Hamba aR-Razzaq
Be not frightened when death draweth night, It is but the departure for this blessed home Think of the mercy and love of your Lord, Give thanks for His Grace and come without fear. What I am now, even so shall you be. For I know that you are even as I am. The souls of all men come forth from God. The bodies of all are compounded alike. Good and evil, alike it was ours. I give you now a message of good cheer. May God's peace and joy for evermore be yours."

SEKULARISME

By Hamba Razzaq
Barat sepertimana yang diketahu umum, adalah kuasa besar yang telah dan sedang menguasai dunia dengan pelbagai medium dan cara. Barat lebih mudah dikenali sebagai kuasa dunia utama kerana semua pihak tertumpu dan memberi perhatian penuh kepadanya bermula dari aspek politik, ekonomi, teknologi, media, masyarakat, agama dan sebagainnya.
​Dalam membincangkan isu bagaimana barat meluaskan pengaruhnya, di sini terdapat dua sebab utama barat menguasai umat Islam dan Negara Islam. Melalui penjajahan Fizikal dan Ideologi atau pemikirian. Penjajahan Fizikal, adalah seperti kita sedia maklum bahawa, barat telah menguasai Negara-negara Islam melalui fasa-fasa penjajahan yang dilakukan kepada hampir kesemua Negara-negara Islam termasuk Tanah Melayu. Manakala penjajahan Ideologi atau pemikiran adalah penjajahan yang lebih kepada perubahan paksi dan bentuk pemikiran semasa. Ia merupakan strategi yang paling berkesan dalam mengubah segala ideology yang berbentuk keagamaan kepada ideologi moden yang lebih bersifat ‘Polytheistic’ dan ‘Atheist’. Kedua-dua sebab utama perluasan pengaruh barat terhadap umat Islam mempunyai kesinambungan strategi.

SEKULARISMA
​Punca utama yang dilakukan barat dalam meluaskan pengaruhnya adalah sekularisma. Ia merupakan bentuk penjajahan pemikiran yang paling berkesan dalam merubah pemikiran dan gaya hidup Umat Islam. Sekularisma secara literalnya berasal dari perkataan Latin ‘saeculum’ yang bermaksud ‘contemporary events’, iaitu konsepnya adalah merujuk kepada keadaan dunia semasa. Manakala secara teknikalnya ‘Secularization’ bermaksud pembawaan atau perubahan manusia dari agama kemudian dari penguasaan Metafizikal ke atas logik akal dan bahasa. Sekularisma juga bukan sekadar mengubah aspek politik dan kehidupan sosial manusia tetapi menghapuskan kebudayaan yang dikatakan berkait rapat dengan agama. Oleh itu, jelaslah bahawa sekularisma ini pemisah antara fungsi kehidupan beragama dan urusan kehidupan manusia seharian.
​Sekularisma juga dikatakan agen penghapus prinsip-prinsip ‘monotehism’ atau Ketauhidan yang sebenarnya. Dimana jika kita lihat dengan adanya fahaman sekularisma, ia mengubah fungsi Masjid yang sebenar kepada sangat terhad iaitu Masjid hanyalah sekadar tempat untuk beribadah dan berzikir. Manakala urusan selain daripada beribadah adalah tidak wajar dilaksanakan. Maka dengan itu, terhentilah fungsi masjid yang lain seperti pusat menuntut ilmu, kebajikan sesama Muslim, pengerat hubungan sesama Muslim dan sebagainya.
​Berbalik semula kepada sejarah bagaimana Barat meluaskan pengaruhnya dalam menyebarkan fahaman Sekularisma terhadap umat Islam, seperti yang kita sedia maklum bahawa Barat cuba meluaskan pengaruhnya dengan penjajahan, lalu mereka menjajah hampir sebilangan besar Negara-negara Islam seperti Andalusia, Turki, Palestin, Malaysia, Iraq dan sebagainya. Pergerakan dakyah mereka dalam dalam meracuni pemikiran Umat Islam adalah dengan menguasai Negara dan pentadbirannya. Seterusnya barulah mereka melancarkan ‘ peperangan pemikiran ‘ yang sering disebut oleh cendiakawan-cendiakawan Islam.
Dalam mendatangkan contoh bagi setiap strategi barat dalam menjajah pemikiran Umat Islam, Turki telah menjadi iktibar kepada seluruh umat islam . Dimana Turki sebelum penjajahan merupakan Pusat Utama Politik bagi dunia Islam ketika pemerintahan Khalifah Uthmaniah. Ketika itu, barat telah meniupkan hasutan dan semangat menjatuhkan kerajaan khalifah uthmaniah kepada pengganut Kristian dan Yahudi. Lalu mereka bekerjasama dalam memastikan kejatuhan pemerintahan khalifah kepada mereka. Wakil Yahudi yang sangat berpengaruh ketika itu adalah Medhat Pasha yang dikatakan menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk melantik pentad-pentadbir Turki dikalangan Yahudi dengan berselindung dibawah slogan ‘kebebasan hak’. Tetapi malangnya kebebasan itu hanyalah ditujukan kepada pengikutnya Yahudi yang sudah lama menantikan saat kejatuhan Empayar Uthamniah dan seterusnya bagi memastikan rancangan mereka Berjaya bagi mendapatkan Palestin. Maka dengan itu, Barat telah menggelar Pasha sebagai ‘The Father of Freedom’ dimana dia telah diiktiraf kerana telah memperjuangkan nasib kaum minority di turki iaitu Yahudi dengan berjanji akan memastikan nasib kaum minoriti itu terbela di bawah perlindungan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.
​Disamping itu, dalam memastikan strategi mereka dalam memperluaskan fahaman sekularisma, mereka telah memilih Kemal Attarturk sebagai pemimpin moden dengan melibatkannya dengan perperangan dengan Greece yang akhirnya membawa kemenangan kepadanya dan seterusnya mengukuhkan peranannya sebagai pemerintah Turki terulung dengan memainkan peranan menjatuhkan nilai-nilai Islam dan membangunkan Sekularisma di Turki sehinngalah Kemal Attarturk Berjaya memisahkan Turki daripada Negara-negara Islam dari seluruh dunia. Setelah Kemal Attarturk berkuasa di Turki, perkara yang dilakukannya adalah dengan menangkap, memenjarakan dan membunuh semua ilmuan-ilmuan Islam di Turki. Pada ketika itu, seorang ilmuan terulung turki Mustafa Sabri telah dibunuh di Mesir ketika lari dari negaranya Turki. Banyak institusi-institusi pengajian Islam dihapuskan oleh Kemal Attarturk pada ketika itu. Dan dia telah menghapuskan Azan di dalam bahasa arab serta melarang sebarang penulisan di dalam bahasa arab. Seterusnya Kemal Attarturk menggantikan bahasa dan tulisan arab kepada huruf Latin. Dia juga memperkenalkan pakaian-pakaian barat kepada seluruh rakyat Turki bagi mengubah cara hidup mereka.
Diantara strategi yang lain adalah, memilih wakil-wakil Muslim di Turki yang mempunyai minat mendalam terhadap Sekularisma. Ini membuatkan musuh-mush Islam Yahudi dan Krsitian dengan keterbukaan mereka terhadap pengamal fahaman sekular di kalangan Muslim, mereka telah menaja ramai pengamal fahaman Sekular dari kalangan muda-mudi dengan menghantar mereka belajar di luar Negara iaitu Negara barat. Seterusnya mereka dapat menguasai ilmu dari barat dan ilmu-ilmu pentadbiran barat. Apabila mereka pulang ke Negara mereka semula, mereka akan menjadi seperti orang kelas atasan yang digelar sebagai ‘enlightened’ atau manusia yang membawa ‘perubahan’ besar di dalam masyarakat. Setelah mereka diberi jawatan besar di dalam pentadbiran, mereka akan diajar mengenai pentadbiran dan kuasa. Setelah mereka berkuasa mereka pula akan diajar bekerja untuk merebut jawatan tertinggi seterusnya melawan menentang ilmuan-ilmuan Islam dan aktivis Muslim yang lain. Mereka ini merasa yakin dengan tindakan mereka dan menggunakan kuasa mereka untuk menyebarkan fahaman mereka terhadap Muslim yang lain. Tanpa mereka sedar bahawa mereka telah dipergunakan barat, mereka telah menjatuhkan reputasi pemerintahan Kerajaan Turki sehinggalah mereka mendapat tentangan hebat dari masyarakat Muslim Turki. Apabila rakyat mula menentang, begitu juga agamawan-agamawan mula membenci kerajaan kerana telah membawa pengaruh sekular yang kuat terhadap masyarakat Muslim di Turki, barulah mereka sedar bahawa mereka berada di dalam situasi yang merbahaya. Lalu mereka mula untuk menjadikan cendiakawan dan ilmuan islam kelihatan asing dari pandangan kerajaan dan berusaha melemahkan pengaruh politik yang dibawa oleh ilmuan Islam. Melalui cara ini, pengamal fahaman sekular berharap agar dapat menangani masalah ilmuan islam dari membawa sebarang semangat kebangkitan dan kesedaran politik di dalam Negara. Seterusnya mereka dapat bekerja keras dalam menyusun strategi untuk menghapuskan sebarang pembangunan institusi-institusi keagamaan yang sudah pasti akan menghalang objektif mereka dalam meracuni pemikiran rakyat Turki.

Sebagai kesimpulan kepada penyebaran sekularisma di turki, boleh kita kategorikan dalam beberapa fasa :
Fasa Pertama : pengamal sekularisma mempraktikkan segala budaya barat bagi memperbaharui bentuk system pentadbiran sedia ada kepada pemerintahan budaya barat.
Fasa kedua​: setelah mereka yakin dengan fahaman sekular yang dibawa mereka dengan menguasai seluruh rakyat, mereka mula meletakkan tekanan di dalam pentadbiran supaya dapat mempertahankan kuasa dan fahaman sekular dengan mempercepatkan proses penerapan nilai-nilai barat di kalangan masyarakat turki.
Fasa ketiga​: ketika ini pengamal fahaman secularism mula memainkan sentiment keagamaan bagi menentang ilmuan-ilmuan dan aktivis-aktivis Islam. Mereka mula bercakap menentang dengan jelas ajaran-ajaran Islam dengan slogan “ Religion is for Allah, but the Nation is for everyone”
Fasa keempat​: pada saat-saat terakhir kejatuhan kerajaan uthmaniah, ketikamana turki menghadapi masalah layanan ketenteraan yang serius serta politik dan ekonomi yang merudum, ketika inilah pengamal fahaman sekluarisma mengambil peluang terhadap kelemahan tersebut. Mereka bangun dengan berani menentang kerajaan khalifah uthmaniah dan bekerjasama dengan Yahudi dan Kristian bagi memastikan kejatuhan pemerintahan khalifah uthmaniah.
Kaedah-kaedah penyebaran sekularisma di dalam masyarakat.
Terdapat pelbagai kaedah dan cara dalam meyebarkan fahaman sekularisma di kalangan masyarakat Turki, antaranya ialah :
1. Menghapuskan identiti Islam , institusi dan nilai-nilai islam dalam lingkungan kemasyarakatan. Mereka menggunakan media untuk mempromosikan gaya hidup barat seterusnya menghapuskan nilai-nilai islam dari pandangan masyarakat. Begitu juga dari segi politik dan pendidikan, dimana mereka merubah paksi pemikiran dan ideologi Islam dari sistem tersebut. Kesannya pincanglah segala panduan hidup masyarakat dari cara hidup islam yang sebenar. Mereka juga mengubah bentuk pemakaian islam kepada fesyen terkini barat. Begitu juga perubahan bahasa, oleh kerana bahasa arab merupakan bahasa utama dalam pendidikan ketika kerajaan khalifah uthmaniah, maka mereka dengan rakus menukar bahasa tersebut kepada tempatan dan bahasa inggeris sehinggakan Azan telah ditukar kepada bahasa tempatan. Arahan ini jelas daripada Kemal Attarturk.
2. Mempengaruhi perubahan sosial berorientasikan Wanita. Mereka sedar bahawa wanita boleh dieksploitasi bagi membawa perubahan besar dalam pemikiran masyarakat dengan menimbulkan isu-isu kelemahan wanita agar wanita bangkit memperjuangkan hak-hak mereka. Seterusnya mereka Berjaya menghasilkan institusi-institusi dan pertubuhan-pertubuhan yang semakin jauh dari nilai-nilai Islam.
3. Eksploitasi kaum minority dengan sensitivity agama. Mereka menggunakan kaum minority seperti Yahudi dan Kristian untuk memperjuangkan hak mereka, seterusnya menekan pentadbiran uthmaniah dalam perlaksanaan undang-undang islam. Dengan memperjuangkan hak mereka, kaum minority ini dijadikan sebagai halangan dalam perlaksanaan undang-undang islam. Mereka begitu nekad melakukan sebegini adalah kerana mereka yakin akan mendapat sokongan dari musuh-mush islam iaitu yahudi dan kristian.
















PENYELESAIAN BAGI MENANGANI DAN MENGHADAPI BARAT.
Setelah membincangkan bagaimana barat menguasai dan menjajah umat islam, perlulah kita membincangkan jalan penyelesaian bagi bentuk penjajahan pemikiran yang dilancarakan barat setelah sekian lama. Syed Muhammad Naquib Al-Attas menyediakan beberapa resolusi bagi menghadapi penjajahan barat dalam bentuk pemikiran terutama bagi menghadapi Sekularisma yang menghancurkan nilai-nilai Islam.
​Melalui proses yang dipanggil ‘Dewesternization of Knowledge’ ataupun dikenali sebagai mebuang unsur-unsur barat yang telah memisahkan agama dari segalanya. Melaui proses ini, kita perlu mengenal sifat ilmu pengetahuan yang sebenarnya dimana ilmu adalah bersifat sejagat dan memenuhi kehendak akal manusia dari segi fizikal dan spiritual. Ilmu harus dipandu oleh Wahyu bagi memastikan kemurnian ilmu dapat dihayati oleh setiap manusia. Jadi segala unsur memisahkan sumber Wahyu dalam Ilmu adalah satu tindakan yang berlaku terutamanya dalam sekularisma. Ia harus dibuang sama sekali dari segala aspek yang memisahkan unsur ketauhidan di dalam sesuatu aspek terutamanya di dalam aspek pendidikan. Disebabkan terlalu banyak teori-teori sains dan sebagainya yang jelas menggabungjalinkan antara pemikiran atheist dan rasional. Maka amat perlulah setiap ilmu itu berpandukan Wahyu atau disebut sebagai ‘revealed knowledge’.
Seterusnya beliau juga menyebutkan mengenai ‘Islamization of Knowledge’ iaitu menjadikan setiap ilmu pengetahuan itu berbentuk islam yang terpandu kea rah nilai-nilai Islam. Secara umumnya beberapa panduan yang diberikan dalam melaksanakan Sistem pendidikan yang berasaskan Islam. Dalam melaksanakan sistem tersebut, perlulah merujuk kepada tujuh penerapan nilai di dalam sesebuah ilmu :
1. Konsep Agama ( deen )
2. Konseep Kemanusiaan ( insan )
3. Konsep Pengetahuan ( ‘ilm wa ma’rifah )
4. Konsep Kebijaksanaan ( hikmah )
5. Konsep Keadilan ( ‘adl )
6. Konsep Ketatasilaan ( adab )
7. Konsep Universiti ( Kulliyyah – jami’iah )
Merujuk kepada konsep-konsep yang bentangkan Syed Muhammad Naquib Al-Attas secara umunya adalah penyelesaian terbaik dalam memperhalusi sistem pendidikan berlandaskan Wahyu dan Islam. Proses Islamisasi juga tidak tertumpu kepada ilmu pengetahuan semata-mata tetapi haruslah dilihat juga kepada pembangunan system kewangan dan perbankan Islam dan ekonomi Islam kerana ia sudah menjadi keperluan Muslim hari ini setelah mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menyokong apa jua pembangunan institusi Islam.
​Selain daripada itu, peranan Dakwah juga perlu diperhebatkan dan diperkukuhkan bagi menghadapi permasalahan ini. Dakwah perlu lebih kelihatan strategik dan kemas mengikut keadaan semasa dan setiap muslim perlu berperanan dalam menyampaikan dakwah. Dakwah tidak semestinya untuk menarik Non-Muslim memeluk Islam tetapi sepatutnya memberi impak yang besar terhadap perkembangan akhlak atau moral yang baik dan sihat, menunjukkan sikap yang mulia, melahirkan hikmah atau kebijaksanaan dalam mengatur strategi serta menjadi contoh kepada yang lain. Begitu juga sifat dan sikap da’ie yang selalu peka terhadap persekitaran melalui personaliti Muslim yang kukuh dan mantap seterusnya menjadikan Non-Muslim dapat merasakan hubungan kerohanian dengan keindahan Islam. Jadi seharusnyalah setiap Muslim perlu sentiasa berpandukan dan berlandaskan kepada dua perlembagaan utama iaitu Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan dalam menghadapi segala kemungkinan disamping mempunyai kesedaran yang kuat dalam menyembuhkan ‘barah’ atau penyakit masyarakat Muslim terhadap permasalahan pengaruh budaya barat yang semakin berleluasa. Jadi mereka dapat menghadapinya dengan mudah jika kesedaran itu tinggi. Ismail Faruqi di dalam bukunya ‘ Islam and other Faiths’ menggariskan beberapa panduan dakwah bagi menhadapi penjajahan pemikiran dari barat sebagai benteng bagi umat Islam. Ini bermakna dalam mengahdapi masalah fahaman Sekularisma ini, jelaslah bahawa wujud unsur-unsur kristianisasi secara halus. Bukan sekadar kita perlu memahami dakyah kristianisasi dari barat yang disalurkan secara langsung di bawah fahaman secular, tetapi menyediakan dakwah mengenai kefahaman yang jelas tentang hak orang bukan Islam di bawah undang-undang Islam dari aspek social dan kebudayaan. Ini bagi menjelaskan kepada bukan Islam bahawa apa yang mereka fikirkan selama ini adalah salah faham terhadap konsep keadilan undang-undang Islam yang kononnya sangat ekstreme serta melampaui norma-norma kebudayaan manusia.
​Begitu juga dengan peranan Masjid yang perlu diperluaskan lagi dengan menjadikannya sebagai sebuah institusi Islam yang mantap dari segi gerak kerja dalam menyebarkan Ilmu bagi menaiktaraf cara pemikiran Muslim serta Sahsiah mereka. Dengan itu, Muslim akan memandang Masjid bukanlah sekadar tempat beribadah malah menjadi institusi penyebaran ilmu sepertimana yang telah berlaku di Mesir suatu ketika dahulu apabila Masjid Al-Azhar telah berjaya melahirkan Universiti Al-Azhar yang dikagumi ramai serta berperanan besar terhadap ‘dakwah Islamiah’. Peranan Masjid hari ini perlu diperluaskan dengan menganjurkan program-program dan aktiviti-aktiviti ilmiah yang mampu menarik minat terhadap semua golongan mendekati Masjid termasuk bukan Islam. Membataskan fungsi masjid akan membuatkan ramai Muslim merasakan aktiviti mereka terhad hanya sekadar solat dan berzikir.
​Media yang merupakan sumber arus perdana dalam menyalurkan maklumat terkini juga harus melalui proses Islamisasi dengan membangunkan saluran-saluran yang berbentuk Islamik dan mempromosi identity Islam sebenar dengan memfokuskan kepada kesedaran Akhlak dan moral yang tinggi. Begitu juga dengan penghasilan filem-filem berunsur ketuhanan dan Akhlak mulia bagi menarik minat Muslim dan Non-Muslim menghayati Islam pada ajaran sebenar dan bukan lagi pada teori barat yang menyembunyikan segala keindahan Islam. Dengan adanya saluran alternatif ini, ia sangat membantu dalam pembangunan Sahsiah Muslim seterusnya menjadi satu tanda bahawa Islam adalah cara hidup yang terbaik dengan membawa ajaran yang berasaskan Wahyu (revealed knowledge). Dokumetari mengenai Islam harus diperluaskan bagi memberi kefahaman yang jelas kepada semua. Mesej-mesej ketuhanan amat diselitkan bagi menyedarkan golongan secular dan rasionalis bahawa kesedaran hidup beragama dan bertuhan adalah satu motivasi bagi pembangunan moral dan sahsiah. Media cetak juga harus bergerak selari dalam menyebarkan mesej-mesej islam melalui penghasilan penulisan berbentuk makalah, akhbar dan juga blog-blog yang menjadi fenoma masyarakat dunia mendapatkan maklumat. Melalui saluran ini juga mesej dapat disalurkan degan pantas.
​Sejajar dengan perkembangan kemajuan pendidikan umat Islam hari ini, beberapa siri dialog intelek atau seminar-seminar kefahaman Islam yang boleh dilakukan bagi menyampaikan mesej yang jelas kepada Muslim dan juga bukan Islam, ini termasuklah dialog antara agama seperti yang dilakukan oleh beberapa pertubuhan islam antarabangsa bagi mendidik masyarakat untuk memahami Islam dengan lebih dekat dan jelas tanpa sebarang keraguan yang dihadapi oleh bukan Islam selama ini. Sessi dialog atau seminar ini mampu menarik minat pelbagai pihak dari pelbagai latarbelakang dan bidang untuk menyertai. Terutama sekali bagi golongan intelek atau berpendidikan yang mempunyai semangat ingin tahu terhadap isu-isu terkini mengenai Islam kerana mereka mengalaminya dan ingin memperbetulkan salah faham mereka terhadap Islam selama ini. Tidak dinafikan selepas beberapa siri dialog atau seminar. Ada dikalangan mereka menerima Islam dan seterusnya memeluk Islam kerana setelah mendalami Islam melalui siri seminar kefahaman Islam, mereka mengakui bahawa indahnya Islam dari segala aspek yang sentiasa menghubungkan setiap kehidupan dengan Tuhan dan kehidupan beragama adalah lebih sistematik berbanding fahaman seklularisma yang mereka anuti selama ini.

 


DEMI BUAH TIN, ZAITUN, BUKIT TURSINA & NEGERI YANG AMAN

Category: By Hamba Razzaq

DEMI BUAH TIN, ZAITUN, BUKIT TURSINA & NEGERI YANG AMAN

Bila kita berbicara menegenai ilmu perbandingan agama, ia seolah-olah asing dan masih baru bagi kita terutama bagi masyarakat di Malaysia. Hari ini kita menyaksikan banyak fenomena yang boleh dikaitkan dengan ilmu ini. Barangkali masih ramai yang masih tertanya-tanya apakah sebenarnya ilmu PERBANDINGAN AGAMA ini. Ilmu ini sebenarnya mengkaji dan memberikan input mengenai perbandingan agama-agama dunia termasuk agama Samawi dengan agama Islam. Dengan melakukan perbandingan melalui kitab-kitab suci seperti Torah, Bible, Tripitaka, I-Ching, Veda dan sebagainya, kita dapat melihat dengan jelas sejauh mana ketepatan sesebuah agama berdasarkan keadaan kitab-kitab yang masih wujud pada hari ini dengan disokong kuat oleh sejarah peradaban.

APA YANG KITA FAHAM TENTANG ILMU PERBANDINGAN AGAMA?

‘PERBANDINGAN AGAMA’ merupakan satu ilmu yang mengkaji tentang kepercayaan sesebuah agama yang merangkumi aspek-aspek perlaksanaan hukum-hukum agama, kebudayaan, amalan-amalan dan konsep keimanan sesebuah agama. Perbandingan yang dilakukan terhadap semua agama adalah bertujuan mencari titik-tolak sejauh mana kebenaran ajaran agama tersebut yang dikatakan benar menurut pandangan pengganutnya. Dengan membuat perbandingan kita mampu membuat kesimpulan terhadap sesebuah agama mengenai kebenaran ajaran-ajaran yang disampaikan. Perbandingan agama juga merangkumi pengkajian yang mendalam terhadap kandungan kitab-kitab suci agama seperti Al-Qur’an, Bible (Injil), Taurat (yahudi), Veda (hindu) dan sebagainya. Ini bertujuan untuk memahami konsep sesebuah agama itu sendiri dan seterusnya mempertikaikan kesamaran terhadap kandungan kitab-kitab tersebut. Disamping itu ilmu ini juga dilengkapi dengan bukti-bukti sejarah bagi memperkukuhkan lagi bukti-bukti ajaran sesebuah agama.

DARI PERSEPKTIF AL-QUR’AN

Dengan jelas Al-Quran menyebut agama-agama samawi dan buatan manusia di dalamnya sebagai peringatan ke atas umat Islam dalam memelihara iman supaya tidak sesat seperti kaum-kaum yg terdahulu. Allah juga menyebut dengan jelas mengenai kaum Bani Israel dengan agama Yahudi mereka, begitu juga dengan kaum Nasrani dengan agama Kristian mereka. Di dalam Al-Quran juga terdapat kisah bagaimana kitab-kitab terdahulu yg sudah di ubah isi kandungannnya, sesetengah ulama perbandingan agama menyebut sebagai ‘tahrif’ yang bermaksud mengubah sesuatu. Ilmu ini bukanlah penemuan terbaru tetapi mula wujud semenjak Al-Qur’an diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W lagi. Jika diteliti isi- isi Al-Qur’an terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang agama-agama lain. Dengan jelas Allah menerangkan cara-cara keimanan agama-agama terdahulu seperti Nasrani (kristian), Yahudi, Majusi (penyembah api), Shabi’in (penyembah bintang-bintang) dan sebagainya. Dalam surah Al-Baqarah ayat 62, Allah berfirman : “ Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Nasrani, dan orang-orang Sabiin sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.”

Ayat ini jelas membuktikan wujudnya perbandingan agama-agama yang disebut di dalam Al-Quran, dimana Allah menerangkan tentang agama-agama yang wujud serta perbezaannya.

AGAMA-AGAMA WAHYU

Agama wahyu atau lebih dikenali sebagai Agama Samawi (langit) merupakan agama yang diwahyukan Allah terhadap Nabi-Nabi yang dikurniakan Suhuf-Suhuf (Helaian Perjanjian) dan Kitab-Kitab suci. Menurut ulamak-ulamak perbandingan agama seperti Ibnu Hazam, Shahrastani dan Ahmad Shalabi, Agama Samawi adalah Islam, Nasrani (Kristian) dan Yahudi.

Agama Samawi ialah Agama yang Diturunkan oleh Allah S.W.T yang diWahyukan kepada Rasul-rasulNya untuk disampaikan kepada ummat mereka. Asas keimanan dalam agama samawi adalah sama bermula dari Nabi Adam A.S sehinggalah Nabi Muhammad S.A.W iaitu : “ Aku bersaksi Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Allah”. Jika diteliti dengan betul agama samawi merupakan agama yang paling lama kerana ia bermula semenjak zaman Nabi Adam A.S.

Biarpun Agama Samawi yang ada pada hari ini ialah Yahudi, Kristian dan Islam. Hanya Agama Islam yang masih berpegang teguh pada asas ajaran Tauhid yang sebenarnya. Manakala Agama Yahudi dan Kristian sudah menyimpang jauh dari ajaran sebenarnya kerana terdapat banyak perubahan pada ayat-ayat di dalam kitab suci mereka. Terdapat pelbagai perubahan pada ayat-ayat kitab suci mereka sehingga mengelirukan pengganut agama itu sendiri. Ini jelas disebutkan dalam surah Al-Baqarah Ayat 78-79 : “ Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui aka nisi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong(dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja. Kecelakaan besar bagi ornag-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata “ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu”.

Ibnu Jarir telah meriwayatkan dr ‘Ikrimah yg berasal dari Ibnu Abbas bahawa Ayat ini diturunkan mengenai paderi-paderi Yahudi yang mengetahui sifat-sifat Rasulullah. Ibnu Abbas mengatakan mereka telah mengubah serta menukar sifat-sifat Nabi S.A.W sebagaimana tercatat dalam kitab Taurat iaitu:

“ matanya seolah-olah memakai celak, tingginya sederhana, rambutnya kerinting dan wajahnya tampan.” Tetapi mereka menghapuskan kalimah-kalimah tersebut dari Taurah kerana dengki dan benci serta menggantinya dengan perkataan “ badannya tinggi, matanya biru dan rambutnya lurus”.

 


IBRAHIM | MUSA | DAUD | ISA ‘ALAIHUMUSSALAM & MUHAMMAD S.A.W

Category: By Hamba Razzaq

IBRAHIM | MUSA | DAUD | ISA ‘ALAIHUMUSSALAM & MUHAMMAD S.A.W

AGAMA SAMAWI

Definisi bagi agama samawi yang lebih mudah untuk difahami adalah merupakan agama langit atau lebih tepat dengan maksud agama wahyu. Sepertimana ulama’-ulama’ di dalam bidang perbandingan agama telah menetapkan bahawa agama samawi adalah merangkumi Yahudi, Kristian dan Islam. Namun Imam Shahrastani menambah definisi agama separa wahyu iaitu Zoroastrianism atau Majusi. Ini kerana, di dalam agama Majusi terdapat kitab dan Nabi yang menjadi tunggak rujukan dan perlaksanaan hukum-hukum. Walaubagaimanapun, agama-agama samawi adalah 3 agama yang utama iaitu Yahudi, Kristian dan Islam.

MILLAH IBRAHIM A.S

Jika kita membincangkan persoalan akar dari setiap agama samawi, adalah lebih baik kita menumpukan pada keimanan dan perlaksanaan Millah Ibrahim A.S (jejak langkah Nabi Ibrahim A.S) yang menjadi tunggak utama dalam setiap agama samawi tetapi terdapat perbezaan dalam perlaksanaannya mengikut kepercayaan masing-masing. Baik Yahudi, Kristian dan Islam jelas mengakui Nabi Ibrahim merupakan tunggak utama dalam susur galur kenabian sehingga digelar ‘bapa agama’, ini kerana berdasarkan kisah Nabi Allah Ibrahim A.S sangat berjasa besar terhadap perjuangan pencarian ketauhidan yang nyata dan hakiki. Ini jelas disebut di dalam surah Al-An’am ayat 161.

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan Yang betul lurus, (kepada) agama Yang tetap teguh, Iaitu agama Nabi Ibrahim Yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik".

KENAPA NABI IBRAHIM?

27. dan Kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya) dan Yaakub (cucunya); dan Kami jadikan Dalam kalangan keturunannya orang-orang Yang berpangkat Nabi dan menerima Kitab-kitab ugama; dan Kami berikan balasannya Yang baik di dunia; dan Sesungguhnya adalah ia, pada hari akhirat, dari orang-orang Yang soleh.

Melihat pada ayat 27 surah Al-‘Ankabut di atas jelaslah bahawa Nabi Ibrahim A.S merupakan Bapa Kenabian bagi nabi-nab,i baik dari keturunan Bani Israel dan juga dari keturunan Ismail A.S iaitu Muhammad S.A.W. , ini kerana jika melihat dari perspektif sejarah Nabi Ibrahim mempunyai 2 susur galur keturunannya apabila mengahwini Sarah dari keturunan Bani Israel dan dikurniakan Nabi Ishak A.S, manakala Hajar pula adalah dari keturunan Qibti (penduduk asli Mesir) dikurniakan Nabi Ismail A.S. dimana keturunan ini berkesinambungan sehingga Muhammad S.A.W. kedudukan Nabi Ibrahim sebagai bapa kepada Nabi-Nabi pembawa wahyu Allah samada Musa A.S, Isa A.S & Muhammad A.S. adalah sangat tepat dan strategic hingga sukar disanggah pakar sejarah. Ini kerana jika merujuk di dalam semua kitab-kitab suci ada menceritakan mengenai peranan Baginda walaupun terdapat banyak perbezaan dan bentuk penceritaan. Merujuk pada Sirah Nabawiyyah yang bertajuk Ar-Raheeq Al-Makhtum, ada dijelaskan mengenai sebelum datangnya Nabi Muhammad S.A.W, majoriti Bangsa Arab mengikuti ajaran dakwah Nabi Isma’il A.S yang banyak membawa ajaran yang telah disampaikan oleh Nabi Ibrahim A.S, dimana antara intipati ajarannya adalah, Menyembah Allah S.W.T, MengEsakanNya dan Menganuti Agama Allah. Namun setelah sekian lama bangsa ini hidup ditelan masa, kebanyakan mereka telah berubah menjadi penyembah berhala atau paganism. Hanya tinggal segelintir sahaja yang masih mempertahankan keimanan dan ajaran Nabi Ibrahim A.S dan mereka ini disebut sebagai golongan ‘Haneef’. Haneef dari sudut bahasanya bererti ‘ke arah penolakan’, manakala jika merujuk kepada kata perbuatan ‘tahannafa’ bermaksud ‘untuk berpaling dari berhala’. Ini adalah bukti jelas bahawa ajaran Nabi Ibrahim A.S merupakan tunggak utama bagi semua nabi-nabi sehinggalah Nabi terakhir iaitu Muhammad S.A.W. Untuk memahami maksud Haneef dengan lebih jelas, hayatilah Surah Ali-‘Imran ayat 65-68:

65. Wahai ahli Kitab! mengapa kamu berani memperdebatkan tentang (agama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim; Patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal?

66. Ingatlah! kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara Yang kamu ada pengetahuan mengenainya (yang diterangkan perihalnya Dalam Kitab Taurat), maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara Yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat Yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya.

67. bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi ia seorang Yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.

68. Sesungguhnya orang-orang Yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi agamanya) ialah orang-orang Yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang Yang beriman (umatnya - umat Islam). dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang Yang beriman.

KISAH ZAID IBNU AMR IBNU NUFAIL

Pada zaman Jahiliyyah terdapat seorang pemuda bernama Zaid ibn Amr ibn Nufail yang hidup di tengah-tengah kesesatan Kaum Quraish yang cukup terkenal dengan penyembahan berhala sehinggakan sebanyak 360 berhala digantung di sekitar Ka’bah. Ketika masyarakat Kafir Quraish melakukan majlis keraian dengan menghidangkan makanan-makanan hasil korban di hadapan berhala-berhala, lalu ia dihidangkan kepada beliau, lalu beliau berkata : “ aku tidak sekali-kali akan makan makanan yang disembelih di hadapan berhala-berhala yang kamu sembah, dan aku hanya akan makan makanan atau sembelihan yang disembelih dengan nama Allah”.

Dalam kisah yang lain pula, ketika mana beliau dalam perjalanan ke Syria untuk mencari agama untuk dianutinya, dia telah bertemu dengan Pendita Yahudi lalu bertanya “ aku ingin mengetahui tentang agamamu dan akan mungkin akan menganutinya, ceritakan padaku tentang agamamu.” Lalu Pendita Yahudi itu menjawab :” kamu bukanlah seorang Yahudi sehingga kamu berkongsi kemurkaan Allah bersama kami”. Lalu Zaid membalas : “ aku tidak sanggup untuk menerima kemurkaan Allah, bolehkah kamu tunjukkan aku jalan yang lain?”. Pendita itupun menjawab : “ sesungguhnya aku tidak tahu apa-apa melainkan kamu adalah seorang Haneef. Kemudian Zaid bertanya semula : “ apakah itu Haneef?” Lalu Pendita itu menjawab : “Agama Ibrahim, dia bukanlah seorang Yahudi mahupun Kristian, dia menyembah Allah S.W.T secara mutlak.” Begitu juga dengan kisah Zaid bersama seorang Paderi Kristian apabila bertanyakan soalan dan menerima jawapan yang sama.

ISLAM, IMAN DAN MILLAH IBRAHIM

Tatkala semua agama samawi masing-masing mengakui jejak langkah Ibrahim A.S sebagai tunggak utama agama, terdapat perbezaan yang nyata dalam membuktikannya dengan keimanan dan ketauhidan yang nyata. Di dalam Taurat ada menceritakan mengenai kehidupan dan keimanan Nabi Ibrahim, namun tidak ada penghayatan untuk dikaitkan dengan Yahudi kerana Ibrahim bukanlah dari kalangan Bani Israel, ini adalah bukti yang sangat jelas sehinggakan kita dapat melihat banyak perubahan-perubahan yang dilakukan di dalam Kitab Taurat sepertimana yang disebut di dalam Al-Quran. Lebih malang lagi apabila Yahudi lebih mengutamakan Talmud berbanding Taurat.

Kristian juga mengakui bahawa Ibrahim adalah ‘bapa agama’, namun ia hanyalah sekadar pengakuan tanpa sebarang bukti perlaksanaan. Ini kerana bentuk dan sifat keimanan mereka agak berbeza dan bercanggah dengan ’10 PERJANJIAN’ yang diterima oleh Musa A.S. Keimanan mereka terhadap konsep ‘Trinity’ atau ‘Tritunggal’ adalah amat berbeza sehingga mendatangkan banyak kekeliruan. Bahkan keimanan ‘Trinity’ ini mula diperdebatkan dan diputuskan pada ‘council of nicae’ sekitar tahun 325 M.

Dalam Islam, dengan jelas kita dapat melihat kesemua elemen yang diperbincangkan dengan jelas, bermula dengan soal keimanan kepada Allah yang Maha Esa yang jelas terbukti dengan RUKUN IMAN, kemudian diikuti dengan perlaksanaannya dalam RUKUN ISLAM. Seterusnya penghormatan yang diberikan kepada Millah Ibrahim dalam bentuk perlaksanaan seperti Solat, dan yang paling jelas adalah ketika Muslim menunaikan Ibadah Haji di Baitullah, terlalu banyak peringatan terhadap jasa dan jejak langkah Nabi Allah Ibrahim A.S seperti, berlari antara Safa dan Marwah, Tawaf, air zam-zam peninggalan mukjizat anaknya Nabi Ismail A.S dan sebagainya. Dengan itu jelaslah siapa yang betul-betul menghayati dan melaksanakan Millah Ibrahim secara mutlak dan berterusan serta dengan penghayatan yang mendalam.

Wallahu a’lam

 


BAHAYA ATHEISM YANG SEMAKIN MENULAR DI DUNIA MELAYU

Category: By Hamba Razzaq
BAHAYA ATHEISM YANG SEMAKIN MENULAR DI DUNIA MELAYU

Akhir-akhir ini saya dikejutkan oleh seorang rakan yang memberitahu saya bahawa sebilangan mahasiswa dan mahasiswi MELAYU yang semakin berani mengaku MURTAD dan tidak lagi mempercayai kewujudan ALLAH. Mereka semakin liar dalam membuat tuduhan-tuduhan dan pengakuan demi pengakuan mengenai kepercayaan kepada TUHAN dan kehidupan BERAGAMA. Maklumat-maklumat ini saya perolehi dari laman sesawang ‘FACEBOOK’ yang menggunakan identiti MELAYU dan nama mereka masih lagi beridentitikan ISLAM. Saya tidak pasti apakah tujuan mereka menonjolkan diri dengan berani dan lantang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap TUHAN dan hidup BERAGAMA. Saya juga tidak pasti mungkin juga sebahagian dari ahli-ahli tersebut ingin melakukan provokasi terhadap ISLAM. Mungkin juga ada sebilangan mereka mempergunakan nama ISLAM untuk tujuan lain. Apa yang pasti saya ingin berkongsi ILMU bagi menangani permasalahan ini.

FREE THINKER & ATHEISM

Sepanjang pemerhatian saya terhadap isu yang sedang kita hadapi ini adalah disebabkan kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi kita sudah terjebak dalam aliran ‘FREE THINKER’ iaitu aliran yang mengalakkan kita semua berfikiran secara bebas biarpun mengenai AGAMA & TUHAN. Bahayanya fahaman ini adalah ianya semakin menular dikalangan mereka yang tidak mempunyai ILMU dan ianya sekadar menjadi ikutan semata-mata. Hasil perbincangan dengan seorang rakan, beliau berpendapat bahawa fahaman ini menular melalui elemen HIBURAN & MEDIA tanpa had terutama sekali melalui LAGU-LAGU yang banyak menyampaikan mesej-mesej terselindung. Akhirnya pemikiran mereka mudah dipengaruhi selari dengan MEDIA ARUS PERDANA yang sering menyokong perkembangan HIBURAN TANPA BATASAN.
Saya ada menyediakan beberapa penemuan yang menarik bagi menjawab persoalan mereka-mereka yang tidak mempercayai kewujudan TUHAN secara logik akal terutama bagi golongan ATHEISM. Ini sebagai panduan kita semua apabila berhujah.
Sepanjang kajian dan pembacaan saya tentang FALSAFAH, saya telah menemui bebrapa TEORI yang disampaikan oleh ahli falsafah terkemuka ARISTOTLE di dalam teori METAFIZIK. Sebelum kita meneruskan perbincangan, haruslah kita memahami apa itu METAFIZIK. Secara amnya METAFIZIK ialah ilmu yang mengkaji sesuatu perkara secara menjangkaui FIZIKAL kita atau secara NAMPAK. Ia lebih kepada penerangan mengenai sesuatu yang diluar kemampuan kita untuk melihat secara KASAR tetapi boleh dibuktikan KEWUJUDAN sesuatu.


PENEMUAN BAHASA YANG HAMPIR SAMA DENGAN BAHASA IBRANI, ARAMAIC DAN ARAB

Sepanjang bacaan saya mengenai TEORI Aristotle dalam METAFIZIK, aristotle telah menyusun hasil dapatannya mengikut ABJAD seperti berikut :

1. Alpha (A) sama dengan huruf ا
2. Little alpha (α) sama dengan huruf ء
3. Beta (Β) sama dengan huruf ب
4. Gamma (Γ) sama dengan huruf ج
5. Delta (Δ) sama dengan huruf د
6. Epsilon (Ε) sama dengan huruf ف
7. Zeta (Ζ) sama dengan huruf ذ
8. Eta (Η) sama dengan huruf ت
9. Theta (Θ) sama dengan huruf ث
10. Lota (Ι) sama dengan huruf ط
11. Kappa (Κ) sama dengan huruf ك
12. Lambda (Λ) sama dengan huruf ل
13. Mu (M) sama dengan huruf م
14. Nu (N) sama dengan huruf ن

Jika diperhatikan kesemua huruf-huruf berikut amat jelas membuktikan bahasa yang digunakan menyerupai bahasa-bahasa utama agama samawi.
Jika dilihat topik yang dibincangkan pula amat menarik dan mengikut susunan ABJAD:

ALPHA : membincangkan mengenai pengetahuan prinsip pertama dan sebab wujudnya sesuatu benda.

LITTLE ALPHA : penerangan mengenai kepelbagaian sebab adalah sangat tidak rasional kerana, menjadi satu kemestian dalam hidup wujud PENYEBAB UTAMA yang secara sendiriNya tidak menggugat diriNya sebagai PENYEBAB. Perbincangan di dalam buku ini kemudiannya diterangkan secara mendalam di dalam buku LAMBDA mengenai KEWUJUDAN TUHAN.

BETA : senarai persoalan METAFIZIK

GAMMA : prinsip yang berlawanan dan prinsip tidak ada pertengahan bagi sebarang ayat yang bertentangan ‘tertium non datur’.

DELTA : Senarai definisi mengenai 55 daftar kata seperti, cause,nature, one & many.

EPSILON : Objek METAFIZIK iaitu TUHAN yang merupakan prinsip UTAMA bagi semua KEJADIAN.

ZETA,ETA,THETA: Konsep kejadian & kewujudan sesuatu ‘BENDA’ serta konsep menceritakan siapakah atau apakah BENDA tersebut menurut dirinya.

LOTA : Perbincangan mengenai KEBERSAMAAN, SATU dan BANYAK, PERSAMAAN dan PERBEZAAN

KAPPA : Perbincangan mengenai FIZIK

LAMDA : prinsip PERTAMA, TUHAN atau TUHAN-TUHAN(banyak)& Teori ‘UNMOVED MOVER’.

MU&NU : FALSAFAH MATEMATIK & bagaimana kewujudan nombor.


TEORI ‘UNMOVED MOVER’ @ PENGGERAK UTAMA

Di dalam teori ini Aristotle memberi beberapa garis panduan mengenai PENGGERAK UTAMA :

1. Wujudnya PERGERAKAN di muka bumi ini.
2. Benda yang bergerak telah digerakkan oleh sesuatu.
3. Jika semua benda adalah punca pergerakkan sesuatu benda yang lain, ia akan mengakibatkan ketidakseimbangan sebab berlaku pergerakan. Jadi, ia adalah MUSTAHIL.
4. Makanya, mesti Wujud hanya satu sebab yang menyebabkan PERGERAKAN UTAMA.
5. Sebab UTAMA tidak boleh digerakkan.
6. Tidak dapat tidak, MESTI wujud PENGGERAK UTAMA.

Aristotle juga ada menyebut di dalam teori MATEMATIKnya “ the rule of many is not good; one ruler let there be’. Maksudnya formula dalam penyelasaian matematik haruslah hanya SATU, jikalau banyak ia akan mengelirukan.

Secara kesimpulannya, teori ini ingin membuktikan kewujudan ALLAH yang MAHA ESA. Cumanya di sini saya kemukan sedikit ilmu FALSAFAH yang boleh digunapakai ketika berjuhah dengan golongan-golongan yang tidak mempercayai KEWUJUDAN TUHAN@ATHEIST.
 


Siapakah Paul?

By Hamba Razzaq

PAUL

Paulus ialah tokoh penting dalam agama Kristian. Nama asalnya ialah 'Saul' , merupakan rasul bagi agama Kristian. 'Paul atau Paulus adalah gelarannya. Michael Hart dalam dalam buku 100 orang terkemuka di dunia meletakkan Paulus di tempat ke-6 selepas Muhammad dan Jesus . Jesus ialah Nabi Isa dalam Islam.

Biodata

Paulus adalah seorang Yahudi dan lahir di Tarsus , di tanah Kilikia, berguru dengan Gamaliel. Gamaliel ialah seorang fakih yang dihormati segenap kaum itu dan ia seorang Farsi. Paulus sendiri menyatakan dirinya keturunan Rom. Paulus mati pada 64 m , di zaman Kaisar Nero . ( []Kisah Rasul-Rasul]] 22;2-3 ; 5:43 ; 22: 28 ; 7 : 55 ). Tarsus terletak di Istanbul / Constantinople ,Turki kini.

Riwayat hidup Paulus diceritakan panjang lebar dalam Kisah Rasul-Rasul. Isi Kitab Rasul-Rasul ini menceritakan segala ajaran dan kisah yang berhubungan dengan Paulus dan hal-hal ajaib yang telah dikerjakannya.

Sarjana Kristian menyatakan Kisah Rasul-Rasul ini dikarang oleh Lukas , seorang pengikut Paulus. Lukas adalah tabib yang disayangi oleh Paulus. Injil Lukas juga ditulis oleh Lukas. Oleh itu, tidak hairan jika pengikut Paulus memuji -muji Paulus. [1]

Paulus memasukkan ajaran Philo

Paulus telah menyelit dan memasukkan fahaman dan ungkapan baru ke dalam gereja. Antaranya ialah 'Anak sulung Tuhan , Pengantara antara Tuhan dan manusia , Gembala yang baik, Bayang-bayang Tuhan, Roti kehidupan , Yang suci , Kurnia Tuhan kepada manusia selaku penebusan dosanya , Imam Besar, Tuhan yang kedua , Pemberi air hidup yang kekal , Yang duduk di sebelah kanan Tuhan , Tuhan satu yang bersifat tiga, Yang anak itulah yang kedua daripada tiga-tiga yang suci.

Semua ungkapan baru ini amatlah nyaman dan aneh didengar tetapi ramai tidak memahaminya .

Philo ialah ahli falsafah yang hidup 100 tahun lebih awal daripada penulis-penulis Injil. Paulus dikatakan murid Philo dan Plato , bukan murid Jesus. [2].

Ajaran Paulus menjadi sumber Ajaran Jesus

Paulus dikatakan banyak menulis surat kepada pelbagai pihak. 14 surat-surat Paulus telah ditetapkan sebagai kanon . 2 kitab iaitu Injil Lukas dan Kisah Rasul-Rasul dijadikan kanon juga. Oleh itu jadilah ajaran-ajaran yang bersumberkan Paulus menjadi ajaran-ajaran agama Kristian yang selanjutnya disebut ajaran-ajaran Jesus.

Paulus menyelewengkan ajaran Jesus

Paulus adalah seorang yang amat memusuhi agama yang diajarkan oleh Jesus dan para pengikutnya. Dia tidak belajar kepada Jesus sendiri. Kemudian tiba-tiba dia mengaku bertaubat dan mengaku pula menjadi rasul Jesus. Paulus mendakwa berjumpa dengan Jesus di pertengahan jalan ke Damsyik lalu bertaubat dan dilantik sebagai rasul. Damsyik ialah ibu negara Syria kini.

Akhirnya bagi orang Kristian , Paulus diakui sebagai rasul Jesus yang dipenuhi Roh Kudus. Empat belas surat keterangannya dimasukkan dalam golongan kitab-kitab Perjanjian Baru dan dianggap sebagai kanon dan kitab suci.

Ramai pengakaji mendakwa Paulus sebagai penyeludup ke dalam agama Kristian dan mengaku menjadi pengikut Jesus untuk menyelewengkan Kristian dari dalam, ,mengubah isi dan bentuk ajaran Kristian yang asli. Pengkaji mendakwa dasar-dasar Kristian sekarang adalah hasil bikinan Paulus , bukan ajaran Jesus.

St Barnabas dalam Injil Barnabas mendakwa Paulus termasuk golongan sesat . Dia melihat ramai orang yang mengajarkan pengajaran yang mengkafirkan, mengatakan Al Masih sebagai anak Allah, menghapuskan bersunat yang diperintahkan oleh Allah untuk selama-lamanya dan menghalalkan semua daging yang najis. (Barnabas Pendahuluan 1-9 ; pasal 222:1-6).

Paulus menzalimi pengikut Kristian

Paulus mulanya sangat memusuhi agama yang dibawa oleh Jesus dan pengikutnya.

Saul / Paulus menyebarkan ugutan bunuh terhadap sesiapa yang menganut agama Kristian. Paulus mendapat surat-surat kuasa daripada Imam Besar Yahudi di negeri Damsyik . Jika ditemui lelaki dan perempuan berugama Kristian akan diikat dan dibawa ke Jerusalem. ( Kisah Rasul-Rasul 9:1-2)

Paulus mendakwa dirinya telah bertaubat

Tiba-tiba Paulus mendakwa dirinya bertaubat ketika dalam perjalanan ke Damsyik untuk menangkap dan memenjara pengikut Kristian .

Ini kerana Paulus telah berjumpa dengan Jesus orang Nazaret berhampiran kota Damsyik. Di sana, Ananias seorang pengamal kitab Taurat mencadangkan Paulus dibaptiskan, menyucikan diri dan menyeru nama Jesus. ( Kisah Rasul-Rasul pasal 22: 6-21).

Paulus mengaku menjadi rasul

Setelah kejadian bertemu Jesus seperti di atas, Paulus mengaku menjadi rasul Jesus. Sedangkan Jesus tidak pernah diketahui orang telah melantik/mengangkat Paulus menjadi rasul. Hanya Paulus menyatakan dirinya telah diangkat Jesus menjadi rasul.

Dirinya tidak kurang daripada rasul-rasul yang utama. Selepas kejadian di atas, Paulus cuba hendak berkawan dengan murid-murid Jesus tetapi mereka takut kepadanya dan tidak percaya Paulus adalah murid Jesus. Mereka tahu Paulus dari Tarsus itu amat bencikan Jesus dan murid-muridnya.

Tetapi St Barnabas mendekatinya dan membawa Paulus kepada murid-murid Jesus. Namun selepas itu Paulus berselisih pendapat dengan Paulus. (Korintus 11:5 ; Kisah Rasul-Rasul 9: 22-27 ; 15:39 )

Paulus mendakwa Injil yang diajarnya diterima langsung dari Jesus

Paulus sebenarnya tidak pernah berguru kepada Jesus dan tidak pernah berbicara dengan Jesus. Akan tetapi dia mengajar suatu Injil yang disebutnya diterima langsung daripada Jesus. ( Galatia 1:11-120)

Paulus sendiri mendakwa Injil yang diajarnya tidak diterima daripada rasul-rasul dan murid-murd Jesus. Tetapi diterima langsung daripada Jesus dengan perantaraan wahyu, sedangkan Jesus tidak ada lagi di kalangan mereka.

Bagi orang Islam, Jesus atau Nabi Isa hanyalah seorang Nabi bukan Tuhan.

Injil Paulus berbeza dengan injil-injil lain

Paulus menyatakan Injil yang dibawanya berlainan daripada Injil yang dibawa oleh guru-guru lain. ( Galatia 1:6-9) . Paulus amat marah melihat pengikut-pengikutnya berpaling kepada Injil lain.

Jesus pada Paulus sangat berbeza

Pada ketika itu ada guru-guru lain menceritakan riwatat Jesus yang berlainan daripada gambaran oleh Paulus .(2 Korintus 11:4-5). Paulus menyatakan dirinya tidak terkurang daripada 'rasul-rasul yang utama'. Ini bermakna Paulus rasa tercabar dan dicabar oleh guru-guru lain yang turut mengajar tentang Injil.

Kisah Paulus taubat sangat berbeza-beza

Drs M.E Duyverman menyatakan terdapat pertentangan nyata antara Galatia pasal 1 dan 2 dengan Kisah Rasul-Rasul. Skar sekali menacari titik kesesuaian

Paulus dimusuhi oleh orang Yahudi

Paulus akhirnya menjadi orang yang amat dimusuhi oleh orang Yahudi dan mereka mahu membunuhnya. ( Kisah Rasul-Rasul 9:20-25). Sewaktu Paulus di Damsyik , Di dalam rumah sembahyang di Damsyik , Paulus menyebarkan berita bahawa Jesus itu anak Allah dan Jesus itu Kristus. Selang beberapa hari, orang-orang Yahudi berpakat mahu membunuhnya. Tetapi Paulus diselamatkan oleh murid-mujridnya dan dibawa ke Jerusalem.

Terjadi lagi perselisihan pendapat antara Paulus dan St Barnabas sehingga mereka berpisah. ( Kisah Rasul-Rasul 15:39). Paulus cuba berdamping dengan orang-orang kafir iaitu orang tidak berbangsa Israel.

Paulus mengaku dirinya rasul kepada orang-orang kafir

Jesus hanya disuruh mengembangkan Kristian kepada bangsa bani Israel yang 'sesat' ( Injil Matius 15:24, ). Jesus melarang murid-muridnya pergi mengajar kepada orang-orang kafir dan janganlah kamu masuk ke negeri Samaria.( Injil Matius 10:5-6).

Ayat yang menyatakan Jesus menyuruh mengajar juga kepada bukan bangsa Israel adalah 'ayat tambahan'.(ms 61)

Akan tetapi Paulus mengakui dirinya sebagai pengikut Jesus telah pergi mengajar kepada orang-orang kafir ( Galatia 2:7-80. Bani Israel yang menganut agama Yahudi mengamalkan amalan bersunat. Sementara orang yang tidak bersunat dianggap sebagai kafir

Paulus menghapuskan bersunat

Amalan bersunat amat penting dalam agama Yahudi. St Barnabas menyatakan Paulus telah menghapuskan amalan bersunat untuk selama-lamanya. Sedangkan amalan bersunat patut dikekalkan sebagai perjanjian kekal dengan Tuhan.( Kejadian 17:9-14).Sesiapa yang tidak bersunat dianggap cuba mengubah perjanjian Tuhan. Perintah ini dilakukan oleh anak cucu Nabi Ibrahim hingga ke hari ini. Jesus sendiri mengamalkan amalan bersunat .

Tetapi Paulus membatalkan amalan bersunat ( Galatia 5;20 , Lukas 2;21 , 1 Korintus 7:18-19). Paulus menyatakan hal itu kepada sidang rasul-rasul di Jerusalem pada tahun 48. ( Kisah Rasul-Rasul pasal 15). Paulus mencadangkan sunat digantikan dengan baptis dan kekal hingga ke hari ini. ( Kol 2:11,12)

Paulus menghalalkan daging yang najis

St Barnabas telah menceritakan Paulus telah menghalalkan daging yang najis ( Barnabas 6). Sebelumnya ada beberapa binatang yang najis dan tidak boleh dimakan seperti babi, bangkai dan lain-lain. ( Imamat pasal 11 dan Jchezkiel 4;14).

Tetapi Paulus telah menghalalkan babi , bangkai dan lain-lain ketika menghantar surat kepada orang-orang Rom.( Rom 14:4 dan 20 , Titus:1:15, 1 Korintus 6:12)

Jadi Paulus telah menghalalkan segala sesuatu yang najis dan dilarang makan dalam Perjanjian Lama. Golongan Kristian Adventis mempunyai pendapat tersendiri dalam hal ini.

Paulus membatalkan Taurat Musa

Jesus datang tidak hendak merombak hukum Taurat tetapi hendak menyempurnakannnya Sesiapa yang merombak hukum Taurat akan dipandang kecil di dalam kerajaan syurga ( Injl Matius 5:17-19).

Tetapi Paulus menganggap hukum Taurat itu telah dibatalkan kerana sangat lemah dan tidak berguna kepada manusia. ( Ibrani 7:18-19 ; Ibrani 8:7)

Pastor Rifai menyatakan Taurat itu terbahagi 2 :

Taurat Allah yang diucap dan ditulis Allah sendiri ( Keluaran 24:12, 31:18) . Dan Taurat Musa yang diucapkan dan ditulis oleh Nabi Musa sendiri ( Ulang 31: 1,2 9). Taurat Allah diletakkan dalam peti perjanjian ( Keluaran 25 : 16, 21, Ibrani 9: 2, 4). Dan Taurat Musa diletakkan di luar peti perjanjian . ( Ulangan 31:25,26). Taurat Musa sudah dihapuskan (Ibrani 10:1-6 . Taurat Allah ( 10 hukum ) itu kekal. (Matius 5 ; Mazmur 119:14, 165).

Paulus mengajarkan dosa waris

Paulus mengajarkan bahawa semua manusia adalah berdosa iaitu dosa yang diwariskan kepada mereka dari Adam , kerana Adam telah berdosa sebab memakan buah yang terlarang. (surat kiriman Paulus kepada orang Rum 5:12 dan 5:18) .

Tebus dosa manusia dengan darah dan pengorbanan Jesus

Paulus mengajarkan bahawa kematian Jesus di atas kayu salib adalah untuk penebusan dosa manusia. ( Surat Paulus kepada Epesus 1:7, Surat Paulus kepada orang Kolosi 1:140 , Surat Paulus kepada orang Ibrani 9:28, Epesus 5:2 , Galatia 1:-4).

Paulus mengajarkan Jesus sebagai pengantara

Paulus menyatakan jawatan Jesus adalah menjadi pengantara. ( Ibrani 8:6 ; 12:24 ).

Paulus mengajarkan Jesus bayangan Tuhan

Paulus mengajarkan bahawa Jesus menjadi bayangan Tuhan dan ia terlebih dahulu dari segala makhluk dan ia menjadikan segala sesuatu di langit dan di bumi. ( Kolose 1:15-17).

Ajaran Paulus berkembang di kalangan orang kafir

Akhirnya ajaran Paulus berkembang di kalangan orang kafir, bukan di kalangan bangsa bani Israel. Ini kerana Paulus telah bekerja sungguh-sungguh dan pergi jauh ke pedalaman dan luar daerah. Paulus dikatakan telah berjalan kaki sejauh 7800 km - 9000 km. Perjalanannya tanpa kapal terbang atau apa-apa kenderaan. [4]

Paulus menghalalkan cara demi tujuan

Paulus membenarkan seseorang menjadi Yahudi agar akhirnya orang Yahudi itu menjadi Kristian. Jika dia berhadapan dengan Yahudi, dia akan menjadikan dirinya seperti orang Yahudi. Jika dia berhadapan dengan orang yang mengamalkan hukum Taurat, dia akan berpura-pura mengamalkan hukum Taurat.. "Maka segala sesuatu halal bagiku". ( I Korintus 9: 20-22 ; 6:12 ; Rum :7). Paulus mengangap berdusta itu tidak salah jika dengan dusta itu kebenaran Allah melimpah kepada kemuliaan.

Falsafah ini diamalkan oleh Machiavelli.

Paulus mampu melakukan perkara pelik

Paulus dianggap rasul kerana telah melakukan perkara pelik umpama mukjizat atau dianggap mukjizat..

Tetapi Injil Matius sendiri menyatakan ada Kristus palsu dan nabi palsu akan muncul dengan mengadakan perbuatan dan pertunjukan yang pelik-pelik. Perkara yang pelik-pelik tidak dapat dijadikan bukti akan kebenaran seseorang rasul. ( Injil Matius 24:24).

Perlu diingat Kisah Rasul-Rasul dikarang oleh Lukas iaitu seorang pengikut Paulus. Lukas tidak melihat semua yang dilakukan oleh Paulus dan tidak mengikut perjalanan Paulus sejauh 7800 km itu. Mungkin Paulus mereka-reka cerita akan kehebatannnya . Yang pasti Lukas banyak mengunakan cerita-cerita lisan untuk tulisannya khususnya dari Paulus yang dikutinya hingga ke penjara. [5]

Paulus setanding Abdullah bin Sabak

Zaman Nabi Muhammad juga muncul orang Yahudi berpengaruh bernama Abdullah bin Sabak. Dia menyamar sungguh-sungguh sebagai seorang Islam yang alim. Beliau seorang pendeta Yahudi . Beliau turut menghidupkan api perang antara Ali Abi Talib dengan Muawiyah. Abdulah bin Sabak memihak kepada Ali , membela Ali dan kaum kerabat Nabi Muhamad. Dengan itu ramai orang tertarik kepadanya.

Abdullah bin Sabak akhirnya mengatakan dalam ajarannya bahawa Ali Abu Talib itu Tuhan. Menurut ajarannya , roh Allah bertempat dalam tiap-tiap Nabi. Setelah Muhamad wafat, roh itu pindah kepada Ali Abi Talib. Kemudian pindah lagi kepada anak-anaknya yang menjadi Imam.

Ketika Abdullah bin Sabak dan pengkutnya bertemu Ali, beliau berkata 'Engkau Tuhan', 'Engkau Dia'. Ali amat gelisah dan menghidupkan api untuk membakar mereka. Tetapi mereka menyambut dengan 'Kini nampaklah kepada kami kebenaran bahawa dia Allah , kerana yang menghukum orang dengan Api hanya Allah'.

Semasa Ali menjadi Khalifah , pernah hendak menghukum mati ke atas Abdullah bin Sabak. Terapi ramai menghalang kerana jasanya membela keluarga Nabi Muhamad. Jadi Abdullah diasingkan ke Madain .Usaha Abdulah bin Sabak masih berterusan tapi berjaya dibendung .