ia dipindahkan ke Kaherah. Elliot Smith telah membuka balutan mumia tersebut pada 8th of July 1907. Dia telah member penjelasan lengkap di dalam bukunya yang bertajuk ‘The Royal Mummies’ pada tahun 1912.
Dr Maurice Bucaille yang menulis sebuah buku yang bertajuk ‘The Bible,The Quran and Science pada June 1975, menceritakan pengalamannya diberi kebenaran oleh Kerajaan Mesir untuk melakukan kajian. Sepanjang kajiannya dia dapati, banyak luka dan tulang-tulang yang masih kelihatan elok. Beliau membuat kesimpulan tentang wajah firaun yang didapati samada ada mati disebabkan banjir besar yang berlaku seperti yang tercatat dia dalam Al-Qur’an atau mati diakibatkan kejutan luar biasa. Beliau juga mendapati benarlah sepertimana yang Al-Qur’an telah jelaskan dan ternyata ia terbukti. Subhanallah.
Abu Hurairah, radiyallahu 'anhu, reported that the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, said:
"Let whosoever believes in Allah and in the Last Day either speak good or be silent. Let whosoever believes in Allah and in the Last Day honour his neighbour. Let whosoever believes in Allah and in the Last Day honour his guest."
[Al-Bukhari & Muslim]
Book of the Month
Buku ini membincangkan berkenaan pengenalan, sejarah perkembangan, pembawa agama, kitab suci, ajaran dan doktrin, upacara keagamaan, mazhab dan isu-isu semasa mengenai empat agama samawi atau monoteisme. Agama itu adalah Islam, Kristian, Yahudi dan Zoroaster. Ia ditulis dengan ringkas, padat dan mudah serta menggunakan pendekatan bercorak deskriptif dan sejarah bagi menyesuaikannya dengan pembaca daripada semua peringkat. Ia sesuai sebagai bacaan awal bagi mereka yang ingin mengetahui dan mendalami ilmu agama yang wujud di dunia pada hari ini.
A fascinating study by an engaging scholar-activist, this book provides a good cross-section of the critical issues in comparative religion between Islam, Judaism, Christianity and other faiths. The book begins by describing the human capacity to understand divine transcendence in all religion and defines the world communities (Ummahs) of various religions. It then compares the rights of religious minorities under Islam with the rights of Muslims in non-Muslim societies. A contrast of Muslim da'wah and Christian missionary work is also presented. Throughout the book, the author uses theological and doctrinal issues such as original sin to examine similarities and differences between the faiths.
This book, Trialogue of the Abrahamic Faiths, edited by the late Dr. Isma ‘il R. al Faruqf, is certain to be hailed as a historic milestone in Muslim-Christian-Jewish dialogue. Perhaps not since the early Middle Ages when the grand courts of Damascus, Baghdad, and Qurtubah (Cordova) witnessed numerous dialogues and debates between the adherents of these three Abrahamic faiths has there been a such suc-cessful effort made by religious scholars to communicate with one another on matters of faith and understanding. This book, readers may note, goes beyond the modern-day osten-sible studies in comparative religion, and each of the contributing scholars evinces an appreciation and more-than-cursory knowledge of all three faiths. The authors take up three major topics: The Other Faiths, The Nation-State as Form of Social Organization, and The Faith-Community as a Transnational Actor for Justice and Peace. Respectively, Jewish, Christian, and Muslim contributors offer their enlightened perspectives on the subject matter under each major topic. As Dr. al Faruqi points out in his introduction, this book had its in-ception when the American Academy of Religion (AAR) decided at its 1399/1979 convention to approach the Muslim-Jewish-Chrisitian Conference in an effort to sponsor a major dialogue on the Abrahamic faiths. The result is now history, and this book, which is a record of the statements presented at this conference, is a first step in this process which requires information about and understanding of the perspectives of the faiths concerned. He concluded that this publica-tion is an “act” of comparative religion “certain to open avenues for future thought and discussion,” and which hopefully will be followed by other scholars of the three faiths.