Hamba aR-Razzaq
Be not frightened when death draweth night, It is but the departure for this blessed home Think of the mercy and love of your Lord, Give thanks for His Grace and come without fear. What I am now, even so shall you be. For I know that you are even as I am. The souls of all men come forth from God. The bodies of all are compounded alike. Good and evil, alike it was ours. I give you now a message of good cheer. May God's peace and joy for evermore be yours."

TANDA-TANDA KEMUNCULAN DAJJAL (ANTI-CHRIST)

Category: By Hamba Razzaq
TANDA-TANDA KEMUNCULAN DAJJAL (ANTI-CHRIST)

Mempercayai akan datangnya hari Qiamat merupakan salah satu kepercayaan utama bagi ketiga-tiga agama samawi iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Jika dilihat dari perspektif Islam sendiri keimanan atau kepercayaan terhadap datangnya hari Qiamat terdapat di dalam Rukun Iman yang menjadi tunggak kepada seorang Muslim, bahkan di dalam Al-Quran banyak menyebut tentang datangnya hari Qiamat serta tanda-tandanya. Disamping itu Hadith juga banyak mengungkapkan tentang tanda-tanda kecil dan besar. Ini tersangatlah jelas jika kita merujuk kedua-dua sumber utama iaitu Al-Quran dan Al-Hadith. Tanda-tanda Qiamat di dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar.

Di sini kita akan membincangkan tanda-tanda besar yang akan berlaku dan sebahagian daripada tanda-tanda itu sedang berlaku dan ke arah itu. Kita akan melakukan sedikit perbandingan antara 3 Agama samawi bermula dengan Islam. Antara tanda-tanda besar Qiamat di dalam Islam adalah akan muncul Imam Mahdi, Nabi Isa A.S dan Dajjal La’natullah ‘alaih. Dimana akan berlaku peperangan besar dalam menentang Dajjal yang akan menyesatkan ummat manusia. Jadi disini, Dajjal merupakan sejenis makhluk yang disifatkan oleh Rasulullah di dalam hadithnya:
Ibn Shihaab meriwayatkan dari ‘Umar ibn Ath-Thaabit Al-Ansaree sebahagian daripada sahabat-sahabat Rasulullah memberitahu “ Suatu hari Rasulullah memberi amaran kepada semua tentang Dajjal dengan mengatakan ‘sesungguhnya perkataan Kaafir tertulis diantara matanya dan barangsiapa yang beriman akan jelas dapat melihat....’”
Dan terdapat juga sifat-sifat dajjaal yang lain seperti, mempunyai satu mata dimana disifatkan matanya agak terkeluar sedikit seperti sebiji anggur.
(sila rujuk buku : BOOK OF THE END, GREAT TRIALS AND TRIBULATIONS. By Al-Hafiz Ibn Katheer Dimashqi. Terbitan Darussalam).

APA KATA KRISTIAN?

Menurut kepercayaan Kristian, apabila hampir kepada hari Qiamat akan berlaku 7 malapetaka yang akan menentang manusia. Pertama, akan muncul Naga yang besar yang disifatkan sebagai Syaitan. Kemudian akan muncul gergasi yang sangat ganas yang mempunyai 7 kepala dan 10 tanduk. Dan akhir sekali, pengikut makhluk gergasi ini akan muncul yang digelar ‘false prophet’ atau nabi palsu atau lebih dikenali dengan nama Anti-Christ. Inilah sebenarnya yang dimaksudkan menurut kepercayaan orang Kristian. Anti-Christ@nabi palsu ini akan mengetuai tentera syaitan dan akan menentang tentera Tuhan. Kemudian, tentera-tentera Syaitan ini akan berkumpul di satu tempat yang dinamakan dalam bahasa Hebrew ‘Armageddon’.

Dan tiba-tiba akan muncul seekor kuda putih yang membawa pahlawan utusan ‘divine warrior’ yang diutuskan khas dari syurga. Pahlawan ini dikatakan sebagai Firman Tuhan ‘ The Word Of God’ yang dianggap oleh orang kristian adalah Jesus Christ@Isa yang akan mengetuai tentera-tentera syurga. Dimana peperangan yang banyak menumpahkan darah ini akan meletus bagi menentang gangguan atau malapetaka bumi seperti wabak dan gempa bumi. Kemudian 3 ekor syaitan akan dikalahkan, makhluk gergasi yang ganas dan nabi palsu akan dihumban hidup-hidup ke dalam sulfur yang dibakar. Menurut surah ‘Revelation’ atau ‘Wahyu’, tuhan tidak akan memenjarakan sesiapapun kecuali syaitan, dimana ia akan dipenjarakan di dalam lubang yang sangat dalam. Kemudian manusia akan hidup aman damai selama seribu tahun sahaja. Kerana selepas seribu tahun Iblis akan dibebaskan untuk menghasut ‘Gog and Magog’ yang dikenali sebagai Ya’juj dan Ma’juj di dalam Islam. (sila rujuk Revelation: chapter 20). Kemunculan kedua Iblis@Syaitan akan meletuskan peperangan kedua sehinggalah apabila peperangan ini berakhir kesemua musuh-musuh tuhan sudahpun dimusnahkan. Maka Jerusalem akan menjadi aman dan damai dan Jesus akan mentadbir dunia sehingga tiada kematian dan peperangan lagi.

APA KATA YAHUDI?

Orang yahudi tidak mempercayai bahawa akan wujudnya peperangan besar, tetapi mereka mempercayai bahawa apabila tiba waktunya akan turun Al-Masih, dia akan membina semula Haikal atau Kuil Sulaiman ‘Temple of Solomon’ yang kononnya merupakan kuil pertama yang dibina oleh Raja Sulaiman. Kuil ini telah dimusnahkan pada tahun 586 Sebelum Masehi oleh tentera Babilon. Dengan kedatangan Al-Masih, mereka percaya bahawa Jerusalem akan menjadi penempatan sepenuhnya orang Yahudi dan tidak ada lagi Masjid-masjid orang Islam di sana, begitu juga dengan populasi orang Islam di sana. Walaubagaimanapun, mereka tetap percaya tentang tanda-tanda kedatangan Al-Masih sudahpun kelihatan dan ia mungkin tidak akan mengambil masa yang lama. Pada mereka, penantian beribu-ribu tahun akhirnya tiba. Dalam mempercepatkan proses kedatangan Al-Masih, mereka merobohkan masjid –masjid sebagai persediaan menanti kedatangan Al-Masih. Manakala kumpulan Anti-Islam sentiasa bergerak dengan pantas. Orang yahudi, walaupun mempunyai hubungan yang agak tegang dengan Kristian, tetapi mereka masih memerlukan dana daripada penyokong Kristian. Kita dapat lihat sedikit ketegangan di sini tetapi pada mereka, tidak perlu berkompromi atau bertolak ansur kerana Tuhan mengurniakan Israel hanya untuk orang-orang Yahudi.
(sila rujuk: RACING TOWARD ARMAGEDDON, The Three Great Religions and the Plot to The End the World. By Michael Baigent)

'Abd Ar-Razzaq Jamaal el-Din Ash-Sha'ariy Al-Fataniyy


 

4 comments so far.

  1. dunk October 24, 2009 at 12:07 AM
    Ehh setahu aku yang aku baca Yahudi percaya bila mereka pulang beramai2 ke Promised Land (Jerusalem) and mentadbir kerajaan Tuhan kat sana..dan Messiah akan menjadi raja dorang..tu pasal dorang skarang berebut tanah dengan org palestine sbb nak fulfill kan prophecy tu..
  2. Hamba Razzaq October 24, 2009 at 8:45 AM
    Bukankah mereka sudah pulang ke promise land diorang dah? Perasan tak diorang memang dalam proses utk merobohkan dome of rock and masjidil aqsa... Diorang sebenarnya nak rebuild temple of solomon... Saudara perlu perluaskan bacaan quran, hadis, bible dan beberapa buah buku lain... Kalau nak katadiorang kuasai jerusalem... Dari zaman nabi yusha' keatas diorang dah boleh jajah balik... Tapi disebabkan diorang nak berpuak2 gak sesama diorang... Maka keluarlah mereka semula dari kan'an dan merempat...sebbab tu Lah juga Allah bagi mukjizat pdnabi Musa keluarkan air dari batu sebanyak 12 lubang. Kenape? Jawab sendiri....
  3. Dempsey May 18, 2011 at 10:29 AM
    apa sbb nye Mukjizat nabi musa tu?bole sye tahu
  4. Razni June 30, 2012 at 3:05 PM
    mungkin ada persamaannya dengan cerita Lost Tribe.

Something to say?