Hamba aR-Razzaq
Be not frightened when death draweth night, It is but the departure for this blessed home Think of the mercy and love of your Lord, Give thanks for His Grace and come without fear. What I am now, even so shall you be. For I know that you are even as I am. The souls of all men come forth from God. The bodies of all are compounded alike. Good and evil, alike it was ours. I give you now a message of good cheer. May God's peace and joy for evermore be yours."

SIMBOL DAN SECRET SOCIETY

Category: By Hamba Razzaq

ADA APA DENGAN SIMBOL?

Symbol adalah sesuatu lambang yang digunakan untuk menerangkan idea-idea dan emosi dimana ia dihasilkan bagi menerangkan sesuatu secara abstrak dan simbolik. Ia adalah berlawanan dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami secara terus. Menurut Max Weber, symbol merupakan elemen yang penting kepada Agama dimana terdapat sebahagian agama yang dapat dikenali dan diterangkan melalui symbol. Max Weber juga menyifatkan agama sebagai satu system agama yang suci. Jadi secara kesimpulannya, terdapat banyak agama-agama yang membawa ideology-ideologi melalui symbol. Sebagai contoh, dalam memahami agama dan apa-apa yang berkaitan dengan agama Mesir Kuno ‘Ancient Egypt’, terdapat banyak symbol yang telah ditafsirkan. Ada juga symbol-simbol yang bertujuan merosakkan pemikiran kita umat Islam sejak dahulu lagi hingga ke hari ini. Kita akan pergi kepada perbincangan lanjut.

APAKAH KAITANNYA SIMBOL DENGAN KUMPULAN RAHSIA ‘ SECRET SOCIETY’?

Perkataan ‘secret society’ atau kumpulan rahsia membawa maksud persatuan persaudaraan’fraternal’ yang berkemungkinan mempunyai upacara-upacara rahsia dan luar dari kebiasaan hinggalah kepada pembentukkan ‘mythical organizations’ pertubuhan khayalan. ‘Mythical Organizations’ di sini disifatkan sebagai kumpulan yang mempunyai ‘teori-teori konspirasi yang sangat kuat dan berahsia’. Dimana mereka mempunyai kekuatan ekonomi tersendiri, agenda politik, utility Global dan ada yang disifatkan ‘Luciferian’ atau penyembah Syaitan@Iblis.

Alan Axelrod yang merupakan penulis ‘ International Encyclopedia of Secret Societies and Fraternal Orders’ menyifatkan kumpulan rahsia mempunyai cirri-ciri berikut:

1. Ekslusif : dimana ia membawa maksud, hanya golongan-golongan tertentu sahaja layak menganggotainya seperti golongan elit, agama dan sebagainya.

2. Mempunyai Rahsia Tersendiri dan Istimewa.

3. Yang mempunyai kecenderungan yang sama dikalangan ahli-ahlinya.

Secara kesimpulannya ‘secret society’ sentiasa memainkan peranan dalam menyebarkan dakyah mereka melaui symbol. Dimana symbol-simbol yang mewakili kumpulan mereka terlalu ekslusif dan mempunyai maksud yang tersendiri. Di sini saya berpendapat, terdapat banyak kumpulan-kumpulan rahsia yang Berjaya meracuni pemikiran kita pada hari ini biarpun ia Nampak bersahaja tetapi cukup kuat dalam memesongkan akidah umat Islam.

Kita akan kupas satu persatu, bermula dengan perbincangan mesej disebalik symbol. Disini saya datangkan contoh symbol yang digunakan untuk menyampaikan mesej bahawa bukti Dajjal La’natullah wujud di mana-mana. Cuba kita perhatikan Lambang atau Logo ‘British Coat Of Arms’ ataupun Jata British. Seperti yang tertera di atas. Rahsia disebalik Lambang ini adalah seperti berikut:


1. KUDA- Lambang Kerajaan Yahudi ‘King David’ atau Nabi Daud.

2. SINGA&UNICORN – Lambang Bangsa Israel

3. RAJA SINGA- Lambang Syaitan@Anti-Christ’Dajjal’.

“ dan ia tinggal berdiri di pantai laut. Lalu aku melihat seekor binatang keluar dari dalam laut, bertanduk sepuluh dan berkepala tujuh, di atas tanduk-tanduknya terdapat sepuluh mahkota dan kepalanya tertulis nama-nama hujat. Binatang yang kulihat itu serupa dengan macan tutul, dan kakinya seperti kaki beruang dan mulutnya seperti mulut singa, dan naga itu memberikan kepadanya kekuatannya dan takhtanya dan kekuasaannya yang besar. Maka tampaklah kepadaku satu dari kepalanya seperti kena luka yang membahayakan hidupnya, tetapi luka itu sembuh, seluruh dunia hairan lalu mengikut binatang itu. Dan mereka menyembah naga itu, kerana ia memberikan kekuasaan kepada binatang itu. Dan mereka menyembah binatang itu sambil berkata: “siapakah yang sama seperti binatang ini? Dan siapakah yang dapat melawannya?”. Dan kepada binatang itu diberikan mulut, yang penuh kesombongan dan hujat, kepadanya diberikan kuasa untuk melakukannya empat puluh dua bulan lamanya. Lalu ia membuka mulutnya untuk menghujat Tuhan, menghujat nama-Nya dan khemah kediaman-Nya dan semua mereka mendiami Syurga. Dan ia diperkenankan untuk berperang melawan orang-orang kudus dan untuk mengalahkan mereka, dan kepadanya diberikan kuasa atas setiap suku dan umat dan bahasa dan bangsa. Dan semua orang yang mendiami bumi akan menyembahnya, iaitu setiap orang yang namanya tidak tertulis sejak dunia dijadikan di dalam kitab kehidupan dari Anak Domba yang telah disembelih. Barangsiapa bertelinga hendaklah mendengar!. Barangsiapa ditentukan untuk ditawan, ia akan ditawan, barangsiapa yang ditentukan untuk dibunuh dengan pedang, ia harus dibunuh dengan pedang. Yang penting disini ialah ketabahan dan Iman orang-orang kudus.

Binatang yang keluar dari dalam bumi.

“dan aku melihat seekor binatang lain keluar dari bumi dan bertanduk dua sama seperti anak domba dan ia berbicara seperti seekor naga. Dan seluruh kuasa binatang yang pertama itu dijalankannya di depan matanya. Ia menyebabkan seluruh bumi dan semua penghuninya menyembah binatang pertama, yang luka parahnya sudah sembuh. Dan ia mengadakan tanda-tanda yang dahsyat, bahkan ia menurunkan api dari langit ke bumi di depan mata semua orang. Ia menyesatkan mereka yang mendiami bumi dengan tanda-tanda yang telah diberikan kepadanya untuk dilakukannya di depan mata binatang itu. Dan ia menyuruh mereka yang mendiami bumi, supaya mendirikan patung untuk menghormati binatang yang luka oleh pedang, namun yang tetap hidup itu. Dan kepadanya diberikan kuasa untuk memberikan nyawa kepada patung binatang itu sehingga patung binatang itu berbicara dan bertindak begitu rupa sehingga semua orang, yang tidak menyembah patung itu dibunuh. Dan ia menyebabkan sehingga semua orang, kecil atau besar,kaya atau miskin, merdeka atau hamba, diberi tanda pada tangan kanannya atau pada dahinya. Dan tidak seorangpun dapat membeli atau menjual selain daripada mereka yang memakai tanda itu, iaitu binatang itu atau bilangan namanya. Yang penting disini ialah hikmat: barangsiapa yang bijaksana, baiklah ia menghitung bilangan binatang itu, kerana bilangan itu adalah bilangan seorang manusia, dan bilangannya ialah enam ratus enam puluh enam.” Wahyu 13 : 1-18

Daripada surah ‘Revelation’ yang terdapat di dalam bible jelas menceritan tentang symbol syaitan dan Dajjal. Apa yang penting di sini, tanda kewujudan dajjal berada di mana-mana sahaja. Di sini saya akan senaraikan beberapa lambing yang menyerupai ‘Jata British’ yang berkaitan dengan kemunculan dajjal antaranya ‘Lambang Kerajaan’ dan Negara :

1. Istana Burckingham

2. Philip Morris

3. Canada

4. Australia

5. Bangunan Kerajaan Scottish

6. London

Sebahagian daripada produk Rokok:

1. Marlboro

2. L & M Lights

3. 555

4. Benson & Hedges

Kesemua produk ini termasuk arak mengandungi lambang atau logo yang membawa maksud dajjal ada di mana-mana dalam merosakkan kualiti kehidupan kita sebagai umat Islam pada hari ini. Ini kerana persatuan rahsia yang menggerakkan misi dajjal dalam memusnahkan Islam. Kita lihat saja, bebarapa ramai dari kalangan umat Islam terpengaruh dengan ideology-ideologi yang memesongkan aqidah kita sehingga melahirkan pemimpin-pemimpin berjiwa Liberal dan Sekular. Nanti saya akan senaraikan kumpulan-kumpulan rahsia dan logo-logo yang berkaitan untuk perbincangan seterusnya.

2:40 p.m @ 28th October

 

0 comments so far.

Something to say?