Hamba aR-Razzaq
Be not frightened when death draweth night, It is but the departure for this blessed home Think of the mercy and love of your Lord, Give thanks for His Grace and come without fear. What I am now, even so shall you be. For I know that you are even as I am. The souls of all men come forth from God. The bodies of all are compounded alike. Good and evil, alike it was ours. I give you now a message of good cheer. May God's peace and joy for evermore be yours."

TANDA-TANDA QIAMAT & KEMUNCULAN DAJJAL (ANTI-CHRIST)3

Category: By Hamba Razzaq

TANDA-TANDA QIAMAT & KEMUNCULAN DAJJAL (ANTI-CHRIST)3

JASAD FIRAUN MASIH TERPELIHARA

Allah berfirman : “ Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir’aun dan bala tenteranya, kerana hendak menganiaya dan menindas(mereka); hingga apabila Fir’aun itu telah hamper tenggelam berkatalah dia: ‘Saya percaya bahawa Tiada Tuhan Melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk dari kalangan orang yang berserah diri(kepada Allah)’. Apakah sekarang baru kamu percaya, padahal sesungguhnya kamu telah derhaka sejak dahulu lagi, dan kamu tergolong dikalangan orang yang membuat kerosakan. Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pengajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lalai dan leka dari tanda-tanda dan kekuasaan Kami.” Yunus: 90-92

Ayat di atas jelas tentang jasad Fir’aun yang akan terpelihara hingga ke hari ini. Kita perlu melihat pada ayat ini dengan teliti kerana ia memberi mesej yang jelas dan penting. Pada tahun 1000 S.M iaitu lebih kurang 3000 tahun yang lalu Fir’aun merupakan pemerintah Dinasti Mesir yang menentang Nabi Musa A.S.. Di sini perlu diingatkan bahawa Fir’aun bukanlah nama seseorang atau individu tetapi nama sebuah DINASTI. Dinasti Fir’aun yang menguasai seluruh empayar mesir dengan kekuatan yang hebat dalam tempoh yang lama. Mereka dikatakan member sumbangan yang besar dalam membina pembangunan orang-orang Mesir.

Pengkaji Mesir dan ahli sains menyatakan pemerintah di Zaman Nabi Musa A.S adalah ‘ MERNEPTAH’ dimana dialah Fir’aun yang tenggelam di dalam laut merah ketika mengejar Musa A.S bersama pengikutnya. Allah telah mengurniakan mukjizat Nabi Musa A.S dengan membelah laut Merah untuk membenarkan Bani Israil menyeberangi laut merah. Setelah Bani Israel diselamatkan, kemudian Allah mencantumkan semula air laut yang telah dibelah Musa A.S, maka musnahlah fir’aun dan bala tenteranya ditelan air. Melalui kisah tersebut membuktikan, penemuan jasad Fir’aun merupakan tanda kebesaran Allah.

Fir’aun Merneptah telah mengaku dirinya tuhan dan memaksa rakyatnya patuh dan sembah kepadanya dengan berkata :

“ Maka berkatalah Fir’aun: Akulah Tuhan Kamu yang maha tinggi.” An-Nazi’at: 24

Untuk mempertahankan kedudukan dan kekuasaannya, Fir’aun telah membunuh ramai Bani Israil dan membiarkan perempuan-perempuan mereka hidup untuk dijadikan hamba. Apabila Fir’aun bertindak ganas dan melampaui batas hingga mencetuskan huru-hara, maka Allah utuskan Nabi Musa A.S untuk merubah keadaan pemerintahan Fir’aun.

“Dan ingatlah ketika Kami selamatkan kamu dari Fir’aun dan pengikut-pengikutnya, mereka menimpakan keatas kamu seksaan yang amat berat, mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan anak-anak perempuanmu. Dan yang demikian itulah cubaan-cubaan yang besar dari Tuhanmu.” Al-Baqarah: 49

Terdapat banyak kisah-kisah mengenai Fir’aun di dalam Al-Qur’an. Jika kita perhatikan fakta yang terdapat di dalam Al-Qur’an dan Bible jelas membuktikan bahawa Nabi Musa A.S telah lahir pada zaman pemerintahan Fir’aun Ramses 2 di Madyan dan pada ketika itu juga Fir’aun Ramses 2 meninggal dunia. Kesinambungan kisah Nabi Musa A.S berterusan hingga waktu pemerintahan Merneptah yang merupakan anak kepada Ramses 2. Apa yang lebih menarik, terdapat di dalam bible perjanjian lama surah ‘Exodus’ yang menceritakan situasi dimana Bani Israil dibawa keluar oleh Musa A.S. ini merupakan sejarah penting yang diceritakan di dalam bible bahkan banyak diceritakan di dalam Al-Qur’an. Perkataan ‘Exodus’ membawa maksud penghijrahan atau membawa keluar. Pernyataan ini dibuat ketika Musa A.S berumur 80 tahun dimana beliau menerima perintah Allah dan beliau memujuk Fir’aun untuk membebaskan saudaranya Nabi Harun A.S :

“ Lihat, aku mengangkat engkau sebagai Allah bagi Fir’aun, dan Harun, abngmu akan menjadi nabimu. Engkau harus mengatakan segala yang Kuperintahkan kepadamu, dan Harun abangmu, harus berbicara kepada firaun supaya dibiarkannya orang Israel itu pergi dari negerinya. Tetapi aku akan mengeraskan hati firaun dan aku akan memperbanyak tanda-tanda dan mukjizat-mukjizat yang kubuat di Tanah Mesir. Bilamana firaun tidak mendengarkan kamu, maka aku akan mendatangkan tangan-ku kepada Mesir dan mengeluarkan pasukan-ku, umat-ku, orang Israel dari tanah Mesir dengan hukuman-hukuman yang berat. Dan orang Mesir itu akan mengetahui bahawa akulah Tuhan, dan apabila aku mengacungkan tanganku terhadap Mesir membawa Israel keluar dari tengah-tengah mereka. Demikianlah diperbuat Musa dan Harun; seperti yang diperintahkan tuhan kepada mereka, demikianlah diperbuat mereka. Adapun Musa ketika itu 80 tahun dan Harun 83 tahun, ketika mereka berbicara kepada Fir’aun. Exodus: 1-7

p/s: ayat “Demikianlah diperbuat Musa dan Harun; seperti yang diperintahkan tuhan kepada mereka…membuktikan ayat ini telah diubah oleh manusia.

Sepertimana yang kita ketahui mengenai kehidupan Nabi Musa A.S semasa kecilnya, beliau dibawa masuk ke dalam Istana Fir’aun. Bilamana Fir’aun mengetahui tentang ramalan tukang tiliknya mengenai kelahiran Musa A.S yang akan menjatuhkan kerajaannya, Fir’aun dengan serta merta mengarahkan setiap bayi lelaki Bani Israil haruslah dibunuh secara kejam. Kerana terlalu bimbang, Ibu Nabi Musa A.S meletakkannya di dalam bakul dan menghanyutkannya ke sungai. Maka bergeraklah bakul itu hingga ke dalam Istana Fir’aun hinggalah Asiah isteri firaun menemui bayi comel (Musa A.S) dan membawa masuk ke dalam Istana.

Apabila Musa A.S meningkat dewasa, beliau mula bertindak menentang Fir’aun. Hinggalah pada suatu hari, secara tidak sengaja Musa terbunuh seorang hamba berbangsa ‘Kopti’ yang merupakan pengikut firaun. Kerana ketakutan Musa melarikan diri dari Mesir hingga ke Madyan dan bermalam di rumah Nabi Syu’aib A.S.

Ayat Al-Quran jelas membuktikannya pada 4 tahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad S.AW dari Mekkah ke Madinah. Pada ketika itu, jasad firaun yang dimumiakan terletak di ‘Necropolis of Thebes’ dimana ia bertentangan dengan Sungai Nil iaitu 7/8 kilometer dari Bandar Kaherah. Perkara ini tidak diketahui hinggalah pada kurun ke-18. Sepertimana Al-Qur’an menyebut tentang kewujudan jasad Fir’aun, pada Tahun 1898 jasad Merneptah, anak kepada Ramses 2 dan ‘Pharaoh of the Exodus’ yang dimumiakan ditemui di Thebes-King’s Valley, dimana ia dipindahkan ke Kaherah. Elliot Smith telah membuka balutan mumia tersebut pada 8th of July 1907. Dia telah member penjelasan lengkap di dalam bukunya yang bertajuk ‘The Royal Mummies’ pada tahun 1912.

Dr Maurice Bucaille yang menulis sebuah buku yang bertajuk ‘The Bible,The Quran and Science pada June 1975, menceritakan pengalamannya diberi kebenaran oleh Kerajaan Mesir untuk melakukan kajian. Sepanjang kajiannya dia dapati, banyak luka dan tulang-tulang yang masih kelihatan elok. Beliau membuat kesimpulan tentang wajah firaun yang didapati samada ada mati disebabkan banjir besar yang berlaku seperti yang tercatat dia dalam Al-Qur’an atau mati diakibatkan kejutan luar biasa. Beliau juga mendapati benarlah sepertimana yang Al-Qur’an telah jelaskan dan ternyata ia terbukti. Subhanallah.

Allah Maha Hebat. 1:13 p.m 27 Oktober 2009

 

0 comments so far.

Something to say?